Monday 28 March 2011

Cucu oh cucu...........

Baru sekarang aku tahu bagaimana rasanya bila ada cucu. Dulu bila orang bercakap pasal menjaga cucu, aku buat-buat tak dengar. Buat-buat pekak telinga sahaja. Apalah sangat pasal cucu. Macam kita dulu mendidik anak waktu kecil le, bisik hati kecil ku. Sekarang baru ku tau penangannya! Bila cucu yang seorang tu datang kerumah dihujung minggu, kadangkala bermalam disini semalam dua, hati amat terasa dicuit rasa gembira melihat dan melayan keletahnya. Tidak terasa penat walau seharian melayan kerenahnya......

NUR AISYA IMANI baru 1 tahun 8 bulan. Belum boleh berkata-kata, tapi keletahnya mengalahkan mereka yang sudah boleh bertutur dengan baik. Mulutnya bising mengeluarkan pelbagai bunyi yang sukar difahami. Kehendak dan kerenahnya perlu dilayan. Habis bertabur dan berkecamuk keadaan rumah bila dia datang. Kadangkala minta didukung dan kadangkala pulak buat muka masam, tak tahu apa punca.

Soal makan pulak tak banyak kerenah. Sualah apa saja, pasti di'sambut'nya dengan mulut yang terngaga luas. Alhamdullillah, pasal makan boleh apa aja. Tak susah nak menjaganya.

Bila dia 'pulang' semula kerumahnya, rumah kami terasa lengang.....sunyi, sesunyinya!. Terasa hilang keletahnya dan terbayang kenakalannya....Minggu depan datang lagi ye....... Begini rupanya orang bercucu...............Sekarang baru aku tahu.....

Moga dia terus membesar dalam kedamaian......................

No comments:

Post a Comment