Thursday 20 November 2014

Pesanan kepada jenerasi selepasku......



Pesanan kepada jenerasi selepasku......


Kadang-kala hati menjadi terkedu melihat gelagat anak-anak muda jenerasi sekarang yang walaupun
berpelajaran tinggi, menikmati status kehidupan yang selesa serta mencapai taraf hidup yang baik, tapi langsung tidak mahu menghormati orang-orang yang lebih tua pangkatnya dalam salasilah keluarga mereka. Entah dirasuk syaitan apa, kebanyakan jenerasi sekarang ku lihat mudah lupa adap sopan berkeluarga, pegangan turun temurun sejak dari orang tua-tua dulu. Yang tua mesti dihormati dan diberi layanan yang sewajarnya dalam masyarakat kita.  Ini tidak. Yang muda merasa diri sudah begitu hebat dan tidak mahu memperdulikan jenerasi tua lagi. Bagi mereka ini, orang tua sudah tua, nyanyuk dan patut diketepikan saja. Biarkan mereka hidup bersendirian dengan dunia mereka, dan kami dengan dunia kami...

Adakah mereka sedar tentang putaran kehidupan ini sebenarnya. Yang muda akan menjadi tua, dan yang tua akan menjadi lebih tua dan meninggalkan dunia ini. Yang bayi dan kanak-kanak akan mengambil tempat orang-orang yang muda sekarang, manakala yang muda sekarang pula akan mengambil tempat orang tua.

Jadi, dimana kita sebenarnya.. Janganlah merasa sombong menjadi orang muda sehingga lupa diri dan tidak tahu langsung menghormati orang yang lebih tua. Kalau tidak mahu disanjung pun atas sifat apa sekali pun sekurang-kurangnya hormatilah usia dan pengalaman orang-orang yang telah 'dulu makan garam' dari kita!

Saya menjadi terkedu apabila ada anak-anak muda pangkat anak saudara sendiri yang 'malas' dan amat berat untuk berjumpa kita yang tua-tua ni. Kalau ada pun terserempak hanyalah ketika hari raya atau dimajlis-majlis kenduri-kendara. Itu pun salam, jangan kata orang kurang beradab pulak. Tapi hakikatnya mereka ini nampak culas dan tidak mahu langsung bersama orang tua. Apa kah sebab agaknya? Kita tidak menyuruh mereka datang berjumpa kita selalu. Tak suruh pun salam cium tangan selalu. Juga tidak mengharap mereka menghulurkan duit ringgit pun. Cukuplah bila berada disesuatu kawasan yang kebetulan diketahui ada bapak atau mak saudara tinggal disitu, apa salahnya meluangkan masa barang sejam dua menjenguk mereka. Bukan kena buang duit banyak pun!. Tak rugi banyak mana pun duit minyak kereta kalau menyimpang sekejap bertemu mereka. Sekurangnya bertanya khabar. Sihat kah orang tua ni?  Ini tidak. Rasa mereka macam membuang masa berjumpa orang-orang tua ni. Kalau jumpa nanti banyak pulak soal-jawab dan songeknya. Nak tanya itu dan ini pulak!

Saya masih ingat sewaktu kecil-kecil dahulu ayah dan ibu sering mengingatkan. Selalulah balik kampong menjenguk orang tua. Kalau berada diakawasan yang hampir dengan mak saudara, pak saudara atau makcik pakcik, jenguklah mereka walau barang seketika. Jangan jenguk mereka bila ada hal saja. Kalau tak ada apa hal pun apa salahnya menjenguk mereka.

Sekarang ibu ayah sudah tiada. Kita sendiri sudah naik pangkat menjadi orang tua. Ingatan ibu ayah ini masih segar dikepala. Tetapi mengapa jenerasi hari ini amat culas untuk menjenguk kita. Kami bukan meminta duit ringgit kamu. Bukan nak minta kamu belikan beras atau barang dapur. Kalau datang menjenguk sekali sekala pun sudah cukup. Tak perlulah buang duit minyak kereta atau motor datang dari jauh semata-mata nak jumpa kami. Cukup kalau sekali sekala berada didaerah yang sama, luanglah masa sekejap menjenguk kami. Ini tidak. Kalau di jemput kenduri pun tak datang. Masa lain (masa tak ada kenduri) lagilah susah nak nampak muka dan batang hidung!.

Dalam agama kita pun dituntut agar yang muda menghormati yang tua. Nabi sendiri pernah ditanya oleh sesaorang tentang bagaimanakah harus dia berbuat baik kepada ibu-bapanya yang telah meninggal dunia. Kata Nabi, selain banyakkan berdoa dan bersedekah, ziarahlah mereka-mereka yang rapat dengan ibu bapamu sewaktu hayat mereka dulu. Siapakah orang yang rapat dengan ibu bapamu sewaktu mereka masih hidup? Tentunya, rakan taulan mereka termasuk juga saudara-mara yang sezaman dengan mereka yang masih ada sehingga kini. Perlu diingat kita yang muda-muda ini suatu hari nanti akan menjadi dewasa dan tua juga. Kitaran hidup ini akan terus berputar. Pepatah juga ada menyebut: “Jika pelepah yang dibawah jatuh, pelepah yang diatas jangan ketawa, kerana masa akan tiba pelepah yang diatas juga akan jatuh kebumi...”

Perbidalan Inggeris juga sering di sebut: “ You get what you sow.....” Maksudnya, kamu akan dapat hasil buah apa yang kamu tanam hari ini. Jika kamu melayan warga tua kamu dengan cara yang baik, maka cara yang baik jugalah yang akan kamu perolehi apabila kamu memasukki usia tua nanti.......

Fikir-fikir dan renung-renunglah selalu...........

Tuesday 4 November 2014

Siri 9 - Menyusuri Salasilah Keluarga Lebai Hussin bin Hj. Taib - keluarga PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN

Siri 9 (Bahagian Akhir)

SALASILAH KELUARGA PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN


ASSALAMU'ALAIKUM semua..............

Minggu ini siri pengkisahan keluarga adalah siri terakhir. Bagi siri kali ini kita akan memperkatakan mengenai salasilah keluarga PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN.

PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN (1936 - Sekarang)

Gambar PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN (Gambar tahun 2011)
Gambar PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN (Tahun 2011)


1.        PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN merupakan anak bongsu LEBAI HUSSIN BIN HJ. TAIB dan isterinya CHE NAH BINTI HJ. DERAEH. Beliau dilahirkan di Kampong Bikan pada tahun 1936; dibesarkan dikampong tersebut sehingga meningkat remaja. Dikalangan anak-anak saudara dan cucu-cucu-saudara beliau mesra dengan panggilan Chu Teh atau Toksu Teh. Beliau adalah satu-satunya anak LEBAI HUSSIN yang masih ada hingga kehari ini.

2.       Sebagai anak bongsu perempuan dalam keluarga, kehidupan beliau sejak dari kecil lagi agak terbela dan tidak begitu bebas seperti abang-abangnya yang lain. Beliau mendapat didikan dan kasih-sayang sepenuhnya dari ibu dan ayah. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi beliau banyak menolong ibunya dengan kerja-kerja dirumah. Pun pada masa yang sama beliau turut membantu ibunya mengambil upah menoreh getah dikebun orang secara pawah. Dimasa lapang     seperti kanak-kanak lain,  beliau menghabiskan masa bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebayanya dikampong, terutama anak-anak jiran yang datang belajar mengaji Quran dengan ibunya. PUTEH mempunyai tubuh badan yang agak kecil dan kurus sejak kecil berbanding dengan kakak-kanaknya yang lain. Berkulit agak cerah (sesuai dengan namanya) dan amat petah bercakap, gemar bercerita dan berbual terutama dengan mereka yang rapat dengannya.

