Friday, 20 January 2012

MENIAGA APA UNTUNG MACAM NI.................


Terkejut pun ada. Rasa terkedu pun ada bila terbaca kenyataan yang dibuat oleh. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung keuntungan besar yang dinikmati oleh para pemegang konsesi lebuhraya yang beroperasi dinegara ini. Beliau yang memetik maklumat yang diperolehi sewaktu jawapan dalam Parlimen menyifatkan keuntungan besar yang diraih oleh para pemegang konsesi lebuhraya ini sebagai "keuntungan Maha Firaun". Sesekali apabila diteliti angka-angka yang diberikan ini ternyata ianya amat tinggi, tidak masuk akal, dan kadangkala merasakan amat tidak menasabah.

Beliau memberi contoh keuntungan paling tinggi yang dicatitkan ialah bagi Lebuhraya Metramac, yang mengaut keuntungan hampir 877%, iaitu melebihi kos asal pembinaan lebuhraya yang hanya berharga RM45 juta. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pula dilaporkan mengaut keuntungan 308% iaitu kira-kira RM18 billion berbanding kos pembinaan asal yang hanya sekitar RM5 billion. PLUS juga diberi konsesi selama 50 tahun dan akan berakhir hanya pada tahun 2038.  Lebuhraya KL-Karak juga mengaut keuntungan hampir 202% dimana perolehan sekarang mencecah hampir RM 1 billion. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pula mengaut keuntungan sebanyak 149% dengan perolehan mencecah RM1.6 billion.
Apakah kita terfikir bagaimana pemegang-pemegang konsesi ini memperolhi keuntungan begitu banyak. Jawapannya sudah tentu dari kita rakyat jelata yang saban hari menggunakan laluan lebuhraya ini. Mahu tidak mahu kita terpaksa menggunakan kemudahan yang disediakan dan kita terpaksa pula membayar kadar tol yang tinggi yang telah ditetapkan. Status 'monopoli' yang diberi kerajaan terhadap pemegang-pemegang konsesi ini menjadikan perkhidmatan mereka tiada saingnya. Samaada rakyat suka atau tidak, terpaksa menggunakannya kerana itulah satu-satunya lebuhraya yang ada yang memudahkan perhubungan antara dua tempat yang berjauhan.. Lainlah kalau hendak menggunakan jalan lama.

Kita bayangkan juga perniagaan berbentuk macam ini. Sudahlah diberi konsesi dan hak mengendalikan lebuhraya oleh kerajaan, konsesi pula untuk jangkamasa yang panjang dan kerajaan pula bertindak sebagai 'pelindung'. So, apa yang nak dibimbangkan bagi pemegang-pemegang konsesi ini?. Segala-galanya telah diaturkan oleh kerajaan untuk kemudahan dan faedah jangka panjang dan jangka pendek mereka. Dan sudah tentu semua ini diaturkan "at the expense of the rakyat".

Tidak terfikirkah kita kalau kerajaan benar-benar iklas hendak menolong meringankan beban rakyat, caj tol yang dikenakan sekarang masih boleh dikaji semula dan diturunkan kadarnya. Rakyat bukannya ingin laluan percuma dilebuhraya-lebuhraya tersebut. Rakyat faham laluan kena bayar. Tapi tol yang dikenakan haruslah menasabah dan lebih 'mesra rakyat'. Melihat dari jumlah keuntungan yang diraih oleh pemegang-pemegang konsesi ini, kita amat yakin bahawa kerajaan patut berbuat sesuatu menurunkan sikir kadar tol dan menringankan beban rakyat. Pada jangka panjang juga ianya dapat mengurangkan kadar inflasi. Pada masa yang sama kadar keuntungan yang dapat diraih oleh pemegang konsesi ioni akan dapat diturunkan sikit keparas yang lebih 'menasabah'.

Tapi, apabila ' perkiraan politik' menjadi faktor pemnentu, kita tidak pasti sama ada penurunan kadar tol ini mahu dilakukan atau tidak. Kita juga tidak tahu siapakah sebenarnya yang berada dibelakang pemegang-pemegang konsesi ini? Apakah mereka ini bertindak sebagai pemegang 'proxy'  orang-orang tertentu yang ada kuasa atau ada 'interest' dalam pengendalian lebuhraya di Malaysia?. Apakah mereka ini sanggup berbuat sesuatu atas nama keadulan untuk rakyat?.

Saya teringat kenyataan seorang rakan yang saya temui sewaktu sama sama berbincang isu ini. Katanya: " Nampak gayanya sampai anak cucu kita nanti pun pemegang konsesi lebuhraya ini akan terus mengutip tol. Bukan kita saja yang menderita, anak cucu kita juga tidak terkecuali......." Fikir-fikir lah.................

No comments:

Post a Comment