Siri 9 (Bahagian Akhir)
SALASILAH KELUARGA PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN
ASSALAMU'ALAIKUM semua..............
Minggu ini siri pengkisahan keluarga adalah siri terakhir. Bagi siri
kali ini kita akan memperkatakan mengenai salasilah keluarga PUTEH BINTI
LEBAI HUSSIN.
PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN (1936 - Sekarang)
|
Gambar PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN (Tahun 2011) | | |
|
|
|
1. PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN merupakan anak bongsu LEBAI
HUSSIN BIN HJ. TAIB dan isterinya CHE NAH BINTI HJ. DERAEH. Beliau
dilahirkan di Kampong Bikan pada tahun 1936; dibesarkan dikampong
tersebut sehingga meningkat remaja. Dikalangan anak-anak saudara dan
cucu-cucu-saudara beliau mesra dengan panggilan Chu Teh atau Toksu Teh.
Beliau adalah satu-satunya anak LEBAI HUSSIN yang masih ada hingga
kehari ini.
2. Sebagai anak bongsu perempuan dalam
keluarga, kehidupan beliau sejak dari kecil lagi agak terbela dan tidak
begitu bebas seperti abang-abangnya yang lain. Beliau mendapat didikan
dan kasih-sayang sepenuhnya dari ibu dan ayah. Sejak dari zaman
kanak-kanak lagi beliau banyak menolong ibunya dengan kerja-kerja
dirumah. Pun pada masa yang sama beliau turut membantu ibunya mengambil
upah menoreh getah dikebun orang secara pawah. Dimasa lapang seperti
kanak-kanak lain, beliau menghabiskan masa bermain dan bergaul dengan
rakan-rakan sebayanya dikampong, terutama anak-anak jiran yang datang
belajar mengaji Quran dengan ibunya. PUTEH mempunyai tubuh badan yang
agak kecil dan kurus sejak kecil berbanding dengan kakak-kanaknya yang
lain. Berkulit agak cerah (sesuai dengan namanya) dan amat petah
bercakap, gemar bercerita dan berbual terutama dengan mereka yang rapat
dengannya.
PERKAHWINAN PERTAMA
3. Beliau
bertemu jodoh buat kali pertamainya pada tahun 1955 ketika berusia 19
tahun, dengan seorang pemuda bernama ABDULLAH BIN DERANI yang berasal
dari Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah. Selepas berkahwin, PUTEH
mengikut suaminya tinggal di Bukit Selambau, disuatu kawasan perumahan
pekerja ladang tidak jauh dari pekan Bukit Selambau. Bagaimanapun,
jodohnya dengan ABDULLAH tidak kekal lama, dan hanya bertahan sekitar 3
tahun sahaja. Pasangan ini bercerai pada penghujung tahun 1958. Dengan
ABDULLAH beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama SAADIN.
PERKAHWINAN KEDUA
4. Selepas berpisah dengan ABDULLAH, PUTEH kembali kekampong
dan tinggal bersama ibu
|
PUTEH dan SHAMSURI bergambar bersama keluarga SAADIN |
|
|
bapanya. Hampir 1 tahun juga PUTEH kembali
membantu ibunya dengan menoreh getah dan membuat kerja-kerja rumah.
Hidup menjandanya tidak lama kerana selepas itu ada pihak datang
meminang. Lamaran kali ini diterima dari seorang pemuda yang berasal
dari Permatang Bendahari, Kuala Muda, Kedah bernama SHAMSURI BIN
SALLEH. Mereka kemudiannya berkahwin pada tahun 1959. Selepas
berkahwin, PUTEH mengikut suaminya berpindah ke Permatang Bendahari.
Bagaimanapun SAADIN, anak lelakinya dengan suami yang terdahulu (yang
ketika itu baru berusia 3 tahun) ditinggalkan dibawah jagaan ibunya CHE
NAH di Kampong Bikan.
BERPINDAH KE PERMATANG BENDAHARI
5.
Di Permatang Bendahari PUTEH memulakan kehidupan baru bersama
suaminya SHAMSURI. Pasangan ini mendirikan disebuah rumah diatas
sebidang tanah yang letaknya hanya beberapa meter sahaja dibelakang
pekan Permatang Bendahari. Pekan kecil Permatang Bendahari terletak
dipinggir Sungai Muda dalam kawasan Seberang Perai Utara, dan hanya
dipisahkan oleh Sungai Muda yang mengalir ditengahnya yang merupakan
sempadan antara Seberang Perai Utara dengan daerah Kuala Muda, di Kedah.
Rumah kecil yang berlantai dan berdindingkan papan serta beratapkan
daun nipah itu menjadi tempat kediaman mereka untuk beberapa tahun
seterusnya sehingga kelahiran beberapa orang anak bagi pasangan ini.
Kedua suami isteri ini giat menjalankan kerja-kerja kampong sebagai
punca rezeki waktu itu seperti menyemat atap nipah; menyiapkan tali
kemenyar; serta berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual laksa dan
sebagainya. Saya masih ingat sekitar tahun 1962, saya dibawa oleh arwah
datuk saya LEBAI HUSSIN bersama 2 orang lagi cucunya menziarahi pasangan
ini di Permatang Bendahari. Malangnya tidak banyak memori yang masih
kekal diingatan kecuali tentang betapa seronoknya kami makan
beramai-ramai dan tidor berhimpit-himpit diruang rumah yang sempit;
serta mandi air perigi dalam suasana dingin pagi yang sejuknya
mencengkam hingga ketulang. Apa tidaknya, secara kebetulan perigi yang
digunakan terletak dipinggir hutan nipah yang beralur dan digenangi air.
Siangnya kami juga dibawa menaikki sampan penambang dari Permatang
Bendahari ke pekan Kota yang berada diseberang Sungai Muda (waktu itu
belum ada jambatan lagi). Kami juga dibawa "makan angin" ke pekan kecil
Kuala Muda dengan menaikki bas, dan berkelah dipantai putih bersih di
daerah Penaga. Itu adalah secebis memori indah yang masih ada tentang
masa itu.
|
Bersama keluarga NORIZAN |
6. Tahun berlalu dan masa pun silih-berganti.
Pasangan ini terus gigih meneruskan kehidupan walaupun diselubungi
serba kekurangan dan keperitan. Pelbagai kerja dilakukan untuk menambah
rezeki. Kehidupan bagaimanapun bertambah ceria dengan kehadiran
beberapa orang anak yang menambahkan seri dan mengikat kasih-sayang
mereka. Rumah yang dahulunya kecil dan sempit berjaya diperbesarkan
sejajar pertambahan ahli keluarga. Segala pahit maung, keperitan hidup
dan susah senang dikongsi bersama. Dan berkat kesabaran serta jerit
perih yang dihadapi dengan tabah, keluarga ini akhirnya berjaya
membesarkan anak-anak; menyekolahkan mereka; dan anak-anak berjaya
membesar dan keluar sebagai manusia berjaya yang tidak lagi dibelenggui
oleh kepompong kesempitan dan keperitan hidup.
7.
Kedua-dua pasangan PUTEH dan SHAMSURI masih ada dan terus menetap di
Permatang Bendahari sehingga hari ini (sehingga posting ini ditulis).
Bagaimanapun, mereka telah berpindah kesebuah rumah baru sekitar tahun
2006 yang berjaya dibina diatas sebidang tanah yang terletak kira-kira 1
km dari simpang-tiga Permatang Bendahari - Kuala Muda (menghala ke
Penaga). Keujudan rumah baru ini, yang turut di bantu dan dibiayai
pembinaannya oleh anak-anak menjadikan pasangan ini hidup lebih selesa
untuk menjalani sisa-sisa hidup diusia tua.
8. Hasil
perkongsian hidup PUTEH dengan suaminya SHAMSURI, mereka dikurniakan
dengan 4 orang anak; seorang lelaki dan 3 perempuan : NORIZAN; NORLIA;
NORZAMRI dan NORAZLINA.