PERKAHWINAN PERTAMA

3.         Beliau bertemu jodoh buat kali pertamainya pada tahun 1955 ketika berusia 19 tahun, dengan seorang pemuda bernama ABDULLAH BIN DERANI yang berasal dari Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah. Selepas berkahwin, PUTEH mengikut suaminya tinggal di Bukit Selambau, disuatu kawasan perumahan pekerja ladang tidak jauh dari pekan Bukit Selambau. Bagaimanapun, jodohnya dengan ABDULLAH tidak kekal lama, dan hanya bertahan sekitar 3 tahun sahaja. Pasangan ini bercerai pada penghujung tahun 1958. Dengan ABDULLAH beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama SAADIN.

PERKAHWINAN KEDUA


4.         Selepas berpisah dengan ABDULLAH, PUTEH kembali kekampong dan tinggal bersama ibu
Gambar pasangan PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN dan suami SHAMSURI BIN SALLEH bersama keluarga anaknya SAADIN BIN ABDULLAH sewaktu mengahdiri majlis kenduri di Kpg. Jangkang, Kulim (Tahun 2011)
PUTEH dan SHAMSURI bergambar bersama keluarga SAADIN

bapanya. Hampir 1 tahun juga PUTEH kembali membantu ibunya dengan menoreh getah dan membuat kerja-kerja rumah. Hidup menjandanya tidak lama kerana selepas itu ada pihak datang meminang. Lamaran kali ini diterima dari seorang pemuda yang berasal dari Permatang Bendahari, Kuala Muda, Kedah bernama SHAMSURI BIN SALLEH. Mereka kemudiannya berkahwin pada tahun 1959. Selepas berkahwin, PUTEH mengikut suaminya berpindah ke Permatang Bendahari. Bagaimanapun SAADIN, anak lelakinya dengan suami yang terdahulu (yang ketika itu baru berusia 3 tahun) ditinggalkan dibawah jagaan ibunya CHE NAH di Kampong Bikan.

BERPINDAH KE PERMATANG BENDAHARI

5.          Di Permatang Bendahari PUTEH memulakan kehidupan baru bersama suaminya SHAMSURI. Pasangan ini mendirikan disebuah rumah diatas sebidang tanah yang letaknya hanya beberapa meter sahaja dibelakang pekan Permatang Bendahari. Pekan kecil Permatang Bendahari terletak dipinggir Sungai Muda dalam kawasan Seberang Perai Utara, dan hanya dipisahkan oleh Sungai Muda yang mengalir ditengahnya yang merupakan sempadan antara Seberang Perai Utara dengan daerah Kuala Muda, di Kedah. Rumah kecil yang berlantai dan berdindingkan papan serta beratapkan daun nipah itu menjadi tempat kediaman mereka untuk beberapa tahun seterusnya sehingga kelahiran beberapa orang anak bagi pasangan ini. Kedua suami isteri ini giat menjalankan kerja-kerja kampong sebagai punca rezeki waktu itu seperti menyemat atap nipah; menyiapkan tali kemenyar; serta berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual laksa dan sebagainya. Saya masih ingat sekitar tahun 1962, saya dibawa oleh arwah datuk saya LEBAI HUSSIN bersama 2 orang lagi cucunya menziarahi pasangan ini di Permatang Bendahari. Malangnya tidak banyak memori yang masih kekal diingatan kecuali tentang betapa seronoknya kami makan beramai-ramai dan tidor berhimpit-himpit diruang rumah yang sempit; serta mandi air perigi dalam suasana dingin pagi yang sejuknya mencengkam hingga ketulang. Apa tidaknya, secara kebetulan perigi yang digunakan terletak dipinggir hutan nipah yang beralur dan digenangi air. Siangnya kami juga dibawa menaikki sampan penambang dari Permatang Bendahari ke pekan Kota yang berada diseberang Sungai Muda (waktu itu belum ada jambatan lagi). Kami juga dibawa "makan angin" ke pekan kecil Kuala Muda dengan menaikki bas, dan berkelah dipantai putih bersih di daerah Penaga. Itu adalah secebis memori indah yang masih ada tentang masa itu.

