Wednesday, 22 October 2014

Siri 2 - Menyusuri Salasilah Lebai Hussin bin Hj. Taib - Keluarga ABD. SAMAD BIN LEBAI HUSSIN

Siri  2

ABD. SAMAD BIN LEBAI HUSSIN  (1910  -  1965 )


Siri kedua pengkisahan ini akan menceritakan mengenai salasilah keluarga anak pertama LEBAI HUSSIN BIN HJ. TAIB yang bernama ABD. SAMAD BIN LEBAI HUSSIN.


ABD. SAMAD BIN LEBAI HUSSIN  (1910  - 1965 )

1.1      Mungkin disebabkan ABD. SAMAD satu-satunya anak LEBAI HUSIN yang keluar merantau sejak
Gambar Allahyarham Abd. Samad
Gambar ABD SAMAD

zaman muda lagi, maka saya dan anak-anak saudaranya yang lain dikampong agak kurang rapat dan tidak banyak mengetahui perkembangan kehidupannya. Walaubagaimana pun, sekali sekala berjumpa dengan dia sendiri, atau keluarganya tetap mengirat persefahaman dan silaturrahim sesama keluarga.  ABD. SAMAD BIN LEBAI HUSIN, merupakan anak sulong dari keluarga LEBAI HUSSIN, dilahirkan pada tahun 1910 di Yan, Kedah dan menjalani zaman mudanya di Yan, kemudian ke Serdang, Kedah sebelum berpindah bersama ibubapanya ke Kpg. Bikan, Kulim.  Berkahwin dengan seorang wanita dari Bagan Baru, Selama, Perak, bernama AISHAH.  Pekerjaan awalnya sebagai petani dikampong, dan penoreh getah di Ladang Bagan Sena, Kulim. Kemudiannya bersama-beberapa orang adiknya turut memasukki perkhidmatan sebagai anggota SC  (Special Constable) di Ladang Pelam, Baling, Kedah sewaktu kemuncak dharurat diisytiharkan (1948 - 1954). Beliau memilikki susuk tubuh yang tinggi dan tegap, berperwatakan agak tegas dan serius tetapi kadangkala gemar bergurau dan amat mesra dengan adik-adiknya termasuk saudara-mara sesuai dengan sifatnya sebagai abang-sulong dan dikenali dikalangan anak-anak-saudara beliau sebagai Wa SAMAD. ('Wa' adalah gelaran dalam keluarg,a di Kedah kepada bapa-saudara yang paling sulong menggantikan 'Pak Long').

MEMASUKKI RANCANGAN TANAH PINGGIR

1.2       Selepas tamat perkhidmatan sebagai SC sekitar tahun 1954 di Ladang Pelam, beliau berniaga secara kecil-kecilan dan kemudian memasukki rancangan tanah pinggir di Bagan Baru, Selama, Perak dikampong kelahiran isterinya. Beliau berpindah dan tinggal disana untuk membina kehidupan baru bersama isteri dan anak-anaknya dengan berkebun dan mengusahakan tanah disamping berniaga secara kecil-kecilan.  Beliau melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan dikatakan pernah meneriwa tawaran memasukki FELDA pada perngkat awal penubuhannya, tetapi terpaksa menolak atas kekangan keluarga.

1.3      Walaupun tinggal di Bagan Baru, ABD. SAMAD  kerap juga berulang-alik menziarahi ayah dan
Gambar keluarga sewaktu anak-anak masih kecil
Keluarga ABD SAMAD sewaktu zaman muda
l
ibunya di Kpg. Bikan. Kulim. Saya masih ingat sewaktu masih kecil (sekitar tahun-tahun 50an dulu) saya pernah menziarahinya beberapa kali bersama ibu dan tokwan saya, LEBAI HUSSIN kerumah mereka di Bagan Baru, Selama, Perak. Saya masih ingat waktu itu keluarga ini tinggal di sebuah rumah kayu yang yang sederhana besar separuh siap atas tapak tanah pemberian pihak rancangan ini. Rumah dengan beranda bertangga kayu dibahagian hadapan, terletak agak jauh kedalam tanah rancangan. Kenangan yang masih dapat saya ingat waktu itu hanyalah sekadar makan beramai-ramai dengan meriah (bersama-sama anak-anak ABD. SAMAD yang kebanyakannya masih kecil waktu itu) dan kemudian kami beramai-ramai mandi disungai berhampiran.

ANAK-ANAK ABD. SAMAD

1.4      ABD SAMAD adalah antara anak-anak LEBAI HUSSIN yang dianugerahkan Allah anak paling ramai, iaitu seramai  13 orang, 6 lelaki dan 7 perempuan. Senarai nama anak-anaknya mengikut susunan umur adalah seperti berikut:-

1.  MOHD SHARIFF
2.  KHALIFAH
3.  JURIAH (*M)
4.  jUMAAN
5.  ASMAH
6.  ADNAN
7.  SITI RAZIAH
8.  ISHAK
9.  JAMIN
10. SITI SALMAH
11. ABD JALIL
12. QAMARUL BASIR
13. SITI NORIZAN

* M  -  Meninggal semasa kecil

1.5      MOHD SHARIF anak lelaki sulongnya tidak tinggal bersama ABD. SAMAD dan AISHAH sejak
Gambar keluarga sewaktu majlis perkahwinan anak perempuan Siti Raziah
Sebahagian anak-anak ABD. SAMAD

zaman remaja lagi. Mungkin kerana beliau lahir ketika ABD SAMAD masih lagi dikampong Bikan, dan MOHD. SHARIF agak rapat dengan datok dan neneknya berbanding ayah dan ibunya.  Beliau banyak merantau dengan membuat pelbagai pekerjaan. Pernah berkahwin dengan seorang wanita dari Kpg. Padang Ubi, Labu Besar, Kulim bernama RAFEAH (a.k.a MALA) dan dikurniakan 3 orang anak MAIDAH; MOHD SABIL dan MOHD KHIR. Pasangan ini bercerai kemudiannya dan masing-masing membawa haluan sendiri. Anak-anak kepada pasangan ini masih ada tinggal disekitar daerah Kulim; semuanya telah berumah-tangga dan mempunyai kehidupan sendiri.  MOHD SHARIF meninggal dunia pada sekitar 2010.

1.6       Anak kedua pasangan ABD. SAMAD dan AISHAH seorang perempuan bernama KHALIFAH; berkahwin dengan ABD. RASHID (seorang guru agama) di Batu Kurau, Perak.  Mereka dikurniakan 5 orang anak, ABD. SAMAD; NUR KAMARIAH; ABD. KADIR, MOHSIN dan MOHD SHAHIR.

1.7        Anak ketiga pasangan ini bernama JURIAH meninggal ketika masih kecil.

1.8        Anak keempat bernama JUMAAN @ EMBUN berkahwin dengan seorang bernama OSMAN

dan memperolehi 9 orang anak: KHAIRUDDIN; SALWA; MOHD RAFI; ARIFF; LINDA, ZURA; RIDZUAN; NATASYA dan NORAFIKAH.

1.9       Anak kelima ASMAH berkahwin dengan suami bernama HAMDUDIN, dan memperolehi 5 orang anak: MOHD. RIZAL; RIZALMIL; SHIMA; RIZALMAN dan AZIE.

1.10       Manakala anak lelaki kedua pasangan ini (anak ke-6) bernama ADNAN, berkahwin dengan SITI BEDARIAH dan memperolehi 4 orang anak: HASMIDAR; MUHD. LUQMAN, NORIHAN dan NORAZLINA. Bagaimanapun MUHD. LUQMAN meninggal dunia sewaktu kecil (ketika berusia sekitar 4 tahun).  Keluarga ADNAN ini sekarang menetap disebuah rancangan FELDA di Pahang.

1.11      Anak ketujoh pasangan ini bernama SITI RAZIAH pernah bertugas sebagai guru di Johor. Beliau berkahwin sekitar awal tahun 70an dengan pasangannya yang juga berasal dari Johor bernama MOHD. KHALID, dan memperlehi 3 rang anak: NORSHARIZA; NORSHARINA; dan MOHD AZIM.

1.12      Anak kelapan bernama ISHAK memasukki perkhidmatan Polis dan kini telah pun bersara dan menetap di Ipoh, Perak. Beliau berkahwin dengan YATI dan memperolehi 8 orang anak: ISMAWATI; ABD. HADI; WAHIDA; RUSTAM; FARAH; SITI KHADIJAH; HAIKAL dan HAZIQ.

1.13      Anak kesembilan benama JAMIN kini masih bertugas di Jabatan Pertanian Seberang Perai, dan tinggal di Kulim, Kedah. Beliau berkahwin dengan ZUBAIDAH dan mendapat 3 orang anak: NUR JESYANTI; MOHD JAILANI (meninggal dunia), dan JAZLAN.

1.14      Anak kesepuloh bernama SITI SALMAH kini menetap di Segamat, Johor. Pernah berkahwin dengan ABU HAFIZ, tetapi telah berpisah. Anak-anak seramai 3 orang: ERLI NURAFIZA; ENIZA dan ERINA IDAYU.

1.15       Anak kesebelas bernama ABDUL JALIL kini juga dikatakan menetap di Johor dan pernah bertugas dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) . Beliau berkahwin dengan SARIMAH dan memperolehi 5 orang anak: NUR JANNAH; MAMAT & BABY (tak pasti nama mereka yang sebenar); MD. HAFIZ dan SARAH.

1.16       Anak keduabelas bernama QAMARUL BASIR, berkahwin dengan MAHANI dan mempunyai 2 orang anak: FAKRUL dan AMY DIANA. Tiada maklumat lanjut mengenai pasangan ini dalam rekod saya.

1.17       Anak bongsu (ketigabelas) bernama SITI NORIZAN, berkahwin dengan HASSAN dan kini diberitakan menetap di Ipoh, Perak. Anak-anak seramai 3 orang: ANI; IZAT dan MOHD HAIDIR.

1.18       Senarai anak-anak dan cucu-cucu ABD. SAMAD yang saya perolehi ini adalah sehingga/setakad penghujung 2010; dan seperti apa yang ada dalam rekod saya. Kemungkinan besar ada maklumat yang kurang tepat; ada nama yang tercicir; atau ada penambahan baru dalam keluarga. Mohon kerjasama saudara-mara untuk sama-sama kita 'update' dan buat pembetulan sekiranya ada.


TRAGEDI MENYAYAT HATI

1.19      Kata orang rezeki, jodoh dan ajal maut semuanya di tangan Allah yang maha berkuasa.  Suatu peristiwa sedih dan menyayat hati berlaku kepada ABD. SAMAD dan keluarga sekitar tahun 1965 dan sekali gus turut meragut nyawanya. Beliau ditimpa kemalangan ngeri sewaktu dalam perjalanan pulang dari kebun bersama beberapa orang anak lelakinya. Sekonyong-konyong ketika dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya beserta angin kencang menyebabkan beliau bersama anak-anaknya terpaksa mencari perlindungan dan berteduh dibawah sebuah pondok kayu  yang terletak dibawah sebatang pokok besar sementara menanti hujan teduh. Allah maha kuasa menentukan segalanya. Pokok tempat beliau berlindung itu tiba-tiba tumbang dipukul angin kencang. Beliau tersepit dihempap bawah timbunan batang dan ranting kayu, dan menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat diselamatkan. Dalam teragedi malang itu juga beberapa orang anaknya  turut tercedera, antaranya ADNAN BIN ABD. SAMAD dan ISHAK BIN ABD. SAMAD.

JALINAN SILATURRAHIN DENGAN ANAK-CUCU ABD SAMAD

1.20       Yang pergi tetap telah pergi meninggalkan kita semua. Cuma kita yang masih hidup sepatutnya menyambung legasi dan silaturrahim sesama keluarga besar kita. Bagi mereka yang ada akaun FB, terdapat beberapa orang anak-cucu Allahyarham yang bergiat di FB! Antaranya anak Allahyarham bernama ISHAK (Kawe Pahe); JAMIN (Jimalifminshotdal), SALMAH (Salmah Samad); manakala antara cucunya yang ada dalam akaun FB saya ialah Abd. Samad Rashid, Rizal Hamdudin; Elle Hafiz; Yen Hafiz dan Ann Hafiz.  Mungkin anda boleh 'add' mereka ini untuk terus melebarkan jalinan interaksi sesama keluarga kita......

Sambungan di Siri 3  -  Salasilah Keluarga ISMAIL BIN LEBAI HUSSIN


Carta salasilah keluarga Abd. SamadCarta salasilah keluarga Abd. Samad

4 comments:

  1. assalamualaikum.. terima kasih hasilkan salasilah keluarga besar kita.. terharu membacanya.. semoga hubungan silaturrahim antara kita kekal selamanya n dberkati Allah swt..
    pembetulan Adnan berkahwin dengan Siti bedariah dan mempunyai 4 orang anak iaitu hasmidar, muhd luqman, norihan dan norazlina.. terima kasih sekali lg.. ;)

    ReplyDelete
  2. muhd luqman meninggal semasa umur 4 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran. Sumber rujukan saya mungkin beri maklumat yg kurang tepat. Insyaallah saya akan usahakan untuk buat pembetulan

      Delete
  3. Assalamualaikum pakcik Salleh. Terima kasih atas maklumat dan penulisan tentang salah silah keluarga ini. Ada pembetulan pada tahun arwah Abdul Samad meninggal iaitu pada tahun 1967.sbb mak sy siti norizan lahir pada 1967 dan arwah tok saya meninggal masa mak saya masih bayi.

    ReplyDelete