Tuesday, 7 June 2011
Barisan kepimpinan PAS .....UMNO tak lena tidur.......
Ramai yang terkejut sakan. Saya juga tidak terkecuali, dengan perubahan terbaru barisan kepimpinan PAS yang diumumkan sebaik sahaja selesai muktamar parti itu baru-baru ini. Apa lagi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang rasa begitu tertekan sekali. Malah sudah ada yang mula rasa mual, dan pening-pening lalat dengan perubahan barisan kepimpinan baru itu. Ada yang menganggap barisan kepimpinan baru ini sebagai memaparkan hasrat dan realiti PAS yang ingin memfokuskan PRU13 sebagai agenda utama mereka. Malah rata-rata dikalangan UMNO mengandaikan bahawa PAS telah 'terkeluar' dari kepompong 'ulama' dan 'negara islam'nya, dan kini ingin bersaing rapat dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi mengembeling tenaga, terutama dari kalangan jenerasi muda dan non-ulama, untuk memperjuangkan keadilan untuk rakya dalam membasmi rasuah, kronisma, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa. Rasa-rasanya ini adalah barisan terbaik PAS dapat sediakan dengan matlamat mengembeling hasrat merampas Puterajaya dalam PRU13 yang akan datang.
Rasa gusar UMNO kian bertambah dengan komen Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, selaku Mursyidul Am PAS yang menyifatkan barisan kepimpinan PAS kali ini telah "menunjukkan dengan lebih jelas jalan ke Puterajaya!". Selepas itu ramai pemimpin UMNO yang memberi komen, terutama Dato Seri Nazeri Aziz yang mengandaikan Presiden PAS sebagai sudah berangan mengambilalih kepimpinan PR dan menjadi PM sekiranya PR berjaya memacu ke Puterajaya. Paling akhir, sekali Dato Seri Najib sendiri yang memberi komen dari Karzakstan, bahawa PAS telah 'meninggalkan perjuangan negara islamnya' dan kini sedang mengorak langkah mengujudkan negara kebajikan, sesuatu yang kononnya telah lama dipelopori oleh UMNO sendiri.
Apa pun persepsi yang dibuat, ternyata barisan kepimpinan baru ini lebih segar dan bertenaga apabila dibarisi ramai pemimpin-pemimpin muda dan tenaga profesional yang sudah terbukti berwibawa. Siapa tidak kenal dengan ketokohan kepimpinan muda seperti Sallehudin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar yang kini kekal membarisi saf kepimpinan sebagai Naib Presiden, Mereka ini telah terbukti sebagai 'panglima-panglima perang' PAS yang begitu cekal dan gigih memperjuangkan kebangkitan dan keresahan rakyat. Tidak kurang juga pejuang-pejuang lama seperti Hatta Ramli dan muka baru Mazlan Aliman yang merupakan pejuang dari jenerasi anak-anak Felda. Namun, kejutan yang paling ketara sekali ialah apabila 'ayam tambatan' PAS, Mat Sabu kini berjaya dipilih sebagai Timbalan Presiden bagi menggantikan Nasaruddin Mat Isa yang mendudukki tempat tersebut pada musim yang lalu.
Inilah sebenarnya barisan kepimpinan yang paling di 'geruni' oleh UMNO, terutama pemimpin-pemimpin atasan dan membuatkan mereka ini sudah merasa 'bimbang' dan 'tidur tak lena'. Rasa gusar dan kebimbangan ini jelas kelihatan dari pelbagai reaksi pemimpin UMNO yang rata-rata 'meluahkan' rasa 'terkilan' dengan sikap PAS yang kononnya sudah mula mengubah corak perjuangan. Kalau dulu mereka begitu sinonim dengan corak perjuangan PAS yang meletakkan hasrat mendirikan negara Islam sebagai matlamat perjuangan, tetapi kini dengan barisan kepimpinan baru hasrat itu sudah mula menjadi kabur. Malah PAS sudah terang-terangan menyatakan pendirian mereka untuk melahirkan sebuah negara yang berkebajikan dan bebas dari penindasan kezaliman, rasuah dan salahguna kuasa. Ketokohan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden dilihat boleh mengugat UMNO dan memberi saingan sengit kepada perjuangan parti itu.. Keupayaan dan kejaguhannya berada dibarisan hadapan dalam isu-isu utama rakyat terutama dalam gerakan BERSIH contohnya, masih segar dingatan kita. Kita berharap dengan posisi beliau sebagai Timbalan Presiden, beliau bersama 'team'nya akan lebih berupaya memacu PAS kearah pejuangan yang lebih hebat, mantap dan berkesan demi untuk kesejahteraan rakyat.
Ada orang mengingatkan saya,"Kan Mat Sabu tu pernah ditangkap khalwat di Kota Bharu suatu ketika dulu?" Dia kononnya dilepaskan oleh Kerajaan PAS selepas dibicara di Mahkamah? Mereka manyatakan ini adalah sikap "double standard" Kerajaan Kelantan pimpinan PAS, yang membolehkan apa yang diharamkan dalam Islam. Jawapan saya senang saja. Sejak bila pula Kerajaan negeri diberi kuasa menentukan perjalanan Mahkamah hingga boleh melepaskan Mat Sabu? Setahu saya Mat Sabu pernah didakwa dan dilepaskan apabila tidak cukup bukti untuk mensabitkannya dengan kesalahan tersebut. Tapi, bagaimana pula kes pemimpin yang ditangkap khalwat di Port Dickson? Pemimpin yang 'raba bontot' pelayan bar disalah sebuah bar di Brickfield?. Pemimpin yang didakwa merogol amah? Langsung tak dibawa ke Mahkamah. Terus saja di 'cover-up'. Ini kan lebih teruk dari 'double standard? Begitu juga kes bunuh model Mongolia di Puncak Alam?. Walaupun dibicara di Mahkamah, sipelaku yang memberi arahan untuk membunuh dalam kes itu langsung tak disentuh oleh Mahkamah. Di beri jawatan istimewa dalam kerajaan pulak tu
Jadi, tak usahlah kita nak meracau tak tentu pasal mengenai kesalahan orang. Kita dianugerahkan daya-fikir dan minda yang sihat oleh Allah s.w.t, maka pergunalah minda itu untuk berfikir dengan rasional dan matang. Jangan terikut-ikut dengan pendapat orang lain. Perjuangan untuk memartabatkan Melayu dan agama pun ada had dan sempadannya. Cukup-cukuplah tu...................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment