Sunday, 14 August 2011
CERITA LAWAK BULAN POSA (2) ..........................
Dua orang pengembara Mat Salleh, seorang lelaki dan seorang wanita, sedang merayau-rayau dan menikmati keindahan hutan tropika di Malaysia. Bukan main suka lagi mereka dapat melihat keindahan hutan, terutama keindahan flora dan fauna yang belum tercemar, sambil mengambil gambar dan melihat unggas dan burung-burung yang berterbangan.
Tiba-tiba sewaktu menuruni suatu lembah, mereka terserempak dengan dua ekor beruang, seekor jantan dan seekor betina, yang juga sedang merayau mencari makan. Kedua-dua Mat Salleh itu tergamam. Tidak tahu apa nak dibuat. Bagaimana pun pengembara wanita itu masih sempat menyelamatkan diri dengan memanjat sebatang pokok berhampiran, manakala yang lelakinya tidak sempat berbuat apa-apa kerana jarak beruang-beruang itu dengannya sudah terlalu hampir. Lalu dia pun teringat pesan orang tua-tua. Kata mereka kalau terserempak beruang, jangan lari. Tetapi hendaklah berbogel dan mematikan diri seolah-olah tunggul kayu. Beliau lantas melucutkan beg sandang dan pakaian yang dipakai serta merta, dan berdiri tegak mematikan diri dengan tangan mendepa, seolah-olah sebatang pohon mati.
Kedua-dua ekor beruang tadi terus menghampirinya. Si beruang jantan menghidu-hidu muncungnya kearah tubuh pengembara tadi, membelek-belek dicelah kangkangnya, dan berkata sesuatu kepada si betina. Beginilah kira-kira perbualan mereka:
Beruang jantan : "Heran!,......tunggul mati yang macam ini pun masih ada buah. Tapi buahnya masih putik. Belum masak lagi. Tengok, masih kecil dan kulitnya pun masih berkedut-kedut........"
Beruang betina : "Tak pa lah, yang.......kita tunggulah sampai buah tu masak. Dua tiga hari lagi masaklah tu......."
Beruang jantan : "Oklah, dalam dua tiga hari lagi kita datang semula untuk petik"
Kedua-dua ekor beruang itu pun kemudian berlalu dari situ.
Si pengembara lelaki tadi menarik nafas lega. Rakannya yang memerhati dari atas pokok dengan cemas juga kemudiannya turn mendapatkannya. Nasib baik tidak diapa-apakan oleh beruang itu, fikir hati kecilnya. Setelah mengenakan balik pekaian dan mengambil beg ditanah, kedua-dua pengembara itu pun meneruskan perjalanan.
Setelah beberapa hari merayau-rayau didalam hutan itu, kedua-dua pengembara itu pun mengambil keputusan untuk keluar. Ketika menuruni lembah yang sama sewaktu dalam perjalanan keluar dari hutan, mereka terserempak sekali lagi dengan dua ekor beruang tadi. Kali ini tanpa membuang masa si pengembara lelaki dengan pantas memanjat pokok berhampiran untuk menyelamatkan diri. Maka tinggallah si pengembara wanita terkial-kial tidak sempat berbuat apa-apa. Tanpa membuang masa, dia pun melakukan seperti apa yang dilakukan oleh teman lelakinya tempuh hari dengan cara berbogel dan mematikan diri. Terpacak dia berdiri disitu dalam keadaan bogel dengan tangan mendepa seolah-olah sebagai sebatang pohon mati..
Kedua-dua ekor beruang tadi menghampirinya. Si jantan terus menghidu-hidu tubuh wanita tadi dari atas kebawah. Kemudian lantas berkata sesuatu kepada si betina :
Beruang jantan : "Nasib kita kurang baiklah, yang......... Tengok, buah yang dulu sudah dipetik orang....dah tinggal bekas......."
Beruang betina : "Ala....kempunannya saya..."
Beruang jantan : "Tapi, tak pa......cuba tengok diatas ni ada dua biji buah yang baru. Tentu dah masak ranum ni...tengok kulit pun dah cekang !!!!"
( Pengarang : Hahahaha.............!!!!. Jangan batal puasa............. )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment