Sunday 24 April 2011

POLITIK ORANG MELAYU................

 Saya tertarik dengan saranan beberapa pemimpin politik supaya orang Melayu, khususnya yang berada diluar UMNO, bersatu dibawah satu gagasan yang boleh dinamakan 1Melayu atau 1Bumi. Bunyinya agak gah dan hebat sekali.  Akhbar arus perdana Utusan Malaysia, dalam suatu rencana baru-baru ini menyeru agar orang Melayu bersatu bagi menghadapi apa yang disifatkan sebagai 'suatu pakatan penyatuan orang-orang Cina dibawah DAP bagi tujuan merampas kuasa politik dari orang-orang Melayu'. Kegusaran ini diukur dari keputusan beberapa pilihraya sejak mutkhir ini, khususnya piliharaya DUN Sarawak, yang menurut mereka menunjukkan  petanda jelas masyarakat Cina tidak lagi mahu bersama BN, dan kini beralih arah untuk memberi sokongan kepada pembangkang, khususnya DAP.

Dato Seri Najib selaku PM dan Presiden UMNO bagaimana pun menyanggah gagasan ini dan berkata ianya bukan datang dari pihak kerajaan. Apa lagi ianya dilihat bertentangan dengan semangat '1Malaysia' yang dipelopori oleh Najib sendiri. Namun, natijahnya, orang tidak akan dapat memisahkan pendapat sebegini dengan UMNO, apa lagi saranan dan gesaan tersebut dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia yang umum mengetahui adalah 'lidah tidak resmi'  kepada UMNO dan dimilkki oleh parti terbesar orang-orang Melayu itu sendiri.

Saya melihat isu ini sebagai suatu permainan yang berbahaya (playing a dangerous game)'. Apa tidaknya, kenyataan racist seperti ini boleh mencetuskan konflik pekauman yang tegang dan membahayakan keselamatan negara, Sudah ada suara-suara sumbang yang mahu orang Melayu bangkit dan bersatu dibawah satu gagasan bagi menentang apa yang disifatkan sebagai suatu rancangan tersusun orang-orang Cina untuk mendominasi politik negara berlandaskan DAP, dan seterusnya mahu menghakis kuasa politik orang-orang Melayu. Gagasan itu melihat orang-orang Cina sebagai telah berjaya menguasai ekonomi, dan kini berhasrat menguasai politik negara pula. Apakah gesaan seperti ini wajar? Apakah dengan kebangkitan sokongan kaum Cina kepada politik pembangkang ini bermakna politik orang Melayu telah terhakis?


Melihatkan kelibat sokongan orang-orang Cina kepada parti pembangkang, khususnya DAP dalam arus politik mutakhir ini, ternyata masing-masing sudah gelabah. Apakah selama ini orang-orang Cina tidak pernah menyokong BN? Sejak berapa dekad lamanya sejak medeka sehingga ke era Dr. Mahathir sebagai PM, sokong orang-orang Cina kepada BN dilihat amat kukuh. MCA sebagai parti dukungan orang-orang Cina dilihat amat berkesan mengembeling pemusatan sokongan orang-orang Cina kepada BN. Kenapa setelah sampai ke era Mahathir, Pak Lah dan kemudian era Najib sekarang sebagai PM, sokongan itu dilihat sudah mula terhakis? Sudah tentu ada sesuatu perkara yang menyebabkan perubahan ini berlaku.

Jangan dikatakan orang Cina, orang Melayu sendiri banyak yang sudah hilang keyakinan terhadap kerajaan BN sekarang. Seorang pengundi Melayu pernah memberitahu saya: "Saya akan undi apa sahaja asalkan bukan BN", tegas dan sinis sekali bunyinya. Tapi, adakah kita hendak persalahkan orang Melayu itu sendiri jika mereka mempunyai persepsi demikian? Bagi saya, ini adalah soal moral pemimpin yang sering dibangkitkan. Bukan sahaja isu rasuah, penyelewengan, pengkayaan kroni yang sering diperkatakan, tetapi soal moral dan kualiti kepimpinan Melayu itu sendiri.


Saya tertarik untuk berkongsi pandangan seorang blogger, Aspan Alias didalam tulisan diblognya, yang saya petik seperti dibawah :



Misalnya orang Melayu tidak akan memberikan sanjungan kepada pemimpin yang di belengu dengan persepsi yang dia seorang yang selalu mengadakan ‘bed-side briefing’ misal kata. Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Husein Onn dan Dr Mahathir sendiri dipandang sebagai seorang pemimpin macho dan tidak nampak segelumit isteri mereka kedepan dengan begitu nyata. Itu lah sifat orang Melayu dan juga kepada mana-mana bangsa di dunia ini.
Nama isteri Lee Kuan Yew hanya di kenali semasa beliau meninggal dunia tahun yang lepas. David Cammeroon tidak nampak di bayangi oleh isterinya walau pun beliau adalah seorang pemimpin kuasa besar dunia. Untuk membuat teguran seperti ini bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan tetapi oleh kerana keadaan sudah terlalu jauh tersasar maka mahu tidak mahu terpaksa juga ditulis dan diperingatkan mana-mana pemimpin kita yang mereka sedang menjaga amanah rakyat.



Orang-Orang Melayu sebenarnya telah bengkak dan terhiris hatinya. Apakan tidaknya, pemimpin yang diberi mandat hari ini rata-rata tidak menunjukkan ketelusan dan dilihat 'rakus' dalam mengaut keuntungan peribadi dan untuk kaum keluarga sendiri. Mereka yang rata-rata hidup dengan gaya mewah, istana atau bungalow tersergam, kereta yang menjalar sedangkan majoriti rakyat masih dibelit dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Beberapa isu besar yang membelit kerajaan hari ini masih tinggal tidak terjawab. Contohnya, isu ketirisan bantuan untuk bumiputra; isu peruntukan besar untuk projek Permata Negara anjuran Rosmah; isu wang royalti Petronas; isu kapal selam; isu pembunuhan model Mongolia; isu kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani; isu skandal PKFZ; isu tape V.K.Lingam; isu pembinaan kekayaan Taib Mahmud dan banyak lagi. Saya masih ingat pengakuan Tun Dr. Mahathir, selaku mantan PM bahawa "UMNO is rotten to it's core", atau UMNO itu telah terlalu 'busuk' sehingga ke akar umbi, Jadi, apa lagi yang hendak diharapkan dari UMNO kalau sudah kepringkat itu..

Bagi kita orang-orang Melayu kebanyakannya, kita sudah merasa 'mual' dan jengkel dengan perkara-perkara ini. Apa yang sebenarnya kita impikan adalah sebuah negara yang aman, kaya dan makmur, dimana kekayaannya dikongsi secara bersama dengan telus dan jujur. Pemimpin mesti tidak sahaja bersih, tetapi mesti sentiasa dilihat bersih. Apa jua kekusutan dan kekalutan yang berlaku sekarang harus ditangani dan diberi penyelesaian segera. Kata orang putih : "Enough is enough.............".

Monday 18 April 2011

PTPTN - talian hayat atau beban sepanjang hayat...........

Skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperkenalkan oleh Kerajaan sejak 1997 dulu, kini telah memasuki tahun keempat belas perlaksanaan. Skim kewangan untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyambung pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi didalam atau luar negara, amat dialu-alukan. Ianya semacam memberi nafas dan kelegaan kepada para pelajar terutama mereka dari keluarga miskin dan kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian diperingkat tinggi.




Kini setelah hampir 15 tahun skim ini berjalan, rata rata bekas pelajar pengajian tinggi yang ditemui, sama ada bekas pelajar IPTA atau IPTS, mengeluh mengenai beban membayar balik PTPTN. Apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah mereka ini tidak bersedia untuk mambayar balik pinjaman dari tabung yang telah memberikan menafaat kepada mereka sewaktu belajar dahulu, atau adakah 'keculasan' mereka membayar balik disebabkan beberapa faktor-faktor lain?.


Mengikut sumber-sumber dari PTPTN sendiri, sejak diperkenalkan, kerajaan telah membelanjakan hampir RM33 billion untuk perlaksanaan skim ini. Bagaimana pun dari segi kutipan bayaran balik purata jumlah yang tertunggak setiap tahun ialah dalam lingkungan RM1.2 billion sehingga akhir tahun 2010. Ini menunjukkan proses bayaran balik agak 'slow moving' dan ramai diantara bekas pelajar yang agak culas untuk membuat bayaran balik secara berjadual. Kenapa hal ini berlaku? 

Kita ambil kira seorang anak muda yang baru tamat belajar dari sebuah institusi pengajian tinggi. Setelah berjaya mendapat segulong ijazah atau diploma, matlamat pertama yang harus mereka tumpukan ialah mencari pekerjaan yang setimpal dan setaraf dengan kelulusan yang mereka miliki. Mengikut perjanjian pinjaman, mereka diberi masa 6 bulan dari tarikh tamat belajar, untuk memulakan bayaran balik. Ini belum diambilkira tempuh yang lebih lama diperlukan untuk sesaorang bekas pelajar ini mengambil masa untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan setaraf dengan kelulusan yang diperolehi. Keadaan pasaran pekerjaan (job- employment market) semasa yang agak tepu (saturated) menambahkan lagi jumlah masa yang diperlukan untuk memasuki pasaran kerja.

Umum mengetahui, setelah memasuki alam pekerjaan, sesaorang pelajar selalunya akan terjebak dalam situasi baru yang akan 'membelitnya' dari segi kewangan dan perbelanjaan. Sudahlah rata-rata majikan memberikan gaji permulaan (starting salary) yang relatifnya rendah berbanding dengan mereka yang telah lama bertapak dijawatan itu, si anak muda itu terpaksa bertungkus lumus menghadapi komitmen-komitmen lain yang terpaksa dihadapinya. Ini termasuk komitmen keluarga bagi yang belum berkahwin atau membuat persediaan berkeluarga bagi yang akan berkahwin; membeli kenderaan; bayaran sewa rumah atau ansuran membeli rumah, kad-kredit dan lain-lain. Ini belum diambilkira kos tuntutan sara hidup yang memuncak sekarang terutama mereka yang bekerja dibandar-bandar besar. Kehidupan anak-anak muda ini kerapkali terhimpit dengan desakan-desakan hidup, dan inilah faktor yang menyebabkan bayaran balik PTPTN akan diletakkan agak terkebelakang dalam senarai komitmen-komintmen yang ada.

Walaupun pada hakikatnya, pihak PTPTN memperkenalkan jadual bayaran balik yang agak selesa, mesra peminjam dan tidak 'rigid', serta boleh diubahsuai mengikut kemampuan, namun rata-rata masih mengakui jumlah bayaran balik ini masih kurang selesa dan meragukan. Apa tidaknya seorang bekas pelajar yang telah membuat bayaran balik secara berjadual selama setahun, terkejut beruk mendapati baki pinjamannya hampir tidak bergerak langsung, jauh sekali untuk berkurangan. Apabila ditanya, pihak PTPTN menyatakan hal ini berlaku disebabkan 'caj perkhidmatan' yang dimasukkan sekali dalam perkiraan jumlah pinjaman. Mungkin perkara ini kurang difahami oleh sipeminjam.

Apa yang amat dikesali ialah faktor 'hidden cost' ini yang rata-rata membebankan peminjam. Walaupun skim pinjaman ini memberi pinjaman tanpa faedah, tidak seperti yang dikenakan oleh institusi pinjaman yang lain, namun faktor caj perkhidmatan ini telah membantut usaha yang telus untuk mengutip balik bayaran, dan dirasakan ianya amat membebankan peminjam. Apa yang amat diharapkan ialah ketelusan kerajaan untuk mengkaji semula skim ini, dan jika boleh ditukar status pinjaman kebantuan khusus atau subsidi dimana ianya boleh dianggap sebagai suatu bantuan 'direct' kerajaan untuk membantu para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan diperingkat pengajian tinggi, tanpa perlu bayaran balik.

Kita boleh mengambil contoh beberapa negara maju seperti Australia, New Zealand, United Kingdom dan beberapa negara Eropah yang memberi pendidikan percuma hingga peringkat universiti kepada warga mereka. Umum mengetahui kebanyakan negara-negara ini tidaklah mempunyai hasil masyhul yang banyak seperti kita. Mereka tiada hasil minyak, tiada balak dan pendapatan banyak bergantung pada hasil industri dan pertanian. Sedangkan negara kita kaya-raya dari segi hasil dan pendapatan.Rasa-rasanya dengan jumlah pendapatan tahunan kerajaan dari royalti minyak sahaja yang dianggarkan mencecah RM88 billion setahun sudah cukup untuk membiayai skim ini.

Jika kerajaan berkeupayaan mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi membiayai projek-projek mega, termasuk projek koridor wilayah dan pembelian peralatan ketenteraan yang menjangkau berbillion-billion ringgit, rasanya tidak salah jika perbelanjaan untuk pengajian tinggi ini juga dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Kita amat berharap agar PTPTN ini yang suatu ketika dulu dianggap sebgai 'talian hayat'  untuk anak muda menyambung pengajian keperingkat tinggi, tidak pada akhirnya hanya menjadi 'beban sepanjang hayat' untuk gulongan muda ini..............

Sunday 17 April 2011

SATU LUBANG DIHADAPAN...........

Seorang pemuda bertemu seorang gadis buat pertama kali ketika bermain golf. Sewaktu membuat persiapan untuk bermain, sipemuda memberanikan diri menyapa sigadis.

Pemuda : " Sudah berapa lama bermain?"
Gadis : " Belum lama. Saya baru beginner"
Pemuda (tersenyum sinis) : "Oh, Saya rasa awak tak akan dapat mengalahkan saya."
Gadis : "Macam mana awak tahu. Kita belum mula lagi?"
Pemuda : "Saya tahulah. Saya akan sentiasa berada satu lubang dihadapan awak"
Gadis : " Belum cuba belum tahu".

Permainan kemudiannya dimulakan. Entah macam mana, sipemuda sentiasa menunjukkan permainan yang tangkas dan sentiasa berada satu lubang dihadapan sigadis. Sebaik sahaja sigadis sampai lubang kedua, sipemuda sudah sampai lubang ketiga. Ketika sigadis baru sampai lubang keempat, sipemuda sudah mencapai lubang kelima. Ketika sigadis baru selesai lubang kelapan, sipemuda baru saja selesai lubang kesembilan, dan begitulah seterusnya. Ketika sigadis sampai lubang keempat-belas, sipemuda sudah selesai lubang kelima-belas.

Walaupun sigadis berusaha keras untuk menandingi sipemuda, namun beliau tetap gagal. Selepas selesai bermain, mereka berjumpa semula dikafeteria untuk minum sambil berbual-bual.

Gadis : "Apa rahsia awak dalam permainan tadi sehingga saya tidak dapat mengejar awak?"
Pemuda : "Tidak ada apa-apa rahsia. Saya bemain biasa sahaja. By the way, boleh saya tahu dimana awak bekerja?"
Gadis (dengan tersipu-sipu) : " Malulah. Saya tak mahu beritahu. Nanti awak ketawa"
Pemuda : " Beritahulah. Saya janji saya tak akan ketawa"
Gadis : "Betul ni. Ok, untuk makluman awak saya bekerja dikilang membuat tisu tandas."

Mendengar penjelasan gadis itu, sipemuda ketawa terbahak-bahak.

Gadis : "Tapi, awak sudah janji tidak akan ketawa"
Pemuda : "Betul, betul...(sambil menahan ketawa). Saya telah janji. Tapi saya tak boleh tahan. Ha ha ha.....(ketawanya berderai lagi )
Gadis : "Kenapa ???"
Pemuda : "Ha ha ha...kan saya kata saya akan sentiasa berada satu lubang dihadapan awak....."
Gadis : "Saya tak faham.......maksud awak?"
Pemuda : "Saya bekerja dikilang membuat tuala wanita. Kan saya masih satu lubang dihadapan awak......."
Gadis :  ?????

· · Share · Delete

Friday 15 April 2011

Professor oh professor..............

Saya tertarik dengan saranan seorang professor dari UiTM yang menyarankan agar para belia negara ini tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancukan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti selama 54 tahun dinegara ini, dan menurutnya para belia jangan sekali-kali cuba menukar kerajaan yang sedia ada.

Saranan ini dibuat oleh Prof. Dr. Ramlah Adam, dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) seperti gambar dibawah, ketika berucap di forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam baru-baru ini.
Kenyataan ini telah disanggah oleh Pengerusi dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad yang juga merupakan bekas penyarah diuniversiti yang sama. Beliau turut kesal bagaimana Dr.Ramlah yang merupakan pensyarah di Fakulti Pentadbiran Awam dan Kajian Polisi di universiti tersebut boleh mengeluakan kenyataan sebegitu rupa, yang secara jelas merendahkan martabat para ilmuan dipusat-pusat pengajian tinggi negara ini.


Saya melihat penyataan dangkal seperti ini mencermin pendirian cetek para ilmuan kita. Mereka langung tidak menampakkan ciri ilmuan yang kental, dan amat mudah dipengaruhi terutama oleh pihak-pihak dimana mereka ada kepentingan. Jauh sekali untuk dikatakan ilmuan yang bijaksana. Kalau memberi pendapat atau pendirian, mereka kerapkali menunjukkan dengan amat jelas 'keseiringan dan keserasian' mereka dengan parti yang memerintah. Seolah-olah tanpa parti yang memerintah mereka tidak dapat meneruskan kehidupan sebagai ilmuan yang pertanggungjawabkan membina budaya dan sahsiah tinggi untuk jenerasi akan datang.

Apakah Dr. Ramlah tidak tahu bahawa dinegara-negara lain yang lebih maju pun, perubahan parti yang memerintah telah menjadi perkara biasa? Di Britain, misalnya Parti Buroh dan Konservatif telah bertukar tangan beberapa kali sebagai pemerintah. Di Jepun juga antara LDP dan DPJ telah berlaku pertukaran parti yang memerintah. . Apakah professor ini tidak tahu? Tidak pula kita dengar Britain atau Jepun hari ini terjebak balik kezaman 'arang batu' akibat perubahan ini?

Inilah yang disebut 'professor kangkung' oleh sesetengah anak-muda zaman sekarang. Itu belum lagi ditanya berapa buah buku ilmiah yang sudah ditulis? Berapa banyak nota kajian dan tesis yang telah dikeluarkan?. Sepatutnya sebagai seorang ilmuan, sesuai dengan taraf professor yang disandang, apa jua penyataan kita haruslah bersikap bernas, bijaksana dan mencerminkan ketinggian peribadi keilmuan kita.

 Kita tidak tahu apa tujuan penyataan serpeti ini dibuat, selain dari cuma 'menempatkankan diri seberapa rapat yang mungkin' dengan arus perdana sipemerintah. Mengikut kata anak-anak muda sekarang juga, mungkin "ada udang disebalik mee" Wallah hu alam. Bagi saya penyataan sebegini hanya ikut teori dan citarasa sendiri,, atau mengikut nafsu untuk menjadi 'pencacai makan gaji' yang hanya meng'iya'kan dan menjadi pak turut, tidak lebih dari itu..

Seperti kata Idris, orang seperti ini sepatutnya letak jawatan professor, dan bertanding saja dimana-mana bahagian UMNO untuk jawatan Ketua Wanita. Itu kan lebih tepat dan sesuai...........







Sunday 10 April 2011

SKANDAL VIDEO SEX DAN CERITA PEMAIN PEDANG DARI CHINA...............

Semenjak kecil lagi, saya diajar oleh ibubapa dan guru-guru saya supaya kalau buat sesuatu kerja, mesti buat betul-betul. Pesan mereka "Kalau belajar, belajar betul-betul, biar sampai pandai. Dan kalau main, kena main betul-betul, biar sampai menang".  Begitulah pegangan dan pinsip hidup yang diterapkan oleh mereka kedalam diri saya. Sehinggakan sampai keusia dewasa kini, saya masih percaya bahawa sesuatu pekerjaan yang kita lakukan hendaklah dibuat dengan niat dan iltizam yang kukuh dan ini merupakan kunci untuk kita mencapai kejayaan dalam apa jua kerja yang dibuat.

Kita sudah tentu tidak mahu dikatakan suka buat kerja secara sambil lewa, acuh tak acuh atau ala kadar. Dalam zaman teknoloji hari ini, kita perlu tambah satu lagi elemen penting dalam kerja kita : iaitu buat kerja secara bijaksana. Do it intelligently, kata orang putih. Elemen bijaksana ini juga penting kerana kalau kita buat sesuatu kerja itu secara membabi buta sahaja, walaupun kita buat dengan tekun dan rajin, tanpa planning dan tanpa menggunakan kebijaksanaan minda, kita juga yang akan tewas. Hasil kerja kita tidak akan mencapai sasaran yang dihajatkan. Dalam istilah anak muda zaman sekarang, kita akan kantoi.

Berhubung isu kantoi inilah yang ingin saya kaitkan sedikit dengan isu video sex yang heboh diperkatakan sekarang, dimana pelakunya dikatakan berwajah mirip Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Malah ada pihak-pihak tertentu yang secara terang-terangan mengatakan pelaku didalam video sex itu ialah  DSAI. Video ini telah ditayangkan secara eksklusif kepada ahli-ahli politik tertentu, dan kini ianya ditangan polis untuk siasatan lanjut


Saya sendiri mengaku belum melihat video ini, kecuali apa yang ditayangkan beberapa saat di Buletin Utama TV3 tempuh hari. Persoalan utama yang bermain difikiran saya ialah bagaimana mereka yang menjadi dalang dalam pembikinan video ini, menghasilkan suatu bentuk video yang begitu lemah dan tidak kreatif langsung. Saya tidak berhajat untuk menyentuh isu samaada betul DSAI atau tidak dalam video tersebut. Itu biarlah pihak polis yang mencari jawapan. Apa yang ingin disentuh ialah cara pembikinan video dilakukan. Saya rasa dengan teknoloji peralatan video dan suntingan yang canggih hari ini, mana-mana anak muda yang kreatif akan berupaya menghasilkan video yang lebih bermutu dari apa yang kita lihat. Sudahlah gambar dalam hitam putih, menggunakan kamera yang statik, teknik penggambaran pula kabur. Saya rasa filem-filem dizaman P. Ramlee dulu (walau dalam hitam-putih dan tidak mempunyai peralatan secanggih sekarang) lebih kreatif dan bermutu dari video ini. Kenapa dibuat hitam putih? Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Kedua, pelakun utama yang dikatakan sebagai DSAI (kalau bukan DSAI yang sebenar) harus dicari pelakun yang lain yang lebih menyerupai DSAI. Bukan yang "berperut boroi dan bertetek gendut" (memetik diskripsi oleh seorang blogger). Ini dirasa amat tidak kena, apa lagi kalau bertujuan menyuruh orang percaya.,

Bagi saya pembuatan video ini dibuat secara tangkap-muat, kurang daya imaginasi dan tidak bijaksana. Sepatutnya kalau nak buat video sepeti ini, teutama kalau kita mahu orang percaya kepada kandungan video itu, ianya harus dibuat cara yang lebih bijaksana.


Saya teringat suatu cerita lama yang pernah diceritakan oleh  pensyarah saya sewaktu memberi ceramah mengenai motivasi dan keyakinan diri. Ceritanya begini :

Pada zaman dahulu, terdapat seorang maharaja dinegeri China yang menghadapi masalah untuk mencari pengganti kerana beliau tidak mempunyai putera atau puteri. Setelah bermesyuarat dengan para menterinya, mereka bersepakat untuk memilih pengganti maharaja dengan memilih siapakah diantara pemain pedang mereka yang terhandal sekali. Maka dicananglah keseluruh negeri memberitahu rakyat jelata tentang pertandingan yang akan diadakan. Maka berpusu-pusulah pahlawan dan pemain pedang dari seluruh pelusuk negeri tampil menunjukkan kehebatan masing-masing. Akhirnya, selepas dibuat 'shortlisting', hanya 3 orang sahaja pemain pedang yang berjaya dipilih keperingkat akhir. Maka pada hari yang ditetapkan, berhimpunlah seluruh rakyat jelata bersama maharaja dan menteri-menterinya untuk menyaksikan pertandingan tersebut yang bertujuan memilih pemain pedang terhandal untuk dinobatkan sebagai pengganti maharaja.


Pertandingan pun dimulakan dengan memanggil pemain pedang yang pertama. Beliau muncul dan masuk ketengah gelanggang dengan penuh yakin, siap dengan pedangnya tersisip dipinggang. Beliau lantas meminta supaya dilepaskan seekor burung keudara. Maka seekor burung pun dilepaskan dan terbanglah burung itu melayang laju keudara. Dengan sepantas kilat pemain pedang itu menghunus pedangnya lalu menglibas dan mencantas keudara. Terselepuk jatuh unggas itu ketanah dengan kepalanya becerai dari badan. Orang ramai bertepuk tangan. "Handal betul pemain pedang ini." bisik mereka.

