Sunday, 21 September 2014
Friday, 19 September 2014
Kenapa wanita banyak bercakap..........
Wanita rata-rata memang suka bercakap. Suatu kenyataan yang harus kita terima dalam hidup ini. Cuba lihat disekeliling kita, baik isteri kita, anak perempuan, saudara mara, jiran atau rakan-rakan wanita dipejabat. Dari 10 orang wanita yang kita kenali, mungkin seorang atau 2 sahaja yang bersifat agak pendiam dan kurang bercakap. Yang lain selalunya bermulut becok, lebih-lebih lagi jika bertemu 'partner', atau kenalan rapat yang boleh diajak berborak.
Kita melihat wanita bercakap semasa menonton tv. Mereka masih boleh terus berbual dengan orang disebelahnya sambil menonton dengan tidak terlepas sedikit pun jalan cerita di tv. Kadangkala sambil melipat kain yang diangkat dari ampaian atau sambil menyediakan lampin anak. Sambil memasak pun mereka masih boleh terus bercakap, dan masakan tidak terjejas dan siap mengikut jadual juga. Begitulah hebatnya wanita. Mereka berkebolehan membuat 2 atau 3 kerja serentak dalam suatu masa. Selalu juga kita lihat wanita
masih terus-terusan menceceh dalam telefon berjam-jam lamanya dengan rakan karibnya walaupun baru
sahaja berjumpa seminggu yang lalu. Masih ada bahan yang boleh dibual dan digosipkan. Sebab itu kata orang,
jika ada masalah lebih elok tidak diberikan kepada wanita. Nanti mereka akan
terus bercakap dan bercakap mengenainya. Sebelum masalah diselesaikan, satu
dunia sudah tahu masalah itu.
Biasanya,
wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain,
bukan mahu mencari penyelesaian mahupun rumusan terhadap masalah itu. Kadangkala dengan bercakap itu mereka merasakan beban masalah yang ditanggung akan menjadi lebih ringan. Jadi mereka akan terus bercakap dan bercakap. Sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan
bergosip, orang akan segera menegurnya, 'kau ni macam perempuanlah!'.
Mengikut pakar saikoloji, secara
purata wanita bercakap sebanyak 6,000 hingga 8,000 patah perkataan dalam sehari. Mereka juga berkebolihan mengguna 2,000
hingga 3,000 nada suara dan intonasi yang berbeza, serta 8,000 hingga 10,000 pergerakan (tangan, muka,
kepala dan bahasa badan lain) dalam sehari. Begitu hebatnya wanita. Adalah penting para lelaki (atau suami) mengetahui perkara ini dan menerima hakikat tentang anugerah semulajadi wanita yang dianugerahi Allah.
Dari segi pemikiran pula, menurut pakar lagi, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus. Contohnya, apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan segera. Otak wanita amat cenderung menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan. Ini adalah kekuatan dan kehebatan merteka. Berbanding otak lelaki yang mampu mengetepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat. Mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain.

Jadi untuk
wanita, kerana tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengetepikan
masalah mereka ialah dengan cara bercakap mengenai masalah itu. Bercakaplah
mereka sehingga selalunya tidak fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Mereka akan bercakap kepada siapa sahaja yang dirasakan boleh dicakapkan masalah tersebut. Demikian hebatnya percakapan wanita, sehingga kadangkala kalau tiada manusia disekeliling, mereka boleh bercakap hatta kepada kucing, ayam-itik atau burung sekali pun.
Bagi wanita pula, janganlah cepat melenting jika dikatakan suka bercakap. Ini adalah lumrah kejadian dan kelebihan yang diberikan Allah kepada kaum hawa.. Ada juga kebaikan sebenarnya. Wanita selalunya menggunakan peluang bercakap untuk membina hubungan dan keakraban dalam pergaulan. Dengan banyak bercakap mereka berkebolehan meluah isi hati dengan lebih berkesan, serta lebih nampak mesra dan jujur dalam pergaulan. Contohnya, wanita menggunakan telefon untuk mengeratkan hubungan sebaliknya lelaki bercakap untuk hanya menyampaikan fakta dan maklumat kepada orang lain. Jadi tiada hairanlah wanita boleh 'bergayut' berjam-jam lamanya ditelefon, sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh lelaki.......

Jika
diperhatikan, kebanyakan wanita juga mampu bercakap banyak perkara dalam satu
masa. Malah bukanlah aneh wanita mampu memberitahu banyak perkara dalam satu
ayat. Otak wanita berkebolehan memikirkan banyak perkara pada satu-satu ketika. Kalau tidak percaya, cuba-cubalah kita memasang telinga dan mendengar apa butir yang dibualkan mereka apabila berjumpa rakan sesama wanita. Topiknya boleh melompat-lompat tanpa ada hubungan yang jelas. Contohnya, mereka boleh bercerita soal menjaga anak pada suatu ketika, kemudian melompat pula cerita pasal siri tv yang diminati ramai; kemudian bab masakan pula, kemudian soal membeli belah dipasar, melompat pula mengenai kerenah jiran tetangga yang bermasalah dan kemudian kembali kepada bab menjaga anak lagi. Mereka mampu dengan serta-merta mengubah topik
perbualan dan kemudian menyambung balik perbualan atas topik asal dengan 'penyambungan' (continuity) yang begitu baik sekali.
Uniknya mereka dapat pula mengingati setiap butiran perbualan.
Jadi amaran
kepada lelaki, jangan sesekali dekati wanita yang sedang asyik berbual sesama mereka.
Kita akan jadi 'confius' dan tidak mudah untuk mengikuti pucuk pangkal perbualan mereka kerana topik
perbualan selalunya melompat-lompat. Otak lelaki agak sukar menerima perlakuan
seperti itu dan akhirnya kita akan kebingungan sendiri.
Bagi wanita yang bekerjaya, mereka mungkin kurang menghadapi masalah kerana banyak peluang bercakap dan berinterksi dengan rakan-rakan atau pelanggan ditempat kerja. Selepas pulang dari kerja mereka agak keletihan dan sudah kurang daya bercakap. Tapi, bagaimana pula wanita dan para isteri yang tidak bekerja? Siapa yang mahu melayan mereka bercakap? Bagaimana kuota kata-kata sehari (6,000 hingga 8,000 patah perkataan) perlu dihabiskan? Perkara inilah yang perlu difikirkan, terutama oleh para suami, ibubapa atau saudara-mara wanita yang tidak bekerjaya. Kehilangan peluang bercakap seperti ini boleh menyebabkan "emotional stress" yang boleh mengundang masalah lain jika tidak ditangani dengan betul. Kecenderungan wanita yang tidak bekerjaya dalam mencari jalan keluar permasalahan ini ialah dengan perbanyakan interaksi / perbualan dengan anak-anak, bagi yang ramai anak, menganggotai / mengaktifkan diri dengan persatuan-persatuan setempat atau paling tidak menyibukkan diri menghadiri kelompok " ahli mesyuarat tingkap" dikampung atau taman perumahan masing-masing.............
Subscribe to:
Posts (Atom)