UMNO sedang 'mengelupor' (kata orang-orang utara), atau sedang 'berhempas pulas' mencari ruang dan nafas untuk menghadapi asakan dan serangan bertubi-tubi dari Pakatan Rakyat (PR), dan rakyat keseluruhannya terutama jenerasi muda. Masakan tidak, saban hari kita melihat ramai anak muda termasuk pelajar-pelajar IPT meluahkan perasaan dan pendapat melalui maya 'cyber' seperti dilaman-laman 'facebook' dsbnya, tentang kekecewaan mereka terhadap parti yang memerintah. Pekikan dan laungan 'ABU' (Asal Bukan UMNO} telah banyak kedengaran disana sini. Dan dalam setiap perhimpunan yang diadakan oleh pihak pembangkang, ratusan malah ribuan anak muda keluar beramai-ramai menyertainya, berbanding program-program pemerintah sendiri. Contoh terbaik yang dapat kita lihat ialah himpunan Bersih 2.0 tahun lalu dan himpunan Hijau (Anti Lynas) yang diadakan baru-baru ini.
Apakah petunjuk ini tidak menyakinkan kita bawa gelombang anak muda kini sudah berubah hala tujunya dan tidak lagi menyokong UMNO dan parti pemerintah? Walaupun DS Najib dan barisan kepimpinannya sering menyatakan yang UMNO sudah pulih dan sokongan orang Melayu terhadap UMNO sudah kembali seperti dulu, sebenarnya kenyataan seperti ini hanyalah sekadar 'penyedap rasa' semata. Hakikat dan realiti didepan mata memberi gambaran yang amat berbeza. Kalau DS Najib begitu yakin yang UMNO sudah pulih dan orang Melayu sudah kembali berbondong-bondong kepangkuan UMNO, mengapa masih tercari-cari tarikh PRU13? Bukankah elok diadakan sekarang sebelum mereka berbondong bondong pula 'lari' meninggalkan UMNO!!
Jika diteliti, sebenarnya dukongan dan sokongan tegar terhadap UMNO yang masih bersisa hanyalah dari gulongan tua, orang-orang kampong, makcik pakcik FELDA, serta kakitangan kerajaan dan penjawat awam yang 'terkunci' kebebasan mereka, serta gulongan yang masih bergantung 'talian hayat' untuk meneruskan kesinambungan hidup dengan bergantung kepada UMNO atau kerajaan. Mereka inilah yang masih setia memberikan UMNO nafas untuk terus hidup. Sedangkan gulongan muda, para profesional dan cerdikpandai dan intelek Melayu nampaknya sudah lama 'beralih arah' menjauhi UMNO.
Mengapakan hal ini berlaku? Sebenarnya rata-rata orang Melayu melihat bahawa UMNO sudah parah dan 'nazak'. Ianya umpama penyakit kudis bernanah yang telah merebak menjadi busong, yang tidak boleh diubati lagi serta perlu 'dibuang' saja. Penyakit-penyakit seperti rasuah, kronisma, penyelewengan, salahguna kuasa dan macam-macam lagi sudah jauh merebak dan sukar diubati. Lihatlah sahaja apa yang berlaku disekeliling kita. Kes-kes penyelewengan dan scandal yang bermacam-macam dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis berlaku tanpa ada jalan penyelesaian.. Terkini adalah kes NFC (pinjaman 250 juta), FTZ (kerugian 12 billion), MAS (kerugian 8.8 billion), Proton (kerugian 88 juta) dan penyelesaian Danaharta keatas kes tuntutan Tajaudin Ramli (MAS) yang tidak diumumkan jumlahnya. Malah kerugian kerajaan dizaman Dr. Mahathir menjadi PM saja sudah dianggarkan sebanyak RM100 billion!!!. Itu belum termasuk kerugian dizaman Pak Lah dan Najib. Semuanya ini duit siapa kalau bukan duit rakyat.
Tapi, orang Melayu masih ramai menyokong UMNO. Apakah mereka ini tidak tahu apa yang berlaku, atau sengaja tidak mahu tahu. Mereka masih berterusan menyokong UMNO kononnya atas dasar menjaga maruah dan hak-hak orang Melayu! Hak apa lagi yang tinggal jika hutang sudah 'berbukit' dan semua kemegahan Melayu (seperti bahasa Melayu, kedudukan bumiputera, ekonomi dan hak raja raja dan Perlembagaan Negara) telah lama dirobek dan 'dilacurkan'..
Tidakkah kita sendiri melihat dengan jelas bahawa UMNO itu sendiri kini sudah banyak yang 'rosak'. Ianya bukan lagi gagasan UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1946 dulu. UMNO itu telah berkubur dalam tahun 1987. Dikuburkan dan ditalkinkan oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Yang ada sekarang adalah 'UMNO ciptaan baru' diera Dr. Mahathir yang samasekali mempunyai citarasa dan semangat juang yang berlainan dengan UMNO dizaman Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak dan Tun Hussin Onn dulu.
Walaupun begitu, orang Melayu, khususnya diluar bandar, dikampong-kampong kebanyakannya masih setia bersama UMNO ini. Bagi mereka ini UMNOlah segalanya yang memberi nafas dan rezeki untuk terus hidup. Bagi mereka ini, jika diberi seringgit dua, atau diberi sehelai kain batik atau pelikat ketika hendak mengundi, maka UMNOlah yang akan mereka undi. Mereka langsung ditutup mata dan telinga terhadap kejijikan yang banyak berlaku oleh UMNO terhadap rakyat. Tidak menghairankan kita kerana sumber maklumat mereka amat terbatas. Hanya media arus perdana yang dikawal kerajaan sahaja yang menjadi wadah penyampai berita kepada mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka 'menutup' samasekali minda mereka dari alternatif berita lain, selain apa yang dipaparkan oleh Utusan, Berita Harian, RTM, TV3 dan media-media lain yang sewaktu dengannya. Begitu juga dengan kakitangan dan penjawat awam.. Kebanyakan mereka disampok syaitan bisu dan tidak berani berbuat apa-apa teguran atas alasan menjaga kedudukan, pangkat dan periuk nasi, walaupun tahu banyak kemungkaran yang UMNO lakukan dihadapan mata mereka. Mereka hanya akan berani bersuara selepas bersara atau tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan..
Dan kini apabila didapati sokongan orang Melayu sudah jauh merudum, kepercayaan sudah banyak terhakis, barulah UMNO mula bangkit dengan janji-janji manis dan 'gula-gula' politik pilihanraya terutama menjelang PRU13 yang akan datang. Malah taktik bermain kotor dengan menyerang pakatan pembangkang (PR) dengan menggunakan 'samseng' dan mengugut rakyat agar tidak keluar memberi sokongan kepada PR nampaknya sudah mula berlaku. Atas alasan mengekalkan 'survival' dalam politik, mereka saunggup menggunakan pelbagai helah dan taktik kotor, hatta sampai menggunakan video lucah dan fitnah memfitnah sesama Islam.
Orang Melayu harus bijak dan berfikiran matang. Jangan lagi biarkan diri 'diperbodohkan' dengan janji-janji manis dan umpan 'gula-gula pilihanraya'. Kita sudah memberi mereka 54 tahun untuk mentadbir dan memerintah negara. Tapi nampaknya mereka hanya mengambil kesempatan keatas kita. Yang kaya raya hanyalah kaum keluarga, sahabat handai dan kroni mereka sahaja sedangkan rakyat marhaen macam kita semua 'dok macam tu la jugak...'. Mereka tidak berupaya memberi kita lebih dari apa yang selalu mereka laung-laungkan, iaitu mereka telah berjasa dengan ' membina jalanraya, membina jambatan, mendirikan hospital dan memberikan kita bekalan air dan letrik........' Itulah lagu yang selalu mereka dendangkan dari dulu sampai sekarang. Setelah 54 tahun merdeka, kita sepatutnya mendapat lebih dari itu.
Seperti kata seorang kawan kepada saya, sampai bila orang Melayu nak di'perbodohkan'.......... .Cukup lah tu !!!.
Friday, 2 March 2012
Monday, 27 February 2012
KENDURI KAHWIN ORANG DULU-DULU...........
Entah mengapa tiba-tiba saya teringat perihal kenduri kahwin orang dulu-dulu. Dulu-dulu tu bukanlah lama sangat. Sekitar tahun-tahun 50an dan 60an. Waktu itu saya masih dizaman kanak-kanak dan awal usia remaja dikampong. Memandangkan kampong saya agak jauh tersorok dipendalaman dalam daerah Kulim, Kedah, sudah tentu ianya kurang terdedah kepada arus permodenan dan agak terikat kepada adat-adat lama yang dipusakai turun temurun.
Selalunya perkahwinan sesaorang lelaki dengan pasangan pilihannya akan bermula dengan sesi 'menengok' atau 'mengintai' anak dara yang ingin disunting. Maklumlah zaman dulu mana ada pasangan 'bercinta' macam sekarang.. Pilihan pasangan hanya dibuat melalui pilihan orang tua, atau pun atas cadangan sahabat handai atau ahli keluarga. Sesi 'mengintai' ini adalah semacam 'mengendap' jugalah, dimana bakal pengantin lelaki atau wakilnya dengan ditemani beberapa orang ahli keluarga akan pergi untuk cuba melihat dari dekat gadis yang bakal disunting tanpa disedari oleh sigadis tersebut atau keluarganya. Ini dilakukan samaada semasa sigadis pulang dari mengaji, membasuh diperigi atau menghadiri sesuatu majlis. Pemilihan gadis selalunya akan berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya selain dari kecantikan fizikal dan tiadanya cacat anggota, ialah 'kesuburan' punggung dan payu-dara. Ini adalah diatas kepercayaan orang dulu-dulu bahawa gadis yang besar punggungnya akan mudah bersalin, dan payu-dara bagi tujuan penyusuan kelak. Maklumlah pada zaman dulu mana ada susu formula bayi macam sekarang!.
Apabila pilihan telah dibuat, maka barulah diadakan majlis merisik, meminang dan sekiranya pinangan diterima seterusnya diadakan bertunang. Semasa majlis bertunang pihak lelaki akan menyerahkan sebentuk cincin sebagai tanda 'jadi' serta barang-barang hantaran lain kepada pihak perempuan. Maka janji pun diikat tentang berapa banyak wang hantaran, mas kahwin, berapa lama bertunang dan tarikh bila akad-nikah dan majlis dilangsungkan (majlis kenduri). Tempuh bertunang selalunya 6 bulan atau setahun bergantuing kepada keupayaan pihak lelaki menyediakan wang hantaran dan belanja perkahwinan. Kadangkala disyaratkan juga sehingga selesai musim menuai (bagi yang bersawah padi).. Sepanjang tempuh pertunangan silelaki tidak digalakkan sangat berjumpa dengan bakal isterinya kecuali pada hari-hari tertentu seperti hari raya, kenduri kendara dan sebagainya.
Akhirnya tibalah hari kenduri yang ditunggu-tunggu. Seingat saya, pada zaman itu hari kenduri merupakan suatu 'pesta' bagi seluruh kampong. Persiapan memakan masa berbulan-bulan. Malah sebulan sebelum kenduri lagi sanak keluarga tuan rumah sudah berkumpul untuk membantu apa yang patut. Mereka datang bukan dengan tangan kosong. Ada yang bawa beras, ayam, kelapa, gula, kopi, dan kuih-muih untuk meringankan beban tuan kenduri.
Beberapa hari sebelum kenduri, jiran dan saudara-mara sudah sibuk membantu, terutama pada hari mendirikan balai dan buat kerisek. Maklumlah pada zaman itu bukan ada sistem "catering' atau 'sewa khemah' macam sekarang. Semuanya kena masak dan buat sendiri. Kaum lelaki akan sibuk mendirikan 'balai' untuk para tetamu. 'Balai' selalunya akan didirikan menggunakan batang kelapa sebagai tiang, batang pinang dan batang-batang kayu sebagai strukturnya, berlantaikan papan dan tiada berdinding. Bumbung pula dibuat dari atap rumbia atau kepingan zink. Balai tetamu lelaki dan balai wanita diadakan berasingan. Kalau tiada balai untuk wanita, maka rumah tuan kenduri akan digunakan sebagai tempat hidangan untuk tetamu wanita. Disamping itu bangsal untuk tetamu menunggu (khemah tetamu) dan juga bangsal memasak (gedehok) juga didirikan, selalunya dibahagian belakang rumah, berdekatan dengan perigi atau punca air yang ada..
Sementara itu, kaum wanita juga sibuk menyediakan kerisek (kelapa parut yang digoreng garing dan kemudian ditumbuk halus) sebagai suatu bahan penting untuk memasak gulai dan rendang daging. Disamping kerisek, mereka juga akan sibuk memotong bawang, menggiling cili, menyiang kacang panjang atau umbut pisang untuk dibuat perencah gulai daging.
Sembelihan kerbau atau lembu akan dibuat sehari sebelum kenduri, atau pun diawal pagi kenduri. Dagingnya dilapah dan dipotong halus-halus secara bergotong-royong. Tulangnya dicicang untuk dibuat sup untuk hidangan sampingan. Pada hari kenduri, diawal pagi lagi ketua tukang masak atau dikenali sebagai 'ketua gedehok' sudah sibuk mengaturkan orang-orangnya memasak. Sebelah pagi masak nasi untuk menyorok (sarapan). Nasi putih dengan gulai daging cicang, bersama ikan tamban kering (tamban tergeliat) goreng, dan sambal belacan serta ulam. Jamuan ini adalah untuk sarapan kaum keluarga dan sahabat handai yang bertugas sebelum majlis kenduri bermula. Selepas selesai, barulah ketua gedehok akan mengarah anak-anak buahnya untuk masak nasi minyak dan lauk kenduri.
Lauk kenduri biasanya terdiri dari 4 atau 5 jenis. 'Main dish' ialah rendang besar (iaitu seketul daging pejal atau 'batang pinang' dimasak dengan kuah pekat). Kemudian rendang kecil (dari daging cincang, urat-urat dan lemak-lemak daging dimasak bersama kacang panjang, umbut batang pisang atau nangka muda, dan dimasak secara berkuah. Selain 2 ' main dish' ini, yang lain selalunya ialah pajeri nenas atau terung, kerabu tawgey atau pucuk paku, dan lain-lain mengikut kemampuan tuan kenduri.
Mulai pukul 12 tengah hari jamuan kenduri pun bermula. Barisan pemuda kampong (dikenali sebagai 'mentara') telah siap berbaris menghantar dulang-dulang berisi makanan dari gedehok ke balai untuk jamuan. Selain itu, tugas mentara ini juga membawa semula pinggan dan bekas yang sudah digunakan ketempat basuh selepas tetamu selesai makan. Semua petugas-petugas, termasuk mentara kakitangan gedehok dan tukang cuci pinggan selalunya diberi makan dahulu sebelum tetamu tiba. Disebelah petang, sebelum pulang mereka selalunya akan dibekalkan sedikit cenderahati oleh tuan rumah sebagai ucapan terima kasih berupa rokok 'sikerit' (cigarette) Rough Rider (rokok tembak), tuala muka atau sedikit kuih..
Makan dibalai ialah secara duduk bersila, 4 orang setalam. Kalau tetamu yang datang belum cukup 4 orang kena tunggu tetamu lain dulu, baru boleh mula makan. Satu talam nasi dan lauk hanya dibekalkan dengan 1 sudu dan 1 gelas sahaja untuk minuman dan ianya perlu dikongsi bersama antara 4 orang tetamu tersebut. Selepas makan sewaktu hendak pulang, semua tetamu dewasa dibekalkan dengan sebutir bunga telur sebagai tanda terima kasih dari tuan kenduri. Tetamu wanita pula selalunya membawa sedikit buah tangan berupa kuih-muih didalam 'mangkok susun' (mangkok tingkat) untuk sumbangan kepada tuan kenduri. Sebagai balasan sewaktu hendak pulang, pihak tuan kenduri akan memulangkan mangkok tingkat itu yang diisi dengan sedikit nasi dan lauk-pauk kenduri. Majlis jamuan ini biasanya berlangsung sampai kemalam. Ketua gedehok akan memastikan nasi ditanak lagi sekiranya didapati sehingga lewat petang masih ramai tetamu yang datang.
Sepanjang majlis kenduri berjalan, sejak awal pagi suasana dibingitkan dengan bunyi 'lospeker' (loud-speaker) yang dipasangkan pada pokok atau tempat tinggi bagi memeriahkan suasana. Sepanjang majlis juga, juruacara akan berceloteh menggunakan 'microphone'. seperti membuat pengumuman, memberi arahan pada mentara, atau mempersilakan tetamu yang hadir. Celoteh ini akan diselangseli dengan lagu-lagu piringhitam yang diputarkan dari bawah rumah. Lagu-lagu 'hits' semasa yang saya masih ingat ialah lagu-lagu R. Azmi, Zainab Majid, Razak Majid, P. Ramlee dan Nona Asiah.
Sebelum masuk waktu zohor, majlis 'marhaban' akan diadakan diatas balai oleh kaum lelaki. Dan disebelah petang (selepas waktu asar) diadakan pula majlis 'pencak silat' dihalaman rumah sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir. Dinegeri-negeri sebelah utara, terutama di Kedah, pencak silat banyak dipengaruhi budaya dari Selatan Thai, terutama Pattani, dimana tetamu akan dihidangkan dengan 'silat pulut' sebagai bahan hiburan yang diiringi paluan gendang dan gong. Kadangkala diselitkan juga pertunjukan 'boxing Thai' atau 'tomoi' sebagai acara selingan.
Ketibaan pengantin lelaki atau perempuan biasanya pada waktu tengah hari disambut dengan meriah sekali. Tidak ada paluan kompang macam sekarang. Yang ada cuma gendang silat atau gendang keling. Biasanya pengantin akan diarak dengan berjalan kaki (jika jarak rumahnya tidak jauh). Atau, jika jalan lecah (becak) pengantin akan diusung diatas tandu khas dan diarak dari kawasan berhampiran (maklumlah zaman itu tidak banyak jalanraya yang elok macam sekarang dan kereta pun tidak banyak). Juga,berbeza dengan amalan sekarang pengantin dulu-dulu tidak bersanding diwaktu siang. Persandingan kedua mempelai hanya akan diadakan pada lewat tengah malam, kadangkala sekitar jam 1 pagi. Sementara menunggu ketika untuk bersanding, selalunya majlis akan diserikan dengan bacaan Al-Quran atau berzanji.. Bagi tuan kenduri yang agak 'berada', majlis kenduri disebelah malam akan diserikan dengan permainan 'ghazal pati' dari Kepala Batas bersama pelawaknya yang tersohor Hasan Putu Mayam, atau Orkes Zindegi dari Batu Lima, Sik. Kumpulan-kumpulan pancaragam ini agak popular disebelah utara dan kebanyakan lagu yang dihidangkan adalah ala padang pasir dan hindustan. Tetapi yang menjadi tarikan utama bukannya penyanyi atau lagu, tetapi ialah penari geleknya yang biasanya lelaki yang di'make-up'kan sebagai perempuan. Bila dikenakan bedak, celak dan gincu, ramai juga lelaki yang naik gian.
Demikianlah gambaran majlis kenduri kahwin dulu-dulu yang masih saya ingat. Amat jauh berbeza dengan majlis zaman sekarang. Kata orang 'sekali air bah, sekali pasir berubah'. Banyak amalan-amalan ini telah berubah mengikut peredaran masa dan tidak lagi dipraktikkan sesuai dengan tuntutan dan keadaan semasa.............

Friday, 24 February 2012
Bijakkah Tindakan Najib?
Sejak mengambil alih jawatan perdana menteri dalam bulan Mac 2009, DS Najib Tun Razak dilihat banyak melakukan tindakan-tindakan yang boleh dikategorikan sebagai "kurang bijak". Kalau dikatakan tindakan "bodoh", tentu ramai yang akan melenting. Tapi, bagi saya cukuplah jika dikatakan tindakan-tindakan itu sebagai "kurang bijak" dan "tidak cerdik". Malah bagi sesetengah orang melihat semua tindakan-tindakan ini sebagai suatu sikap kurang cermat atau "flip-flop" yang sebenarnya ada pada diri beliau. Kalau rata-rata kita tanya orang kampong, atau makcik dan pakcik FELDA mungkin ramai yang tidak berapa faham. Dalam bahasa mudah, sikap kurang cermat itu bolehlah dikatakan sebagai "Main ikut sedap cakap saja...", manakala "flip-flop" ini ialah lebihkurang: "Sat kata lagu ni, dan sat lagi kata lagu lain pulak!!!........"
Tapi, wajarkah sebagai seorang Perdana Menteri dan orang nombor satu negara bercakap dan bertindakan sedemikian? Tentu ramai yang tidak suka 'statement' saya. Takkan seorang Perdana Menteri boleh bersikap macam ini? kata mereka. Sebagai Perdana Menteri, setiap cakapnya sentiasa dipegang dan dipercayai. Setiap arahannya dipatuhi dan setiap visinya dihayati. Mana mungkin Perdana Menteri boleh main cakap ikut sedap mulut? Tapi hakikatnya begitulah.........
Kita ambil contoh waktu kemuncak isu Perhimpunan BERSIH 2.0 dulu, Tentu ramai yang masih ingat. Najib pernah menawarkan stadium sebagai alternatif untuk kumpulan BERSIH mengadakan demonstrasi asalkan tidak dibuat dijalan taya, katanya. Buatlah dalam stadium. Kalau nak menjerit pun menjerit lah, katanya, Tak ada siapa yang akan ambil peduli. Tup tup, apabila pihak penganjur menemui DYMM Yang DiPertuan Agong, dan bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, mengapa tidak pulak dibenarkan? Pelbagai alasan pulak diberi untuk tidak meluluskan Stadium Merdeka. Bagi saya ini adalah suatu contoh 'fip-flop' atau dalam kata mudah "cakap tak seruipa bikin".
Begitu juga dengan isu penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Berdegar-degar beliau berucap dan mengumumkan kepada seluruh negara tentang hasrat kerajaan ingin menghapuskan undang-undang ISA suatu ketika dulu yang dipancarkan secara langsung menerusi semua saluran tv. Menurutnya, kerajaan pimpinnya berhasrat menghapuskan terus ISA dan menggantikannya dengan undang-undang baru yang lebih liberal. Baru tak samapai 6 bulan, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tangkapan 13 orang di Sabah yang kesemuanya ditahan dibawah ISA kerana kononnya mengancam keselamatan negara. Bukankah tindakan ini macam main-main dan tidak bijak langsung?
Dalam beberapa perhimpunan UMNO mutakhir ini, beliau dilihat berdegar-degar bercakap mengenai perjuangan memartabatkan bangsa Melayu. Kita boleh faham bahawa beliau becakap atas kapasiti Presiden parti terbesar Melayu, iaitu UMNO. Tapi, rasanya lebih baik sebagai Pengerusi BN dan Perdana Menteri sebuah negara berbilang kaum, beliau tidak bercakap berdegar-degar sedemikian rupa hanya untuk meraih undi orang Melayu. Biarlah penglima-panglima beliau saja yang menjerit-jerit mempertahankan 'hak' dan 'maruah' Melayu yang kononnya dicabar oleh pihak-pihak lain.
Sewaktu perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, beliau juga dilihat muncul bersama-sama isteri, siap dengan pakaian resmi penganut agama Hindu lagi. Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan dicemuh pelbagai pihak kerana dipercayai boleh 'menggugat akidah' seperti yang disuarakan tokoh-tokoh Islam walaupun ada tokoh Islam yang kemudiannya menarik balik cemuhan itu. Apakan perlu beliau bertindak sehingga sedemikian rupa hanya untuk mendapat undi kaum India? Bukankah perayaan Thaipusam itu suatu amalan ibadat yang dilakukan oleh penganut-penganut Hindu setiap tahun, sama seperti umat Islam melakukan ibadat haji juga. Ia bukannya sekadar seperti perayaan Deepavali atau Tahun Baru China dengan majhlis sosial dan makan-makan sahaja. Perkara seperti ini tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu. Dizaman Dr. Mahathir dan Pak Lah, mereka hanya sekadar mengucapkan selamat menyambut Thaipusan kepada penganut agama Hindu dan mewakilkan seorang Menteri beragama Hindu bagi pihak mereka di perayaan tersebut. Tapi, Najib hadir sendiri....... Kalau pun ini dilakukan atas nama mencari publisiti dan populariti, bijakkah tindakan seperti itu ?.....
Sewaktu berada di Sabah baru-baru ini, beliau tanpa segan silu mengisytiharkan bahawa Sabah telah bertambah maju dan tidak lagi tertinggal dibelakang, manakala Kelantan adalah negeri termiskin dan tercorot di Malaysia sekarang dari segi kedudukan ekonomi. Adakah wajar sebagai seorang Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian? Beliau boleh bercakap buruk dan merendah-rendahkan martabat Kelantan. Tapi lupakah beliau bahawa Kelantan juga adalah sebuah negeri dalam Malaysia dimana beliau menjadi perdana menteri? Kalau pun Kelantan negeri termiskin, salah siapa? Bukankah rakyat Kelantan juga menjadi penyumbang kepada cukai yang dikutip oleh kerajaan Persekutuan, dan kalau Kelantan tidak maju, sebenarnya kerajaan Persekutuan juga harus disalahkan. Janganlah disebabkan Kelantan diperintah PAS selama 20 tahun, maka Kelantan miskin disebabkan oleh PAS. Adakah wajar pemikiran sebegini datang dari seorang perdana menteri?