Pasangan PUTEH dan SHAMSURI bergambar bersama NORIZAN BINTI SHAMSURI dan keluarga.
Bersama keluarga NORIZAN
6.            Tahun berlalu dan masa pun silih-berganti. Pasangan ini terus gigih meneruskan kehidupan walaupun diselubungi serba kekurangan dan keperitan. Pelbagai kerja dilakukan untuk menambah rezeki. Kehidupan bagaimanapun bertambah ceria dengan kehadiran beberapa orang anak yang menambahkan seri dan mengikat kasih-sayang mereka. Rumah yang dahulunya kecil dan sempit berjaya diperbesarkan sejajar pertambahan ahli keluarga. Segala pahit maung, keperitan hidup dan susah senang dikongsi bersama. Dan berkat kesabaran serta jerit perih yang dihadapi dengan tabah, keluarga ini akhirnya berjaya membesarkan anak-anak; menyekolahkan mereka; dan anak-anak berjaya membesar dan keluar sebagai manusia berjaya yang tidak lagi dibelenggui oleh kepompong kesempitan dan keperitan hidup.

7.          Kedua-dua pasangan PUTEH dan SHAMSURI masih ada dan terus menetap di Permatang Bendahari sehingga hari ini (sehingga posting ini ditulis). Bagaimanapun, mereka telah berpindah kesebuah rumah baru sekitar tahun 2006 yang berjaya dibina diatas sebidang tanah yang terletak kira-kira 1 km dari simpang-tiga Permatang Bendahari - Kuala Muda (menghala ke Penaga). Keujudan rumah baru ini, yang turut di bantu dan dibiayai pembinaannya oleh anak-anak menjadikan pasangan ini hidup lebih selesa untuk menjalani sisa-sisa hidup diusia tua.

8.         Hasil perkongsian hidup PUTEH dengan suaminya SHAMSURI, mereka dikurniakan dengan 4 orang anak; seorang lelaki dan 3 perempuan : NORIZAN; NORLIA; NORZAMRI dan NORAZLINA.

ANAK-ANAK PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN

8.1       Anak sulong PUTEH bernama SAADIN BIN ABDULLAH kekal dipelihara oleh neneknya CHE NAH dikampong Bikan, sehingga meningkat remaja, bersekolah, berkahwin, berkerjaya dan kini menetap di Alor Setar, Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran hingga Tingkatan 5 di Kulim. Selepas tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Teknoloji MARA (kini Uitm) di Shah Alam dibidang "Estate Management" dan kini bertugas dengan sebuah syarikat swasta di Alor Star. Beliau berkahwin dengan ZAITON BINTI HASHIM, yang merupakan anak perempuan kepada HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN (perkahwinan sepupu), dan kini menetap di Taman Bayu, Alor Setar. Pasangan ini dikurniakan dengan 4 orang anak terdiri dari 3 lelaki dan seorang perempuan: SYAFIRUL SYAFIQ; AIDIL AMRI; SARAH IZZATI dan AFNAN HAZIQ.

Gambar NORIZAN BINTI SHAMSURI
Gambar NORIZAN BINTI SHAMSURI
8.2          Anak kedua PUTEH, bernama NORIZAN BINTI SHAMSURI, merupakan juga anak sulong PUTEH dengan suaminya SHAMSURI. NORIZAN kini menetap di Melaka dan masih berkhidmat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bukit Katil, Melaka. Beliau bertemu jodoh dengan suami pertamanya bernama MD. RASUL BIN PUTEH pada tahun 1982, dan dikurniakan dengan 2 orang anak: seorang lelaki dan seorang perempuan : NORALIZA dan MOHD. IZAR. Bagaimanapun, jodohnya dengan pasangan pertamanya ini tidak kekal, dan mereka berpisah sekitar tahun 1989. MD. RASUL telah kembali kerahmatullah beberapa tahun selepas bercerai. NORIZAN kemudiannya berkahwin pula dengan HISYAM BIN ABDUL GHAFUR dalam tahun 1991, dan dengan pasangan kedua ini beliau dikurniakan 2 orang anak, kedua-duanya lelaki : MOHD. HAZIM dan MOHD. HARIZ.

