Monday, 23 May 2011
Undang-Undang Sadiq Sigaraga.........
Saya tertarik dengan tulisan disebuah blog yang menyamakan undang-undang negara sekarang ini sama seperti 'undang-undang Sadiq Sigaraga'. Rasa gelihati jugak bila undang-undang negara kita yang sepatutnya berdaulat dan dihormati disamakan dengan undang-undang lucu dalam filem lawak TIGA ABDUL, arahan Allahyarham P. Ramlee sekitar tahun 1964 dulu. Apa tidaknya undang-undang yang boleh dimanupulasi ikut suka hati sendiri. Konsepnya: "Kalau akau buat tak salah, tapi kalau kamu buat, kamu akan didapati bersalah dan dihukum....".
Cuba kita renung kembali babak berikut yang terdapat dalam filem TIGA ABDUL :
"Sadiq Sigaraga, seorang hartawan yang kaya raya, serta kaki penipu dan putar belit dalam cerita itu sedang menemuramah Abdul Wahub, salah seorang anak bekas rakan karibnya Ismet Ulamraja, dengan tujuan untuk menipu dan merampas harta-harta peninggalan Ismet ::
Sadiq Sigaraga : Anakanda boleh memperisterikan anak hamba Qasidah, tetapi dengan satu syarat.
Anakanda tidak boleh marah. Kalau anakanda marah,
anakanda akan dijual dan harta anakanda seluruhnya akan dirampas.
Abdul Wahub : Bagaimana pula kalau ayahanda yang marah?
Sadiq Sigaraga : Oh......Kalau ayahanda marah, tak ada apa-apa....hehehe (ketawa)
Abdul Wahub : Itu namanya perjanjian berat sebelah.
(Sambil mengeluarkan dokumen dari poket kotnya) Anakanda juga ada membawa
surat perjanjian. Dalam surat ini ada dinyatakan sekiranya anakanda marah,
anakanda akan dijual dan harta benda akan diampas. Begitu jugak kalau ayahanda
marah, ayahanda juga akan dijual dan seluruh harta benda akan dirampas.
Ayahanda setuju?.
Sadiq Sigaraga : (Sambil membelek surat perjanjian yang dihulurkan) Bagi ayahanda lima minit.......! "
Situasi begini sedang berlaku sekarang dalam kontek politik negara. Pihak-pihak yang memerintah, khususnya UMNO/BN sedang memanupulasi undang-undang negara mengikut cita-rasa dan kepentingan sendiri. Kesalahan yang cukup jelas dibawah undang-undang negara (Kanun Acara Jenayah) seperti merompak, mencuri, merogol dan membunuh tuidak dianggap kesalahan jika dilakukan oleh juak-juak UMNO/BN, dan diberi perlindungan lagi. Begitu juga menerbit, memapar, dan mengedar akhbar yang mengandungi isu-isu sensitif berkaitan agama juga dianggap 'normal' dan tiada sebarang kesalahan jika dilakukan oleh juak-juak ini. Paling terkini ialah kesalahan menerbit, mengedar dan menayang video lucah sudah boleh dibiarkan berleluasa berlaku tanpa sebarang tindakan. Tapi, kalaulah mereka ini dipihak pembangkang, secepat kilat pihak penguiatkuasa akan bertindak dan sepantas kilat pula mereka ini akan dihukum.
Inilah keadaan politik negara hari ini yang nampaknya sudah semacam gawat dan bercelaru. Sudah jadi carca-marba, hingga rakyat bertambanh bingung dan menyampah. Seperti kata orang-orang utara : "Dah naik meluat dan cemuih nak dengaq......"
Rakyat yang menjadi mangsa keadaan seperti ini. Tidak tahu lagi mana yang betul mana yang salah. Undang-undang sudah boleh ditolak ketepi. Dalam kerakusan mengejar dan mempertahan kuasa, apa saja boleh dibuat. oleh pihak yang memerintah Yang dulunya dianggap salah disisi undang-undang, kini dianggap tidak salah lagi. Yang dulunya dianggap isu sensitif kini tidak sensitif lagi. Apa yang lebih menghairankan yang dulunya dianggap lucah, kini tidak lucah lagi...... Tapi, awas pembangkang jangan ikut sama. Kalau kamu ikut sama dan buat seperti apa yang kami buat, kamu terimalah balasan nanti.........
Betul tak ubah seperti 'undang-undang Sadiq Sigaraga........". Hahahaha.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment