Siri 5
SALASILAH KELUARGA RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN
Siri kelima pengkisahan keluarga ini akan memperkatakan mengenai RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN, iaitu anak perempuan sulong (dan juga anak ke-4) dari pasangan LEBAI HUSSIN BIN HJ. TAIB dan CHE NAH BINTI HJ. DERAEH. Dikalangan saudara-mara dan anak-cucu-cicit, beliau jarang dikenali. Mungkin juga hanya sebagai 'arwah Maknjang RAMLAH', atau 'Toknjang RAMLAH'. Beliau amat sedikit sekali diketahui mengenai latar-belakang dan susur-galur perjalanan hidupnya. Ini ialah kerana usianya yang terlalu singkat dan beliau meninggal dunia pada usia yang masih muda.....
RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN (1920 - 1947)
1. Sebagai penulis dan pengkisah sejarah keluarga, saya sebenarnya merasa inilah bahagian yang paling mencabar dalam penulisan saya. Bukannya apa, kerana saya perlu menulis tentang sesaorang yang tidak pernah langsung saya lihat atau bertemu muka. Cerita mengenainya hanya tercatat dalam memori saya sahaja berdasarkan cerita-cerita dari arwah ibu saya, dan beberapa orang saudara-mara yang lain. Apa tidaknya, beliau meninggal lama sebelum saya dilahirkan kedunia .....
ZAMAN REMAJA DAN PERKAHWINANNYA
2. RAMLAH dikatakan lahir sekitar tahun 1920 di Yan, Kedah dan
seperti abang-abangnya yang lain turut merantau bersama ayah dan ibunya
ke Serdang, Kedah dan kemudian ke Kampong Bikan. Tidak banyak yang
diketahui mengenai kehidupannya sewaktu zaman kanak-kanak dan sehingga
meningkat remaja. Apa yang pasti beliau hidup sebagai seorang gadis
biasa dikampong, dan sebagai gadis pingitan anak kepada guru mengajar
Alquran dikampong. Beliau dikatakan memilikki raut wajah yang agak
menarik; serta berkulit kuning langsat serta dengan tutur kata yang
lembut. Jelas sekali beliau mewarisi banyak kelebihan dan rupa paras
dari ibunya sendiri CHE NAH sewaktu zaman mudanya. Setiap hari beliau
akan membantu ayah dan ibu menguruskan rakan-rakan serta anak-anak jiran
sekampong yang datang belajar mengaji dirumahnya. Pada masa lapang
pula, seperti anak-anak gadis lain seusianya beliau akan sibuk bermain
dengan rakan-rakan sebaya; selain membantu ibunya memasak dan
menguruskan kerja-kerja rumah. Menjadi amalan mesyarakat ketika itu
dimana anak-anak perempuan tidak begitu digalakkan belajar disekolah.
Jadi hiduplah beliau tanpa menerima apa-apa pendidikan formal disekolah.
Dan pelajaran atau pendidkan yang diterima hanyalah melalui asuhan dan
tunjuk-ajar dari kedua-dua orang tuanya sahaja. Ketika melewati usia 21
tahun, beliau bertemu jodoh dengan seorang pemuda asing yang bukan
berasal dari Kampong Bikan, bernama HASHIM BIN ABDULLAH. Secara
kebetulan HASHIM yang berasal dari Kpg. Mengkuang, Bukit Mertajam,
Seberang Perai, datang merantau ke Kampong Bikan untuk mencari
penghidupan dan menumpang dirumah bapa saudaranya di Kampong Bikan Hulu.
Di kampong ini HASHIM membuat pelbagai pekerjaan kampong seperti
bertani dan memugar hutan untuk bercucuk tanam. Pasangan ini berkahwin
sekitar tahun 1942.
3. Selepas berkahwin, RAMLAH turut
membantu pekerjaan suaminya; kadangkala tinggal berminggu-minggu lamanya
dihutan dengan berusaha memugar tanah untuk ditanam padi huma, tebu dan
lain-lain tanaman kontan. Pada tahun 1943, anak sulong yang bertama
dari pasangan ini lahir, iaitu seorang anak perempuan diberi nama
ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM. Demi kelangsungan hidup, pasangan ini
masih perlu terus keluar masuk hutan mengerjakan tanah huma dan bertani.
Anak yang baru lahir tidak dibawa bersama, tetapi terpaksa ditinggalkan
dikampong bersama neneknya CHE NAH.
MENINGGAL DUNIA SEWAKTU MELAHIRKAN
4. Tahun 1945, seorang lagi bayi lelaki dilahirkan. Diberi nama ELIAS, tetapi usia bayi tersebut tidak panjang, hanya lebihkurang seminggu sahaja sebelum ianya meninggal dunia. Hancur luluh dirasakan oleh pasangan ini namun hidup perlu diteruskan. Pada tahun 1947, seorang lagi bayi dilahirkan, kali ini seorang perempuan dan diberi nama JAMALIAH. Tapi, bagaimanapun takdir menentukan segala. Si isteri yang mengalami komplikasi sewaktu melahirkan tidak dapat diselamatkan dan pergi menemui Penciptanya. Anak yang baru dilahirkan juga tidak dapat bertahan lama dan pergi juga mengikuti siibu selepas 3 hari dilahirkan. Jatuh tercelepuk si ayah tidak dapat berkata apa mengenangkan nasib yang menimpa. Hanya pada Allah dia berserah. RAMLAH meninggal dunia dalam usia yang masih muda - baru sekitar 27 tahun. Dia bagaimanapun, meninggalkan seorang waris, seorang anak perempuan, ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM yang akan menyambung legasi kehidupan dan zuriatnya. ROKIAH @ ROKIYAH pada waktu kejadian berlaku baru berusia sekitar 5 tahun........
5. Dalam kesedihan mengenang nasib yang menimpa, si ayah HASHIM BIN ABDULLAH, pasrah dengan ketentuan Allah. Beliau menyerahkan anaknya ROKIAH @ ROKIYAH dibawah jagaan kedua-dua ibu dan bapa mertuanya. Demi sesuap nasi, kehidupan perlu diteruskan dan beliau kembali menjalankan kerja-kerja lamanya berhuma dan bercucuk tanam jauh dihutan, walaupun tanpa isteri yang telah pergi mendahuluinya. Mega mendung yang menyelimuti hidup si ayah dua-beranak akhirnya berarak pergi dan cahaya matahari kembali bersinar dalam kehidupan apabila HASHIM diusulkan mengambil adik-iparnya yang kebetulan juga pada masa yang sama sedang diuji dengan kegagalan rumah-tangga pada perkahwinannya yang pertama. Demi kelangsungan hidup dan demi anak yang kian membesar, si ayah menerima adik-iparnya sebagai isteri menggantikan RAMLAH yang sudah pergi. Kata disebut dan gayung pun bersambut. Kedua mempelai akhirnya disatukan sekitar penghujung tahun 1947. Kisah "salin-tikar" ini akan saya teruskan dalam Bahagian ke 6 nanti. Insya Allah......
ANAK PEREMPUAN RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN
6. Satu-satunya anak perempuan RAMLAH, iaitu ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM dibesarkan dibawah jagaan dan asuhan neneknya CHE NAH BINTI HJ. DERAEH, walaupun selepas ayahandanya HASHIM berkahwin lain. ROKIYAH @ ROKIAH dikatakan mewarisi rupa paras dan kecantikan ibunya sendiri. Beliau dibesarkan, disekolahkan di Sekoah Kebangsaan Labu Besar, dan kemudiannya bertemu jodoh dengan seorang pemuda dari Kampong Bikan bernama SHARI BIN ABDULLAH dalam usia yang masih muda, iaitu sekitar 16 tahun. Pasangan ini bermustautin di Kpg. Bikan sepanjang hayat mereka dimana SHARI bekerja menyara keluarga dengan membawa teksi. Berkat perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan 7 orang anak: 5 lelaki dan 2 perempuan.
CUCU/CUCU/CICIT RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN
7. Anak sulong ROKIYAH bernama NORLIA BINTI SHARI, juga
dikenali dengan panggilan mesra "MISAH" sejak kecil, lahir dan
dibesarkan diKampong Bikan. Berkahwin dengan ABU HASSAN dari Kpg. Belah
Dua, Seberang Perai dan dikurniakan 5 orang anak. Beliau kini yang telah
kematian suami menetap di Kpg. Belah Dua. Anak-anaknya ialah: NORAINI,
MOHD. KHAIRIL IZANI (@ MAMAT)), SITI MASTURA; MOHD RAMADAN dan SITI
SAKINAH.
8. Anak kedua SOFIAN BIN SHARI, kini tinggal di Kpg. Bikan dan masih belum berumah tangga.
9. Anak ketiga MUSTAFA BIN SHARI, berkahwin dengan seorang gadis bernama RUHIZAM berasal dari Kelantan dan kini menetap di Kelantan. Dianugerahi seramai 4 orang anak, terdiri dari 2 lelaki dan 2 perempuan: MOHD FIRDAUS; AMIZA FADZLINA; IRFAN dan FATIN.