ANAK-ANAK PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN
8.1 Anak sulong PUTEH bernama SAADIN BIN ABDULLAH kekal
dipelihara oleh neneknya CHE NAH dikampong Bikan, sehingga meningkat
remaja, bersekolah, berkahwin, berkerjaya dan kini menetap di Alor
Setar, Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, dan
kemudiannya melanjutkan pelajaran hingga Tingkatan 5 di Kulim. Selepas
tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran di Institut
Teknoloji MARA (kini Uitm) di Shah Alam dibidang "Estate Management" dan
kini bertugas dengan sebuah syarikat swasta di Alor Star. Beliau
berkahwin dengan ZAITON BINTI HASHIM, yang merupakan anak perempuan
kepada HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN (perkahwinan sepupu), dan kini menetap
di Taman Bayu, Alor Setar. Pasangan ini dikurniakan dengan 4 orang anak
terdiri dari 3 lelaki dan seorang perempuan: SYAFIRUL SYAFIQ; AIDIL
AMRI; SARAH IZZATI dan AFNAN HAZIQ.
|
Gambar NORIZAN BINTI SHAMSURI |
8.2 Anak kedua PUTEH,
bernama NORIZAN BINTI SHAMSURI, merupakan juga anak sulong PUTEH
dengan suaminya SHAMSURI. NORIZAN kini menetap di Melaka dan masih
berkhidmat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bukit Katil, Melaka.
Beliau bertemu jodoh dengan suami pertamanya bernama MD. RASUL BIN
PUTEH pada tahun 1982, dan dikurniakan dengan 2 orang anak: seorang
lelaki dan seorang perempuan : NORALIZA dan MOHD. IZAR. Bagaimanapun,
jodohnya dengan pasangan pertamanya ini tidak kekal, dan mereka
berpisah sekitar tahun 1989. MD. RASUL telah kembali kerahmatullah
beberapa tahun selepas bercerai. NORIZAN kemudiannya berkahwin pula
dengan HISYAM BIN ABDUL GHAFUR dalam tahun 1991, dan dengan pasangan
kedua ini beliau dikurniakan 2 orang anak, kedua-duanya lelaki : MOHD.
HAZIM dan MOHD. HARIZ.
8.3 Anak ketiga bernama NORLIA
BINTI SHAMSURI, kini masih nertugas di Institut Jantung Negara (IJN),
Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan suami bernama ALIAS yang juga
merupakan kakitangan Syarikat Sime-Darby di Kuala Lumpur. Pasangan ini
dikatakan kini menetap di Kota Emerald, Rawang, Selangor, dan
dikurniakan seorang anak lelaki : MOHD. BAZLI.
8.4 Anak
keempat bernama NORZAMRI BIN SHAMSURI, kini masih bertugas sebagai
seorang pegawai polis di IPD Shah Alam, Selangor. Beliau berkahwin
dengan MASTURA BINTI MOHAMAD yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan
dan kini bertugas sebagai seorang guru. Pasangan ini kini menetap di
Klang, Selangor, dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak: 3 lelaki dan
seorang perempuan : MOHD. ZAKUAN; MOHD. ZARFAN; MOHD. ZAFRI dan MAS
ZULAIKHA.
8.5 Anak bongsu PUTEH bernama NORAZLINA BINTI
SHAMSURI, juga menetap di Selayang, Selangor. Beliau yang kini
bertugas dengan sebuah syarikat swasta di Selangor, telah berkahwin
dengan suami pertamanya bernama AZLAN dan dikurniakan dengan seorang
anak perempuan: NURUL ATIKAH. Bagaimana pun, pasangan ini telah
bercerai, dan NORAZLINA kini bertemu jodoh buat kali keduanya dengan
pasangan bernama MOHD. NASIR dan dikurniakan dengan seorang anak
perempuan bernama ELIS ZAFIRA.
Sekian, wassallam.