Contoh yang paling terkini sekali sikap "ketidakcerdikan" DS Najib ialah apabila beliau memanggil mesyuarat semua Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri dalam Malaysia baru-baru ini, dan TIDAK menjemput Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, beliau selamba menjawab itu perkara biasa. Mesyuarat itu hanya bertujuan buat "penyelarasan" sahaja, katanya. Lagi pun negeri-negeri Pakatan Rakyat buat mesyuarat tidak pernah pun menjemput wakil kerajaan pusat! Nampak sangat suatu jawapan yang kelakar, dan kadangkala nampak sebiji macam "jawapan budak-budak tadika......."
Alahai PM kita.......................
Thursday, 26 January 2012
BOLEH BERBELANJA BOROS, TAPI PAKAILAH DUIT SENDIRI..............
Kita dikejutkan baru-baru ini oleh laporan akhbar Sydney Morning Herald, dari Australia yang melaporkan bahawa Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri telah berbelanja sekitar USD200,000 (RM325,000) ketika membeli belah di sebuah butik terkenal di Sydney, Australia. ketika bercuti kenegara tersebut awal Januari lalu. Tidak setakat itu sahaja, beliau bersama suaminya DS Najib dilaporkan bermalam di 'penhouse' sebuah hotel terkemuka dibandar tersebut dimana kadar sewanya ialah RM65,000 untuk satu malam. Tidak cukup dengan itu, beliau juga diberitakan menyewa 'parkir velvet' untuk parking limousinenya. Fuuh........... hebatnya!!!
Ini bukanlah kali pertama kita dihidangkan berita sebegini rupa. Berita mengenai tabi'at Rosmah yang gemar berbelanja besar walau dimana pun beliau pergi sudah menjadi perkara biasa dan amat kerap didengar. Mungkin kita belum lagi lupa tentang berita beliau dikata menempah cincin berlian istimewa berharga USD24 juta sewaktu melawat New York beberapa bulan dulu. Apabila dibongkarkan oleh akhbar-akhbar pro-pembangkang dinegara ini, beliau pada mulanya memaklumkan bahawa cincin berlian itu ialah bagi tujuan pameran, tetapi kemudiannya mengaku menempahnya dengan menggunakan wang simpanan sendiri. Beliau juga dilaporkan menempah dan menginap disebuah hotel terkemuka di Dubai sewaktu membuat lawatan resmi kenegara tersebut tahun lalu dimana sewa bagi satu malam adalah RM100,000. Beliau juga didakwa memesan dan membeli bag-tangan jenama 'Birkin' yang dijual secara eksklusif dan di gunakan hanya oleh wanita-wanita terkaya didunia termasuk para artis barat.
Yang anehnya semua berita ini disangkal oleh Rosmah ketika diajukan soalan oleh wartawan. Sama seperti berita 'membeli belah sakan' di Sydney baru-baru ini, beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan semua itu fitnah. Malah mengenai berita beliau menempah cincin berlian bernilai USD24 juta ketika di New York tahun lalu, beliau memberi alasan 'lucu' bahawa ianya dibeli dengan menggunakan wang sendiri melalui tabungan sejak kecil.
Berita-berita sebegini sememangnya tidak akan keluar melalui akhbar-akhbar di Malaysia. Kita dihidangkan berita ini melalui akhbar dan sumber-sumber luar negara. Kalau dikatakan fitnah, untuk tujuan apa akhbar-akhbar luar negara ini menfitnah beliau. Kalau akhbar pembangkang memuatkan berita-berita seperti ini mungkin kita percaya 'niat' dan 'motif yang ada untuk memfitnah beliau. Kalau betul akhbar-akhbar luar negara itu memfitnah beliau, kenapa tidak saman saja. Kan itu lebih baik dari hanya menafikan dan kemudian berdiam diri !!!.
Kalau betul itu fitnah yang didakwanya, mungkin kita boleh faham. Tapi, kini terdapat pula pihak akhbar di Sydney mempertahankan laporan mereka. Mereka mengesahkan memang benar Rosmah berbelanja besar sewaktu bercuti disana. Pihak pengarang siap menamakan sumber maklumat lagi dan menyatakan laporan itu benar. Siapa yang betul dan siapa yang berbohong sebenarnya?
Kita sebenarnya tidak kisah kalau Rosmah berbelanja besar itu dengan menggunakan wang sendiri. Tapi kalau tengok dari segi jumlah wang yang terlibat, rasa-rasanya mana mungkin menggunaka wang sendiri? Dimana beliau dapat wang sebegitu banyak berbelanja sakan? Tidak pernah terfikirkah kita? Apakah pendapatan beliau bersama suami begitu tinggi sehingga melayakkan beliau berbelanja sedemikian rupa? Rakyat cuma tertanya-tanya apakah ada 'something fishy going-on.....'? Duit yang dibelanjakan tu tidakkah duit rakyat yang diambil dari perbendaharaan negara? Bukankah suaminya Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, yang menjaga khazanah negara ini.?
Kita cuma ingin mengingatkan beliau, kalau berbelanja biarlah berpada-pada. Janganlah 'berlebih-lebih' sangat kerana kalau boros macam tu persepsi orang ramai sudah tentu mengunakan dana dari sumber tertentu. Ingatlah sama pada rakyat jelata yang ramai di Malaysia yang masih hidup tersepit terutama dengan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Masih ramai rakyat dinegara ini yang hidup merempat, dan berkeadaan dzaif dan miskin. Cuba lihat sikit rakyat terutama di kawasan pendalaman Kelantan, Terengganu dan Sabah, misalnya......... Tidakkah rasa bersalah kalau kita berbelanja sakan, sedangkan ramai rakyat dinegara sendiri masih hidup terhimpit !!!Kalau nak berbelanja boros sekali pun, gunalah sumber wang sendiri kerana rakyat sedang memerhatikan gelagat anda. Jangan sampai disebabkan tabi'at ini, kerajaan dan kedudukan suami anda tersungkur jatuh macam yang berlaku di Filipina, Tunisia, dan Mesir..........
Friday, 20 January 2012
MENIAGA APA UNTUNG MACAM NI.................
Terkejut pun ada. Rasa terkedu pun ada bila terbaca kenyataan yang dibuat oleh. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung keuntungan besar yang dinikmati oleh para pemegang konsesi lebuhraya yang beroperasi dinegara ini. Beliau yang memetik maklumat yang diperolehi sewaktu jawapan dalam Parlimen menyifatkan keuntungan besar yang diraih oleh para pemegang konsesi lebuhraya ini sebagai "keuntungan Maha Firaun". Sesekali apabila diteliti angka-angka yang diberikan ini ternyata ianya amat tinggi, tidak masuk akal, dan kadangkala merasakan amat tidak menasabah.
Beliau memberi contoh keuntungan paling tinggi yang dicatitkan ialah bagi Lebuhraya Metramac, yang mengaut keuntungan hampir 877%, iaitu melebihi kos asal pembinaan lebuhraya yang hanya berharga RM45 juta. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pula dilaporkan mengaut keuntungan 308% iaitu kira-kira RM18 billion berbanding kos pembinaan asal yang hanya sekitar RM5 billion. PLUS juga diberi konsesi selama 50 tahun dan akan berakhir hanya pada tahun 2038. Lebuhraya KL-Karak juga mengaut keuntungan hampir 202% dimana perolehan sekarang mencecah hampir RM 1 billion. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pula mengaut keuntungan sebanyak 149% dengan perolehan mencecah RM1.6 billion.
Apakah kita terfikir bagaimana pemegang-pemegang konsesi ini memperolhi keuntungan begitu banyak. Jawapannya sudah tentu dari kita rakyat jelata yang saban hari menggunakan laluan lebuhraya ini. Mahu tidak mahu kita terpaksa menggunakan kemudahan yang disediakan dan kita terpaksa pula membayar kadar tol yang tinggi yang telah ditetapkan. Status 'monopoli' yang diberi kerajaan terhadap pemegang-pemegang konsesi ini menjadikan perkhidmatan mereka tiada saingnya. Samaada rakyat suka atau tidak, terpaksa menggunakannya kerana itulah satu-satunya lebuhraya yang ada yang memudahkan perhubungan antara dua tempat yang berjauhan.. Lainlah kalau hendak menggunakan jalan lama.
Kita bayangkan juga perniagaan berbentuk macam ini. Sudahlah diberi konsesi dan hak mengendalikan lebuhraya oleh kerajaan, konsesi pula untuk jangkamasa yang panjang dan kerajaan pula bertindak sebagai 'pelindung'. So, apa yang nak dibimbangkan bagi pemegang-pemegang konsesi ini?. Segala-galanya telah diaturkan oleh kerajaan untuk kemudahan dan faedah jangka panjang dan jangka pendek mereka. Dan sudah tentu semua ini diaturkan "at the expense of the rakyat".
Tidak terfikirkah kita kalau kerajaan benar-benar iklas hendak menolong meringankan beban rakyat, caj tol yang dikenakan sekarang masih boleh dikaji semula dan diturunkan kadarnya. Rakyat bukannya ingin laluan percuma dilebuhraya-lebuhraya tersebut. Rakyat faham laluan kena bayar. Tapi tol yang dikenakan haruslah menasabah dan lebih 'mesra rakyat'. Melihat dari jumlah keuntungan yang diraih oleh pemegang-pemegang konsesi ini, kita amat yakin bahawa kerajaan patut berbuat sesuatu menurunkan sikir kadar tol dan menringankan beban rakyat. Pada jangka panjang juga ianya dapat mengurangkan kadar inflasi. Pada masa yang sama kadar keuntungan yang dapat diraih oleh pemegang konsesi ioni akan dapat diturunkan sikit keparas yang lebih 'menasabah'.
Tapi, apabila ' perkiraan politik' menjadi faktor pemnentu, kita tidak pasti sama ada penurunan kadar tol ini mahu dilakukan atau tidak. Kita juga tidak tahu siapakah sebenarnya yang berada dibelakang pemegang-pemegang konsesi ini? Apakah mereka ini bertindak sebagai pemegang 'proxy' orang-orang tertentu yang ada kuasa atau ada 'interest' dalam pengendalian lebuhraya di Malaysia?. Apakah mereka ini sanggup berbuat sesuatu atas nama keadulan untuk rakyat?.
Saya teringat kenyataan seorang rakan yang saya temui sewaktu sama sama berbincang isu ini. Katanya: " Nampak gayanya sampai anak cucu kita nanti pun pemegang konsesi lebuhraya ini akan terus mengutip tol. Bukan kita saja yang menderita, anak cucu kita juga tidak terkecuali......." Fikir-fikir lah.................
Friday, 16 December 2011
Ibulah syurga............
Tercuit juga rasa apabila membaca blog Aliah Abdullah bertajuk: KAKAK DUA DUA, yang memaparkan pengalaman beliau bersama kakak menerima layanan dan gelaran khusus dari bonda tercinta : KAKAK DUA DUA. Gelaran itu kini menjadi kenangan kepada mereka berdua sehingga kehari ini. Sebagai anak dan orang yang rapat dengan Allahyarhamah, gelaran yang asalnya usikan mesra begitu sebenarnya bukanlah suatu yang pelik dari Allahyarhamah bonda. Beliau semula jadi bersifat penyanyang dan sukakan kanak-kanak, terutama dari kalangan anak-cucu dan cicit serta saudara mara terdekat.
HALIJAH BT. LEBAI HUSIN, atau lebih mesra dipanggil Makndak Lijah dikalangan saudara-mara dan sahabat handai, adalah seorang wanita kampung anak kelima dari pasangan suami isteri LEBAI HUSIN BIN TAIYEB dan CHE NAH BT. HJ. DERAEH. Wanita yang berasal dari seorang gadis kampong ini tidak pernah menjejakkan kakinya dimana-mana juga sekolah. Pelajaran 'formal' yang pernah diikutinya hanyalah setakat belajar mengaji Quran dari bapanya LEBAI HUSIN dan ibunya CHE NAH yang mengajar Quran di Kpg. Bikan, Kulim, Kedah pada era tahun-tahun 40an dan 50an. Pengalaman awal hidup wanita ini dalam keadaan serba-kekurangan dan kesempitan, ditambah lagi kegagalan pada perkahwinan pertamanya, menjadikan wanita ini begitu sabar, gigih, dan tabah dalam kehidupannya, dan tidak pernah mengenali erti putus-asa. Setiap liku-liku kehidupan ditempuhnya dengan tekun dan sabar disamping sentiada pasrah pada takdir dan ketentuanNya.
Paling ku ingat prinsip hidupnya tentang pelajaran. Walaupun diri sendiri tidak pernah kesekolah, Allahyarhamah sentiasa mengambil berat tentang pelajaran kepada anak-anaknya. Saban hari kami diperingatkan oleh Allahyarhamah supaya rajin belajar. Rajin baca buku. Katanya, pelajaran itu yang akan menjmin hidup kamu dimasa depan. Masihku ingat sewaktu sedang tekun mentela'ah pelajaran bagi menduduki peperiksaan SRP (LCE waktu itu) dan SPM (Senior Cambridge sewaktu ditingkatan 5), Allahyarhamah turut berjaga malam bersama-sama saya dan abang. Beliau akan menyediakan kopi panas untuk kami. Walau pun kami sudah tidur, beliau tetap berjaga malam, kadangkala membetulkan bantal atau selimut kami, atau menyuluh dan menyucuh nyamuk yang kekenyangan yang hinggap didinding setelah menghisap darah kami.....
Dalam menjaga keperluan asas dan makan minum kami, beliau tidak pernah putus asa untuk berusaha walaupun hidup sentiasa dibelenggu kekurangan dan kemiskinan. Pernah sewaktu kami balik sekolah dalam hujan lebat dengan pakaian yang basah lencun dan dalam kelaparan, beliau bersusah payah kebelakang rumah mencabut ubi kayu untuk direbus, buat makanan kami dicicah dengan kelapa parut bersama kopi panas........ Beliau pernah bangun tengah malam sekitar jam 3.00 pagi hanya bagi menyediakan roti canai yang diuli dan ditebarkan diatas belakang dulang yang diterbalikkan hanya kerana anak-anak yang baru pulang dan tetamu yang dibawa bersama belum makan.
Dari segi pekerjaan membantu suami menyara keluarga, beliau tidak memilih kerja. Apa saja kerja pernah dibuatnya. Dari menoreh-getah, mengusahakan sawah mulai mencabut semaian, menanam, merumput dan seterusnya mengetam padi biasa saja dilakukannya. Pernah juga membuat kuih untuk jualan, mengambil upah mengayam tikar mengkuang, membuat bakul, sehingga kepada berniaga secara kecil-kecilan, menjual kain ke kawasan perumahan estet dan sebagainya. Semuanya dibuat demi menyara dan menyekolahkan anak-anaknya.
Masih ku ingat suatu ketika sewaktu kami bersekolah menengah di Kilang Lama, Kulim. Perbelanjaan bulanan agak tinggi. Apa tidaknya, bukan setakat belanja persekolahan perlu ditanggung, tapi bayaran pas bulanan untuk tambang bas berulang-alik dari kampong ke Kilang Lama sebanyak RM13 seorang sebulan harus juga disediakan. Kadangkala hampir seminggu kami tidak dapat pergi sekolah kerana tiada duit tambang sedangkan pas harus dibeli dulu sebelum boleh menaikki bas. Allahyarhamah dengan gigih berusaha agar kami terus dapat bersekolah dengan menjual anak-anak ayam (yang belum sempat membesar), atau kadangkala terpaksa menjual kepingan getah yang masih basah (hasil menoreh dikebun orang) kerana bimbang pelajaran anak-anaknya terjejas.
Limpahan kasih sayangnya kepada anak-menantu, termasuk cucu-cucu dan juga sanak-saudara bagaikan air yang mengalir dan tidak pernah terputus. Masih saya ingat ketika menjelang hari raya, beliau sibuk mengumpul duit-duit syiling untuk dibuat sedekah hari raya. Tak kira yang tua ke muda, siapa yang datang menziarah dia pada hari raya akan dihulurnya duit raya. Bukan banyak pun, hanya sekadar 30 sen atau 40 sen, tetapi beliau tetap mahu memberi....... Masih saya ingat waktu pagi raya, rumah kami akan dikunjungi oleh ramai kanak-kanak, bukan setakad sekitar Kpg Padang Ubi sahaja, tetapi kanak-kanak yang datang dari Kpg. Bikan dan Bikan Hulu. Semuanya kerana nak duit raya.........,.
Sebagai seorang guru mengajar Quran, baktinya tiada tolok bandingnya. Hanya ketika penghujung hayatnya sahaja apabila keadaan kesihatan dan penglihatan yang sudah merosot membuatkan beliau tidak lagi mengajar Quran. Sebelum itu beliau sentiasa aktif menjadi guru mengajar Quran, dan ramai saudara mara termasuk anak jiran yang belajar mengaji serta menghabiskan 30 juzuk Quran dengannya. Saya masih ingat bab mengajar Quran ni, beliau tiada tandingnya sehingga ketika memasak didapur pun beliau akan menegur bacaan kita kalau tersilap........ Separuh dari Quran itu seperti telah sebati dalam dirinya......
Beliau dijemput kembali oleh Allah pada penghujung bulan April 2006. Hancur luluh perasaan hati saat kehilangan dia. Saya masih teringat sewaktu menghantar jenazah Allahyarmah kekubur, ketika kami mengusung jenazah menuruni bukit dalam perjalanan ketanah perkuburan di Masjid Kpg. Bikan, seorang anak muda awal 20an tiba-tiba muncul keluar dari arah rumah ditepi jalan, dan berlari-lari sambil mengenakan baju, bergegas merapati saya dibahagian depan keranda untuk turut mengusung. "Abang dok tepi dulu........biar saya usung pula. Ini bahagian saya !!!..." katanya selamba. Saya yang sudah keletihan menyerahkan palang pengusung kepada beliau, dan dengan penuh semangat beliau mengusung jenazah sehingga kemasjid..
Dalam terpinga-pinga, hati turut berkata. Siapa pemuda ini? Mengapa beliau begitu beriya hendak mengusung, sehingga sanggup berlari mengejar kami dan tak sempat pakai baju? Apa hubungannya dengan Makndak Lijah sehingga membuat dia begitu tergesa-tegas dan bersemangat sekali untuk membantu?
Akhirnya, persoalan terjawab juga. Dia yang ku hampiri sewaktu sedang mengibas peluh dibadan setetelah selesai meratakan tanah dierkuburan itu, tiba-tiba menjawab: " Makndak Lijah ni guru mengajar Quran saya.. Banyak jasanya pada saya, bang. Walau pun saya tidak tinggal dikampong lagi, namun apabila mendengar dia telah tiada, saya bergegas pulang dan ingin memberi khidmat terakhir saya pada dia....." katanya penuh sayu. Terpegun saya seketika. Dihati kecil tertanya-tanya apakah akan ada orang yang akan berlari sebegini untuk mengusung jenazahku nanti apabila aku telah tiada.......? Oh ibu........jasa dan khidmat baktimu sebenarnya tidak pernah sia-sia..................