10. Anak keempat bernama HINDUN BINTI SHARI, berkahwin dengan
seorang pemuda berasal dari Kpg. Pandan, Kuala Lumpur bernama
KAMARULZAMAN. Pasangan ini kini menetap di Taman KosaLIAs NOR, Ampang,
Selangor dan dikurniakan 4 orang anak terdiri dari 3 lelaki dan seorang
perempuan: BADRUL HISHAM; AMEERUL RASHID; SYAHIRAH dan ZULHELMI.
11. Anak kelima ABU BAKAR BIN SHARI berkahwin dengan ROHAYA yang berasal dari Labu Besar, Kulim, kini menetap di Kpg. Bikan dan dianugerahi dengan 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan : AISYAH; AZIZI; ANISE dan AIZAL.
12. Anak keenam FAUZI BIN SHARI berkahwin dengan MARIANI yang berasal dari Acheh, Sumatera Utara dan kini menetap di Lunas, Kulim. Kedah. Pasangan ini dianugerahi 3 orang anak; seorang lelaki dan 2 perempuan: NURUL HIDAYAH; MOHD HIDAYAT dan SYUHAIDA.
13. Anak ketujuh MOHD AZIMUDDIN BIN SHARI berkahwin dengan MASHITAH yang berasal dari Pendang, Kedah dan sehingga kini dianugerahi dengan seorang anak perempuan NUR QHALIESYA JASMIN. Pasangan ini menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang.
14. ROKIAH @ ROKIYAH BINTI HASHIM meninggal dunia dalam bulan Ogos, 2006. Beliau meninggalkan legasi berupa seorang suami dan ramai anak-cucu-cicit yang kebanyakannya masih tinggal disekitar Kulim dan Kpg. Bikan, khususnya. Walaupun suaminya SHARI BIN ABDULLAH telah mendapat pengganti dan berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Kulim bernama NORSIAH BINTI ARIFFIN, namun perhubungan mesra dengan anak-cucu arwah tetap terjalin dengan baik sekali.
Sambungan di Siri 6 - SALASILAH KELUARGA HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN
SALASILAH KELUARGA RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN
Siri kelima pengkisahan keluarga ini akan memperkatakan mengenai RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN, iaitu anak perempuan sulong (dan juga anak ke-4) dari pasangan LEBAI HUSSIN BIN HJ. TAIB dan CHE NAH BINTI HJ. DERAEH. Dikalangan saudara-mara dan anak-cucu-cicit, beliau jarang dikenali. Mungkin juga hanya sebagai 'arwah Maknjang RAMLAH', atau 'Toknjang RAMLAH'. Beliau amat sedikit sekali diketahui mengenai latar-belakang dan susur-galur perjalanan hidupnya. Ini ialah kerana usianya yang terlalu singkat dan beliau meninggal dunia pada usia yang masih muda.....
RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN (1920 - 1947)
1. Sebagai penulis dan pengkisah sejarah keluarga, saya sebenarnya merasa inilah bahagian yang paling mencabar dalam penulisan saya. Bukannya apa, kerana saya perlu menulis tentang sesaorang yang tidak pernah langsung saya lihat atau bertemu muka. Cerita mengenainya hanya tercatat dalam memori saya sahaja berdasarkan cerita-cerita dari arwah ibu saya, dan beberapa orang saudara-mara yang lain. Apa tidaknya, beliau meninggal lama sebelum saya dilahirkan kedunia .....
ZAMAN REMAJA DAN PERKAHWINANNYA
Pasangan ROKIAH dan SHARI (1957) |
Allahyarhamah ROKIAH (paling kiri) bersama anak dan adik-ipar |
MENINGGAL DUNIA SEWAKTU MELAHIRKAN
4. Tahun 1945, seorang lagi bayi lelaki dilahirkan. Diberi nama ELIAS, tetapi usia bayi tersebut tidak panjang, hanya lebihkurang seminggu sahaja sebelum ianya meninggal dunia. Hancur luluh dirasakan oleh pasangan ini namun hidup perlu diteruskan. Pada tahun 1947, seorang lagi bayi dilahirkan, kali ini seorang perempuan dan diberi nama JAMALIAH. Tapi, bagaimanapun takdir menentukan segala. Si isteri yang mengalami komplikasi sewaktu melahirkan tidak dapat diselamatkan dan pergi menemui Penciptanya. Anak yang baru dilahirkan juga tidak dapat bertahan lama dan pergi juga mengikuti siibu selepas 3 hari dilahirkan. Jatuh tercelepuk si ayah tidak dapat berkata apa mengenangkan nasib yang menimpa. Hanya pada Allah dia berserah. RAMLAH meninggal dunia dalam usia yang masih muda - baru sekitar 27 tahun. Dia bagaimanapun, meninggalkan seorang waris, seorang anak perempuan, ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM yang akan menyambung legasi kehidupan dan zuriatnya. ROKIAH @ ROKIYAH pada waktu kejadian berlaku baru berusia sekitar 5 tahun........
