Semasa pengumuman oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sewaktu membentang belanjawan 2011 Oktober tahun lalu, rata-rata rakyat, khusnya gulongan muda, menarik nafas lega. Dikalangan orang-orang muda mengalu-alukan skim ini yang bertujuan membantu mereka memiliki rumah sendiri. Namun kini setelah 3 bulan berlalu kita memasukki tahun 2011, ternyata perlaksanaan skim ini masih lembab dan lesu. Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya keistimewaan skim ini. Bagaimana ianya dapat membantu gulongan muda memiliki rumah?
Gulongan muda, terutama yang baru memasuki alam pekerjaan mengharapkan bantuan keajaan dalam memudahkan mereka memiliki rumah. Rata-rata mereka bukan mahukan rumah mewah, atau rumah yang diluar kemampuan mereka. Tapi, cukup sekadar rumah teres biasa yang jika mengikut kedudukan pasaran semasa terutama dari segi lokasinya, sudah berada diluar kemampuan mereka.
Sepatutnya mulai awal Januari tahun ini lagi, kita sudah melihat suatu senario riuh dengan 'pesta' anak-anak muda berebut-rebut membeli rumah, sejajar dengan kemudahan yang disediakan. Tapi, hal ini tidak menjadi kenyataan. Dimanakah silapnya?.
Ketika melancarkan skim diawal tahun ini, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa ciri baru untuk skim ini. Antaranya, gulongan muda mesti berumur tidak melebihi 35 tahu; membeli rumah buat kali pertama, dan harga rumah mestilah diantara RM100 ribu sehingga maksima RM220 ribu. Pendapatan bulanan pula mestilah tidak melebihi RM3000. Skim ini akan mengugurkan syarat membayar 'deposit 10%' seperti yang diamalkan sekarang. Ini bermakna gulongan muda akan dikecualikan dari syarat ini, dan bank perlu memberi pembiayaan 100% ketas pinjaman yang dibuat. Pihak kerajaan pula akan bertindak sebagai 'penjamin' keatas bayaran deposit 10% ini, dan jika berlaku kegagalan peminjam membayar balik jumlah ini, pihak kerajaan akan mengambil tanggungjawab menyelesaikannya jumlah ini.
Tapi soalnya sekarang kenapa anak-anak muda tidak tertarik? Apakah skim ini langsung tidak menarik kepada mereka? Tinjauan rambang yang dibuat rata-rata menunjukkan anak-anak muda kurang tertarik kerana skim ini hanya memudahkan dari segi menghapuskan bayaran deposit, sedangkan soal harga rumah, jumlah pinjaman dan tempuh pinjaman untuk bayaran balik masih sama. Juga kadar faedah yang bakal dikenakan oleh bank dan institusi kewangan juga kekal pada kadar lama. Jadi apalah sangat menafaat yang dapat mereka perolehi dari skim ini. Disamping pinjaman yang diperolehi, peminjam juga masih tertakluk kepada syarat-syarat ketat pihak bank, masih perlu melangsai bayaran guaman, bayaran setem duti dan sebagainya. Jika semua ini diambilkira, tidak seberapa sangat 'saving' yang dapat dinikmati.
Rata-rata berpendapat jika kerajaan mahu betul-betul serius membantu gulongan muda memiliki rumah, pertama sekali harga umah harus dikaji semula, dan diturunkan keparas yang lebih rendah bagi gulongan muda. Kedua, kadar faedah bank juga harus diturunkan khas untuk gulongan muda ini. Ketiga, bayaran-bayaran sampingan lain seperti guaman, duti setem harus dikurangkan, atau pun diberi pengecualian khusus oleh kerajaan untuk menjadikan skim ini lebih menarik dan bermakna.
Apa-apa pun, ramai yang bependapat skim ini hanya sebagai suatu 'modal politik murahan' untuk menambah undi terutama undi dari gulongan muda. Hakikat sebenar tiada apa-apa keikhlasan langsung dalam membantu gulongan muda............
No comments:
Post a Comment