Begitulah luhur dan kerdilnya insan yang bernama Makndak Lijah. Hilangnya bagi kami seperti hilangnya sebutir bintang dilangit kehidupan. Malam-malam yang seterusnya sudah menjadi suram dik kehilangan kerlipan bintang ini. Akan sentiasa juga dikenang, khusunya bagi kami anak-anak cucunya serta bekas-bekas murid mengaji Quran yang pernah diasuhnya suatu ketika dulu. Sebagai seorang ibu, pengasuh, pendidik, dan seorang pembimbing kepada kami, jasanya amat tidak ternilai. Beliau mempersiapkan kami untuk menjalani hidup sebagai orang dewasa yang berani menempuh pelbagai liku-liku dan badai kehidupan. Benarlah seperti maksud pantu Melayu yang berbunyi:
Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang
Waktu kecil ditimang ibu
Bila besar ditimang gelombang.......
Amin, dan Al-Fatihah untuknya..............
Sunday, 4 December 2011
Perhimpunan Keluarga......Suatu Wadah Memperiratkan Silaturrahim Keluarga
Sudah lama saya tidak menulis diruangan ini. Hampir 3 bulan. Terlalu sibuk dengan urusan harian terutama hal perpindahan tempat kediaman, termasuk juga soal perpindahan rumah anak-anak. Disamping itu, saya sekeluarga juga terlibat sebagai penganjur perhimpunan keluarga kali ini. Agak sibuk juga menguruskan hal-hal berkaitan persediaan perhimpunan tersebut, yang telah berjaya diadakan pada 26.11.2011 dan 27.11.2011 yang lalu. Alhamdullillah !. Sekarang semuanya sudah selesai. Sudah boleh bernafas kembali, kata orang.
Walaupun baru kembali dari perhimpunan keluarga di Pulau Pangkor, Perak, namun rasa letih dan sengal-sengal urat masih teraasa. Bagaimana pun, hati tercuit rasa gembira dan bangga, walaupun penat, melihat kehadiran seramai 96 orang ahli keluarga diperhimpunan tersebut, walaupun pada jangkaan awal kehadiran hanya sekitar 70 orang sahaja
Pada seluruh ahli keluarga yang telah turut hadir dan memberi sumbangan dan dan memeriahkan perhimpunan kali ini, pihak saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Anda sesungguhnya telah memperlihatkan semangat kekeluargaan yang sihat dan kental. Tanpa kerjasama dan penglibatan anda semua tidak mungkin perhimpunan ini dapat dijalankan dengan lancar dan meriah sekali. Bagi mengadakan majlis perhimpunan yang besar sebegini, sudah tentulah akan terdapat pelbagai kelemahan dari segi penganjuran, serta perkara-perkara remeh yang sukar dijangkakan, terutamanya dari segi.penginapan, makanan & lojistik. Apa-apa pun, sebagai penganjur saya telah mengusahakan yang terbaik mungkin. Dan kami juga memohon ampun dan maaf jika masih terdapat apa-apa kekurangan atau perkara-perkara yang tidak memuaskan hati semua pihak.
Bagi saya perhimpunan tahunan seperti adalah wadah yang amat berharga untuk seluruh kaum keluarga. Masakan tidak. Bukannya senang hendak dikumpulkan seluruh ahli keluarga pada suatu masa dan disuatu tempat secara serentak. Kalau ada pun yang lepas-lepas perhimpunan kecil yang dapat diadakan hanyalah dimajlis-majlis kenduri kahwin atau jika ada kematian ahli keluarga. Tapi, perhimpunan yang diadakan pada kali ini, telah berjaya mengumpulkan ramai saudara mara, dari pelbagai pelusuk tanah-air i.e dari Perlis diutara, sehinggalah Johor diselatan. Semuanya datang dengan suatu hajat untuk bertemu dan bersantai bersama-sama disamping memgiratkan tali-silaturrahim sesama keluarga.
Bagi ahli keluarga generasi muda, inilah masa untuk berkenal mesra diatara adik-beradik, saudara-mara, pak saudara mak saudara dan sepupu-sepapat. Kalau tidak diperiratkan sebegini, pertalian keluarga akan menjadi rapuh dan renggang dan semakin jauh. Lama kelamaan, antara keluarga tiada langsung mengenali antara satu sama lain. Dan langsung timbul kesedaran tentang kaitan dan pertalian sesama keluarga.
Disamping berjumpa dan beriadah bersama, seluruh ahli keluarga juga dapat bersama-sama mensedekahkan bacaan Yasin dan Tahlil kepada arwah-arwah saudara mara yang telah pergi mendahului kita. Sessi ceramah motivasi keluarga dan sessi pengkisahan sejarah keluarga juga dapat merapatkan silaturrahim dan memperjelaskan kefahaman tentang letak-duduk salasilah keluarga.
Disebelah siangnya, aktiviti 'out-door' seperti sukaneka kanak-kanak, dan aktiviti pantai diadakan. Kemuncak aktiviti pantai diadakan peraduan tarik-tali yang dipecahkan kepada 2 pasukan :, i.e kumpulan dari utara (mewakili saudara mara dari Kedah, Pulau Pinang & Perlis), melawan pasukan keluarga dari selatan (terdiri dari ahli keluarga yang datang dari Perak, Selangor, Wilayah Persekutan, Negeri Sembilan dan Johor). Keputusannya pasukan dari utara telah muncul sebagai juara.
Apa-apa pun, perhimpunan tahunan yang telah diadakan sejak 3 tahun berturut-turut ini, telah berjaya menanam kesedaran pada seluruh ahli keluarga tentang pentingnya kita kenal-mengenali antara satu sama lain, disamping menyemai dan memupuk persaudaraan dan kasih-sayang sesama keluarga. Jelas terpancar dari air-muka masing-masing pada hari terakhir perhimpunan, rasa gembira dan kepuasan, serta kenangan manis yang dibawa balik sebagai bingkisan kenangan untuk disimpan sebagai memori.......
Kita juga berharap kalau tiada aral merintang, kita akan berjumpa lagi ditahun hadapan ditempat dan persekitaran yang lain pula....................Insya Allah !!!
Subscribe to:
Comments (Atom)