5. Dalam kesedihan mengenang nasib yang menimpa, si ayah HASHIM BIN ABDULLAH, pasrah dengan ketentuan Allah. Beliau menyerahkan anaknya ROKIAH @ ROKIYAH dibawah jagaan kedua-dua ibu dan bapa mertuanya. Demi sesuap nasi, kehidupan perlu diteruskan dan beliau kembali menjalankan kerja-kerja lamanya berhuma dan bercucuk tanam jauh dihutan, walaupun tanpa isteri yang telah pergi mendahuluinya. Mega mendung yang menyelimuti hidup si ayah dua-beranak akhirnya berarak pergi dan cahaya matahari kembali bersinar dalam kehidupan apabila HASHIM diusulkan mengambil adik-iparnya yang kebetulan juga pada masa yang sama sedang diuji dengan kegagalan rumah-tangga pada perkahwinannya yang pertama. Demi kelangsungan hidup dan demi anak yang kian membesar, si ayah menerima adik-iparnya sebagai isteri menggantikan RAMLAH yang sudah pergi. Kata disebut dan gayung pun bersambut. Kedua mempelai akhirnya disatukan sekitar penghujung tahun 1947. Kisah "salin-tikar" ini akan saya teruskan dalam Bahagian ke 6 nanti. Insya Allah......
ANAK PEREMPUAN RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN
6. Satu-satunya anak perempuan RAMLAH, iaitu ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM dibesarkan dibawah jagaan dan asuhan neneknya CHE NAH BINTI HJ. DERAEH, walaupun selepas ayahandanya HASHIM berkahwin lain. ROKIYAH @ ROKIAH dikatakan mewarisi rupa paras dan kecantikan ibunya sendiri. Beliau dibesarkan, disekolahkan di Sekoah Kebangsaan Labu Besar, dan kemudiannya bertemu jodoh dengan seorang pemuda dari Kampong Bikan bernama SHARI BIN ABDULLAH dalam usia yang masih muda, iaitu sekitar 16 tahun. Pasangan ini bermustautin di Kpg. Bikan sepanjang hayat mereka dimana SHARI bekerja menyara keluarga dengan membawa teksi. Berkat perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan 7 orang anak: 5 lelaki dan 2 perempuan.
CUCU/CUCU/CICIT RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN
Anak sulong NORLIA (a.k.a MISAH) |
8. Anak kedua SOFIAN BIN SHARI, kini tinggal di Kpg. Bikan dan masih belum berumah tangga.
9. Anak ketiga MUSTAFA BIN SHARI, berkahwin dengan seorang gadis bernama RUHIZAM berasal dari Kelantan dan kini menetap di Kelantan. Dianugerahi seramai 4 orang anak, terdiri dari 2 lelaki dan 2 perempuan: MOHD FIRDAUS; AMIZA FADZLINA; IRFAN dan FATIN.
HINDUN bersama suami |
11. Anak kelima ABU BAKAR BIN SHARI berkahwin dengan ROHAYA yang berasal dari Labu Besar, Kulim, kini menetap di Kpg. Bikan dan dianugerahi dengan 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan : AISYAH; AZIZI; ANISE dan AIZAL.
12. Anak keenam FAUZI BIN SHARI berkahwin dengan MARIANI yang berasal dari Acheh, Sumatera Utara dan kini menetap di Lunas, Kulim. Kedah. Pasangan ini dianugerahi 3 orang anak; seorang lelaki dan 2 perempuan: NURUL HIDAYAH; MOHD HIDAYAT dan SYUHAIDA.
13. Anak ketujuh MOHD AZIMUDDIN BIN SHARI berkahwin dengan MASHITAH yang berasal dari Pendang, Kedah dan sehingga kini dianugerahi dengan seorang anak perempuan NUR QHALIESYA JASMIN. Pasangan ini menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang.
14. ROKIAH @ ROKIYAH BINTI HASHIM meninggal dunia dalam bulan Ogos, 2006. Beliau meninggalkan legasi berupa seorang suami dan ramai anak-cucu-cicit yang kebanyakannya masih tinggal disekitar Kulim dan Kpg. Bikan, khususnya. Walaupun suaminya SHARI BIN ABDULLAH telah mendapat pengganti dan berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Kulim bernama NORSIAH BINTI ARIFFIN, namun perhubungan mesra dengan anak-cucu arwah tetap terjalin dengan baik sekali.
Carta keluarga RAMLAH |
Sambungan di Siri 6 - SALASILAH KELUARGA HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN
No comments:
Post a Comment