Kemudian giliran pemain pedang kedua pula. Beliau meminta seekor lalat. Maka dilepaskanlah  seekor lalat ke udara. Sepantas kilat pula pedang dihunus, dan berdesip kilauan mata pedangnya mencantas keudara dan dalam sekelip mata sahaja lalat tersebut gugur ketanah dengan badan yang berkecai. Orang ramai yang menyaksikan bertambah terpegun.


Tibalah giliran pemain pedang ketiga. Beliau mara kedepan dan meminta dilepaskan seekor nyamuk. Maka dilepaskanlah seekor nyamuk yang terus terbang keudara. Sepantas kilat pemain pedang itu menghunus dan mengelibas pedangnya keudara. Namun, nyamuk itu tetap berterbangan, berlegar-legar sebentar dan kemudian terbang keluar dari situ.


Penonton terus bersorak dan menge'boo' beliau. Tetapi, pemain pedang itu melangkah dengan yakin kearah pentas dimana maharaja sedang bersemayam.


"Kamu katakan kamu seorang pemain pedang terbilang. Kenapa beta lihat nyamuk itu masih berterbangan, dan tidak jatuh kebumi?" sergah simaharaja.


Pemain pedang itu lantas menjawab : "Betul tuanku, nyamuk itu masih terbang. Tetapi tahukah tuanku bahawa mulai saat ini nyamuk itu tidak normal lagi. Patik telah memotong 'anu'nya, dan mulai saat ini nyamuk itu tidak boleh bersenggama lagi dengan nyamuk betina........"


Orang ramai ketawa dan maharaja juga tersenyum. Akhirnya, pemain pedang ketiga itu dinobat sebagai yang terhandal, dan beliau dilantik sebagai pengganti maharaja.

Moral of the story ialah : Dalam keadaan apa pun, samaada terkantoi sekali pun kita masih boleh bertindak secara bijaksana. Dalam cerita ini, walau pun pemain pedang ketiga telah terkantoi kerana gagal membunuh dan mencincang nyamuk, namun kebijaksanaannya bertindak ternyata dapat melepaskan dirinya sehingga beliau berjaya diisytihar sebagai pemenang dan dinobatkan sebagai pengganti maharaja. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh pengarah dan dalang disebalik pembikinan video porno ini agar tidak terkantoi..

Pesanan saya, kalau nak buat video sekali pun, buat betul-betul sampai orang percaya, dan projek tidak terkantoi........ Sekian.....

Skim Rumah Pertamaku...............

Semasa pengumuman oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sewaktu membentang belanjawan 2011 Oktober tahun lalu, rata-rata rakyat, khusnya gulongan muda, menarik nafas lega. Dikalangan orang-orang muda mengalu-alukan skim ini yang bertujuan membantu mereka memiliki rumah sendiri. Namun kini setelah 3 bulan berlalu kita memasukki tahun 2011, ternyata perlaksanaan skim ini masih lembab dan lesu. Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya keistimewaan skim ini. Bagaimana ianya dapat membantu gulongan muda memiliki rumah?

Gulongan muda, terutama yang baru memasuki alam pekerjaan mengharapkan bantuan keajaan dalam memudahkan mereka memiliki rumah. Rata-rata mereka bukan mahukan rumah mewah, atau rumah yang diluar kemampuan mereka. Tapi, cukup sekadar rumah teres biasa yang jika mengikut kedudukan pasaran semasa terutama dari segi lokasinya, sudah berada diluar kemampuan mereka.

Sepatutnya mulai awal Januari tahun ini lagi, kita sudah melihat suatu senario riuh dengan 'pesta' anak-anak muda berebut-rebut membeli rumah, sejajar dengan kemudahan yang disediakan. Tapi, hal ini tidak menjadi kenyataan. Dimanakah silapnya?.

Ketika melancarkan skim diawal tahun ini, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa ciri baru untuk skim ini. Antaranya, gulongan muda mesti berumur tidak melebihi 35 tahu; membeli rumah buat kali pertama, dan harga rumah mestilah diantara RM100 ribu sehingga maksima RM220 ribu. Pendapatan bulanan pula mestilah tidak melebihi RM3000. Skim ini akan mengugurkan syarat membayar 'deposit 10%' seperti yang diamalkan sekarang. Ini bermakna gulongan muda akan dikecualikan dari syarat ini, dan bank perlu memberi pembiayaan 100% ketas pinjaman yang dibuat. Pihak kerajaan pula akan bertindak sebagai 'penjamin' keatas bayaran deposit 10% ini, dan jika berlaku kegagalan peminjam membayar balik jumlah ini, pihak kerajaan akan mengambil tanggungjawab menyelesaikannya jumlah ini.

Tapi soalnya sekarang kenapa anak-anak muda tidak tertarik? Apakah skim ini langsung tidak menarik kepada mereka? Tinjauan rambang yang dibuat rata-rata menunjukkan anak-anak muda kurang tertarik kerana skim ini hanya memudahkan dari segi menghapuskan bayaran deposit, sedangkan soal harga rumah, jumlah pinjaman dan tempuh pinjaman untuk bayaran balik masih sama. Juga kadar faedah yang bakal dikenakan oleh bank dan institusi kewangan juga kekal pada kadar lama. Jadi apalah sangat menafaat yang dapat mereka perolehi dari skim ini. Disamping pinjaman yang diperolehi, peminjam juga masih tertakluk kepada syarat-syarat ketat pihak bank, masih perlu melangsai bayaran guaman, bayaran setem duti dan sebagainya. Jika semua ini diambilkira, tidak seberapa sangat 'saving' yang dapat dinikmati.

Rata-rata berpendapat jika kerajaan mahu betul-betul serius membantu gulongan muda memiliki rumah, pertama sekali harga umah harus dikaji semula, dan diturunkan keparas yang lebih rendah bagi gulongan muda. Kedua, kadar faedah bank juga harus diturunkan khas untuk gulongan muda ini. Ketiga, bayaran-bayaran sampingan lain seperti guaman, duti setem harus dikurangkan, atau pun diberi pengecualian khusus oleh kerajaan untuk menjadikan skim ini lebih menarik dan bermakna.



Apa-apa pun, ramai yang bependapat skim ini hanya sebagai suatu 'modal politik murahan' untuk menambah undi terutama undi dari gulongan muda. Hakikat sebenar tiada apa-apa keikhlasan langsung dalam membantu gulongan muda............

Thursday 7 April 2011

PILIHANRAYA DUN SARAWAK

Pilihanraya DUN Sarawak yang ke-10 sudah memasukki phasa berkempen setelah selesai penamaan calun pada 6 April yang lalu. Seramai 213 calun dikatakan bertanding bagi merebut 71 kerusi DUN yang dipertandingkan. BN yang menguasai 63 kerusi sewaktu DUN dibubarkan dahulu akan bekerja keras memastikan jumlah kerusi tersebut dikekalkan, jika tidak pun menambah jumlah yang lebih besar, Cabaran sengit perebutan kali ini sudah tentu datangnya dari parti-parti pembangkang, khususnya dari Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS. Selain itu kewujudan SNAP juga yang telah gagal mengikat kerjasama dengan Pakatan Rakyat, tidak harus dipandang ringan.

Penganalisis politik meramalkan kedudukan piliharaya kali ini adalah yang tergetir yang pernah dihadapi oleh BN Sarawak. Apa tidaknya dari reaksi awal telah diperhatikan terdapat sedikit sebanyak kebangkitan dan hasrat baru rakyat Sarawak dalam membuat perubahan kali ini. Ini berbeza dengan pilihanraya-pilihanraya DUN yang terdahulu dimana kali ini tiada langsung kerusi yang dimenangi oleh BN dengan percuma "tanpa bertanding". Kedua, terdapatnya ramai calun-calun bebas yang turut menawarkan diri bertanding, membuatkan disetengah-tengah kerusi sehinggakan terjadi pertandingan 5 penjuru. Ini menunjukkan riaksi kebangkitan rakyat Sarawak yang sudah inginkan perubahan, lebih-lebih lagi menlihat arus landskap politik Sarawak yang telah begitu lama dikuasai BN.

Walaupun BN dilihat begitu gagah dan sentiasa memandang sinis percubaan pembangkang meraih undi rakyat, namun disebalik keupayaan keewangan, jentera dan media yang kuat membantu dalam berkempen, BN juga harus ingat tentang faktor keupayaan dan juga 'mindset' rakyat, terutama jenerasi muda yang kini lebih terdedah kepada maklumat-maklumat  terkini dan sentiasa dahagakan perubahan.

Nampaknya BN tidak lagi boleh mengharapkan kemenangan selesa, lebih-lebih lagi dengan mendapat undi dua-pertiga di DUN. Beberap isu pokok yang disuarakan oleh rakyat Sarawak keseluruhannya harus diberi perhatian, Antara isu penting ialah isu tanah adat, isu kaum Penan, isu kitab Injil dan isu berkaitan pengambilalihan tanah oleh kerajaan negeri suatu ketika dulu.INi belum lagi diambilkira isu pembolotan kekayaan oleh beberapa pemimpin tertentu, rasuah, kronisma dan lain-lain lagi.

Sementara itu penganalisis politik juga meramalkan walaupun pada akhirnya kemenangan masih boleh dijangkakan berpihak kepada BN, namun jumlah kerusi yang dimenangi oleh pembangkang dijangka bertambah. Sepertimana komen salah seorang blogger yang dipetik menyatakan "keupayaan Pakatan Rakyat atau pembangkang menambah kerusi di DUN dari jumlah 8 kerusi yang ada sewaktu DUN dibubarkan sudah bermakna kekalahan kepada BN". Ini juga boleh diambilkira sebagai kayu-ukur untuk menilai halatuju politik Sarawak dimasa hadapan.

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Monday 4 April 2011

Beruk naik nyiok............

Nak tergelak pun ada. Geli hati pun ada.  Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abd. Razak ketika menjawab suatu soalan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini menjelaskan isu mengenai penghantaran pulang pelajar-pelajar Kedah kembali ke Mesir, dimana kos pengangkutan terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri adalah umpama "beruk naik nyiok". Pandai juga orang tua ni buat kelakar rupanya, bisik hati kecil saya. Tapi, kelakar kelakar dia pun memang bernas! Ya lah sebagai seorang tua, dan dari Kedah pula, kita cukup yakin perumpaan yang digunakan beliau ini amat sesuai sekali dengan isu yang ditimbulkan. Akibat 'keceluparan' ini sepertimana didakwa oleh beberapa ADUN BN (pembangkang) dalam dewan negeri tersebut, suatu usul protes telah dibuat tehadap Dato Seri Azizan.

Saya melihat isu ini, khususnya perumpamaan yang digunakan oleh Dato Menteri Besar, amat wajar dan bertepatan sekali dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat behubung langkah membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir suatu ketika dulu ketika negara tersebut dilanda krisis dan revolusi rakyat yang serius. Kita juga tahu, lazimnya jika pelajar-pelajar itu telah dibawa pulang dengan kos yang begitu banyak oleh kerajaan pusat, adalah menjadi tanggung-jawab kerajaan pusat juga untuk menghantar mereka balik ke Mesir apabila keadaan telah pulih, Keajaan pusat tidak harus 'lepas tangan' pula kepada kerajaan negeri untuk urusan menghantar pulang pelajar-pelajar tersebut pulang ke Mesir. Tetapi ini tidak terjadi. Setiap kerajaan negei dibebani pula tanggungjawab menghantar pelajar dari negeri masing-masing balik ke Mesir. Inilah yang dikatakan oleh Dato Seri Azizan "macam berok naik nyiok".

Amalan yang dibuat dikampong-kampong, apabila seorang pekebun atau tuan punya pokok nyiok (kelapa) mengupah beruk untuk memanjat dan menurunkan kelapa, selalunya tuan punya beruk akan diberikan syarat oleh tuan punya pokok kelapa. Contohnya, "upah naik setiap pokok ialah 2 biji" . Ini bermakna bagi setiap pokok yang dipanjat oleh beruk, tuannya akan mendapat 2 biji kelapa sebagai upah. Itu upah untuk naik. Tidak pula dinyatakan berapa biji upah untuk turun!.

Jadi tindakan keajaan pusat mengeluarkan belanja yang besar untuk membawa balik pelajar-pelajar dari Mesir, tanpa menyediakan peruntukan untuk menghantar mereka kembali apabila keadaan pulih adalah sama dengan "beruk naik nyiok"  Ha ha ha......... aku tak dapat menahan gelak........

Friday 1 April 2011

Apabila usia merubah segala...........

Nostalgia zaman silam, zaman kanak-kanak, ketika riuh berlari kesana sini meredah hutan dan belukar, alur dan denai; memanjat bukit dan mandi disungai, menahan lukah dan mengail haruan ditapak sawah,  sering mengimbau kembali setiap kali aku menjenguk kedesa. Teratak buruk peninggalan arwah ayah dan bonda walau pun telah tiada, masih terasa segar dalam ingatan, seolah-olah ianya masih berdiri gagah ditapak yang lama. Walaupun kini ditapak tersebut telah didirikan dengan yang baru sebagai ganti, namun ianya tidak dapat menghindar nostalgia dan kenangan yang bertalu-talu datang dikotak fikiran setiap kali menjejak kaki dikampong.

Masih terbayang jelas diingatan kenakalan dan kedegilanku sewaktu kecil berlari bebas dibatas bendang, menjenguk joran yang ditahan dialur sawah yang keruh airnya. Masih terngiang ditelinga tiupan seruling batang padi yang melagu nyaring irama syahdu dipetang hening ketika matahari berlabuh dihujung senja.

Mana pergi tapak kaki kecilku yang dulu tidak bersepatu lincah betah berlari diatas kerikil tajam dijalan raya yang tidak diturap dan berdebu? Mana perginya tubuh kerdilku yang dulu tidak berbaju dan tidak pernah menghiraukan debu merah berterbangan dari kenderaan yang lalu dijalanraya?.  Mana perginya kekuatan diri menahan kesejukan embun pagi walaupun terpaksa meredah belukar diawal pagi atas nama mencari rezeki? Semuanya telah hilang........dan tidak ku temui lagi.




Sedangkan masa dan usia telah merubah segala. Desa yang ku tinggalkan hampir 40 tahun lalu kini telah berubah wajah. Tidak banyak lagi kicauan burung diwaktu pagi dihapuskan dek deruan injin motor dan kereta yang lalu lalang dijalanraya yang sudah bertar. Kabus pagi sudah tidak setebal dulu, dan hawa sejuk pagi juga sudah tidak sedingin dulu. Diwaktu malam pula silau lampu letrik berselangseli disetiap pelusuk rumah dan gerai ditepi jalan. Tiada lagi gelap malam sepekat dulu yang ku tempuhi. Dan heningnya tidak lagi seperti dulu. Tiada lagi irama bunyi cengkerik dan unggas malam bersahutan bagaikan berlagu syahdu.

Maka sedarlah aku. Aku kini bukan aku yang dulu lagi. Sudah tidak merasakan diri sebagai anak desa yang riang bermain tanpa mengira masa dan penat. Sedarlah juga bahawa aku kini telah meniti kehujung senja. Pengalaman lalu telah lama ku tinggalkan dan tak mungkin akan muncul kembali. Biarlah usia merubah segalanya ...............