Friday, 15 April 2011

Professor oh professor..............

Saya tertarik dengan saranan seorang professor dari UiTM yang menyarankan agar para belia negara ini tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancukan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti selama 54 tahun dinegara ini, dan menurutnya para belia jangan sekali-kali cuba menukar kerajaan yang sedia ada.

Saranan ini dibuat oleh Prof. Dr. Ramlah Adam, dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) seperti gambar dibawah, ketika berucap di forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam baru-baru ini.
Kenyataan ini telah disanggah oleh Pengerusi dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad yang juga merupakan bekas penyarah diuniversiti yang sama. Beliau turut kesal bagaimana Dr.Ramlah yang merupakan pensyarah di Fakulti Pentadbiran Awam dan Kajian Polisi di universiti tersebut boleh mengeluakan kenyataan sebegitu rupa, yang secara jelas merendahkan martabat para ilmuan dipusat-pusat pengajian tinggi negara ini.


Saya melihat penyataan dangkal seperti ini mencermin pendirian cetek para ilmuan kita. Mereka langung tidak menampakkan ciri ilmuan yang kental, dan amat mudah dipengaruhi terutama oleh pihak-pihak dimana mereka ada kepentingan. Jauh sekali untuk dikatakan ilmuan yang bijaksana. Kalau memberi pendapat atau pendirian, mereka kerapkali menunjukkan dengan amat jelas 'keseiringan dan keserasian' mereka dengan parti yang memerintah. Seolah-olah tanpa parti yang memerintah mereka tidak dapat meneruskan kehidupan sebagai ilmuan yang pertanggungjawabkan membina budaya dan sahsiah tinggi untuk jenerasi akan datang.

Apakah Dr. Ramlah tidak tahu bahawa dinegara-negara lain yang lebih maju pun, perubahan parti yang memerintah telah menjadi perkara biasa? Di Britain, misalnya Parti Buroh dan Konservatif telah bertukar tangan beberapa kali sebagai pemerintah. Di Jepun juga antara LDP dan DPJ telah berlaku pertukaran parti yang memerintah. . Apakah professor ini tidak tahu? Tidak pula kita dengar Britain atau Jepun hari ini terjebak balik kezaman 'arang batu' akibat perubahan ini?

Inilah yang disebut 'professor kangkung' oleh sesetengah anak-muda zaman sekarang. Itu belum lagi ditanya berapa buah buku ilmiah yang sudah ditulis? Berapa banyak nota kajian dan tesis yang telah dikeluarkan?. Sepatutnya sebagai seorang ilmuan, sesuai dengan taraf professor yang disandang, apa jua penyataan kita haruslah bersikap bernas, bijaksana dan mencerminkan ketinggian peribadi keilmuan kita.

 Kita tidak tahu apa tujuan penyataan serpeti ini dibuat, selain dari cuma 'menempatkankan diri seberapa rapat yang mungkin' dengan arus perdana sipemerintah. Mengikut kata anak-anak muda sekarang juga, mungkin "ada udang disebalik mee" Wallah hu alam. Bagi saya penyataan sebegini hanya ikut teori dan citarasa sendiri,, atau mengikut nafsu untuk menjadi 'pencacai makan gaji' yang hanya meng'iya'kan dan menjadi pak turut, tidak lebih dari itu..

Seperti kata Idris, orang seperti ini sepatutnya letak jawatan professor, dan bertanding saja dimana-mana bahagian UMNO untuk jawatan Ketua Wanita. Itu kan lebih tepat dan sesuai...........







No comments:

Post a Comment