8.3         Anak ketiga bernama NORLIA BINTI SHAMSURI, kini masih nertugas di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan suami bernama ALIAS yang juga merupakan kakitangan Syarikat Sime-Darby di Kuala Lumpur. Pasangan ini dikatakan kini menetap di Kota Emerald, Rawang, Selangor, dan dikurniakan seorang anak lelaki : MOHD. BAZLI.

8.4       Anak keempat bernama NORZAMRI BIN SHAMSURI, kini masih bertugas sebagai seorang pegawai polis di IPD Shah Alam, Selangor. Beliau berkahwin dengan MASTURA BINTI MOHAMAD yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan dan kini bertugas sebagai seorang guru. Pasangan ini kini menetap di Klang, Selangor, dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak: 3 lelaki dan seorang perempuan : MOHD. ZAKUAN; MOHD. ZARFAN; MOHD. ZAFRI dan MAS ZULAIKHA.

8.5       Anak bongsu PUTEH bernama NORAZLINA BINTI SHAMSURI, juga menetap di Selayang, Selangor. Beliau yang kini bertugas dengan sebuah syarikat swasta di Selangor, telah berkahwin dengan suami pertamanya bernama AZLAN dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan: NURUL ATIKAH. Bagaimana pun, pasangan ini telah bercerai, dan NORAZLINA kini bertemu jodoh buat kali keduanya dengan pasangan bernama MOHD. NASIR dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama ELIS ZAFIRA.

Sekian, wassallam.

Tuesday 28 October 2014

Siri 8 - Menyusuri Salasilah Keluarga Lebai Hussin bin Hj. Taib - Cerita HASHIM BIN LEBAI HUSSIN

Bahagian 8

HASHIM BIN LEBAI BUSSIN (1932 - 1953)

1.         Siri pengkisahan ini tidak akan lengkap rasanya jika saya tidak menceritakan secara rengkas mengenai riwayat hidup anak ketujuh LEBAI HUSSIN BIN HJ. TAIB dan CHE NAH BINTI HJ. DERAEH bernama HASHIM BIN LEBAI HUSSIN. Saya mengatakan rengkas kerana masa hayatnya terlalu pendek, iaitu beliau meninggal ketika umurnya baru sahaja menjangkau 21 tahun. Dan, tidak seperti biasa, catatan pengkisahan kali ini tidak ada iringan gambar, tidak ada carta salasilah keluarga kerana sewaktu meninggal dunia beliau masih bujang dan tidak meninggalkan sebarang waris.

KEHIDUPAN AWAL DI KAMPONG

2.          HASHIM BIN LEBAI HUSSIN dilahirkan di Kampong Bikan, Kulim, Kedah pada tahun 1932, merupakan anak pertama LEBAI HUSSIN dan CHE NAH yang dilahirkan di kampong Bikan. Beliau lebih dikenali sebagai Pakcik HASHIM atau Tokcik HASHIM dikalangan anak-anak dan cucu-cucu saudara. Mungkin ramai juga anak-anak dan cucu-cucu saudara yang lagnsung tidak mengenalinya, atau mengetahui keujudannya kerana waktu kematiannya telah lama berlalu. Beliau menjalani hidup dari zaman kanak-kanak sehingga meningkat remaja sebagai pemuda kampong dan banyak berkawan dengan rakan-rakan sebayanya dikampong. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Labu Besar sehingga Darjah 4, kemudian berhenti sekolah dan membantu ayah dan ibunya membuat kerja-kerja kampong bagi menambah rezeki keluarga. Diwaktu lapang, beliau gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan mengetah dan memikat burung; menjala dan memukat ikan disungai, dan mendenak atau memburu ayam hutan disekitar kawasan hutan berhampiran.

TABI'AT DAN PERWATAKANNYA

3.          Dari segi fizikal, beliau mempunyai tubuh yang agak kecil dan kurus, berkulit cerah dan menampakkan raut wajah yang seakan-akan sama abang-abangnya juga. Beliau gemar bercerita dan bergurau, terutama dengan abang-abang dan kakak-kakaknya, serta juga anak-anak saudara yang masih kecil waktu itu. Menurut cerita arwah ibu saya, beberapa hari sebelum kejadian yang meragut nyawanya, iaitu dalam bulan Februari 1953, beliau ada datang kerumah ibu saya (kakaknya) di Ladang Pelam. Waktu itu ibu saya tinggal dikuarters ladang tidak jauh dari pekan Malau. Tanpa disedari itu adalah kunjungannya buat kali terakhir. Saya masih bayi lagi waktu itu (baru berusia 10 bulan), sedangkan abang saya (Ibrahim) sudah pun berusia sekitar 4 tahun. Puas juga dia melayan kerenah Ibrahim yang amat nakal waktu itu, memanjat dibelakangnya serta menyuruh dia merangkak seperti kuda manakala Ibrahim memanjat dibelakangnya persis orang menunggang kuda. Berderai-derai ketawanya bila Ibrahim jatuh tergolek kelantai. Meriah dan mesra betul gelagat orang dua beranak itu.

4.           Kesempitan dan keperitan hidup keluarga LEBAI HUSSIN dan CHE NAH waktu itu amat menyentuh perasaan HASHIM. Sebagai anak muda dia berazam sejak kecil untuk memperbaikki nasib keluarga. Malah, beberapa kali dia memberitahu ayah dan ibunya yang dia berhasrat untuk membantu dan menyara kehidupan ayah dan ibunya selagi ada hayat mereka. Mengikut cerita arwah ibu saya juga, anak lelaki paling bongsu LEBAI HUSSIN ini memang agak manja dengan ibunya CHE NAH. Kerapkali beliau akan berbaring dipangkuan ibunya bila ada kesempatan walaupun setelah besar panjang. Pada suatu ketika, sewaktu umurnya baru mencecah belasan tahun, sewaktu duduk-duduk dan berbaring dipangkuan ibunya, beliau pernah berkata kepada ibunya (mungkin dalam nada bergurau). Dailog antara mereka saya nukilkan kembali disini :

CHE NAH : "Hang ni dah besaq panjang, tak mahu pi mana-mana ke cari kerja, HASHIM?"
HASHIM: (Dengan selamba) "Tak mau mak. Nak duduk rumah saja jaga mak & ayah....."
CHE NAH : "Habis, tak kan tak mahu cari kerja? Nanti macam mana nak sara anak-bini ?"
HASHIM : "HASHIM tak mahu kahwin ! "
CHE NAH : " Habis......tak mahu kerja, dan tak mahu kahwin, hang nak jadi apa HASHIM?"
HASHIM : "Tak jadi apa mak.......Saja nak duduk saja jaga mak & ayah. Mak tengoklah nanti !. HASHIM akan tetap menyara mak & ayah selagi ada umur mak dan ayah didunia ini......."

5.           Dan, benarlah seperti apa yang dijanji. Selepas kematiannya, kehidupan LEBAI HUSSIN dan CHE NAH agak sedikit terbela dengan adanya bayaran saguhati dan pampasan secara bulanan yang dibayar oleh Kerajaan British pada waktu itu terhadap waris-waris mangsa kekejaman komunis, walau pun jumlahnya tidaklah besar.

TRAGEDI BERDARAH FEBRUARI 1953

6.           Sejak tahun 1948 lagi, ancaman pengganas komunis kian meningkat. Hampit saban hari ada saja berita mengenai serangan pengganas komunis berlaku dimana saja. Mereka menyerang dan merosakkan lombong-lombong bijih; estet-estet, bangunan-bangunan kerajaan termasuk balai-polis, jalan keretaoi dan lain-lain lagi. Hasrat mereka hanya satu, ingin melumpuhkan keseluruhan pentadbiran dan ekonomi negara waktu itu. Kejadian tembak menembak dan pembunuhan anggota keselamatan dan juga orang awam juga sering berlaku disana sini dan hampir setiap hari.

7.           Di kampong Bikan juga keadaan tidak terkecuali. Pihak Kerajaan juga telah mengeluarkan arahan agar orang-orang kampong lebih berhati-hati dan tidak memasukki kawasan hutan secara sesuka hati. Pihak komunis diberitakan amat khuatir dengan tindakan beberapa perisik Kerajaan yang menyamar sebagai petani, penoreh, peladang dan pemburu memasukki kawasan hutan bagi mendapatkan maklumat sulit mengenai pergerakan mereka. Pihak komunis juga menganggap pihak ini sebagai musuh dan ancaman besar terhadap perjuangan mereka. Mana-mana orang yang dilihat memasukki kawasan hutan dan tidak diketahui tujuan yang jelas, akan dipandang dengan penuh rasa curiga.

8.        Bagaimana pun bagi HASHIM dan beberapa rakannya, arahan dan amaran pihak Kerajaan itu sedikit pun tidak diendahkan. Apatah lagi kawasan hutan disekitar Kampong Bikan adalah kawasan mereka. Mereka telah biasa dengannya. Malah mereka sudah bertahun-tahun keluar masuk hutan tersebut tanpa ada sebarang masalah. Akhirnya pada suatu pagi yang hening dalam bulan Februari 1953, HASHIM bersama 3 orang lagi rakannya bernama ABU, WAHAB, dan seorang lagi (yang saya tak ingat namanya) telah memasukki kawasan hutan Sungai Merbuk (dikenali juga sebagai Bukit Ha) yang terletak dipinggir Kampong Bikan dengan tujuan berburu ayam hutan. Mereka tidak membawa sebarang senjata kecuali beberapa bilah parang dan pisau kecil (buat sembelih ayam), sangkar ayam denak dan sedikit makanan. Hari masih pagi lagi sewaktu mereka melangkah masuk kehutan. Bagaimanapun, kira-kira jam 11 pagi, sewaktu menuruni sebuah bukit, terdengar beberapa das tembakan dari kawasan berhampiran, dan WAHAB yang kebetulan sedang berada didepan sekali ketika itu tiba-tiba jatuh tersungkur ketanah dengan darah membuak-buak keluar dari perutnya. Melihat keadaan cemas itu yang lain terus melompat melarikan diri. Sewaktu melarikan diri inilah HASHIM yang berada agak terkebelakang terkena tembakan dibahagian dada. Dia jatuh berhampiran sebuah tunggul banir. Walaupun tercedera didada, dengan seribu kepayahan dia berusaha untuk mengensot dan merangkak untuk bersembunyi dibalik sebatang pokok yang tumbang. Sedangkan 2 orang lagi rakan mereka terus melarikan diri tanpa menoleh kebelakang lagi dan pulang kekampong. Mungkin disebabkan terlalu terkejut diatas kejadian yang berlaku, dan ketakutan yang amat sangat, kedua-dua rakan itu terus pulang kerumah tanpa memberitahu sesiapa pun tentang kejadian itu.

9.            Hanya sekitar jam 4 petang barulah kejadian itu diketahui oleh orang-orang kampong. Apa lagi heboh dan riuh rendahlah sekampong. Tabuh dan gendang dimasjid pun dipukul bertalu-talu memberitahu seluruh kampong tentang kejadian yang berlaku. Hanya selepas waktu asar barulah sekumpulan orang-orang kampong ditemani beberapa anggota polis dari Sg. Kob dan Kulim masuk kehutan untuk mencari mayat. Mayat WAHAB dijumpai tergelimpang ditempat dimana dia terkena tembakan, manakala mayat HASHIM dijumpai beberapa meter dari tempat itu tersorok dibelakang sebatang pohon yang tumbang. Terdapat kesan-kesan titisan darah ditanah menunjukkan yang HASHIM masih berusaha merangkak dan menyembunyikan diri walaupun setelah terkena tembakan.

10.           Hampir waktu magrib barulah terak polis yang membawa mayat-mayat itu sampai di simpang empat Kampong Bikan dimana orang ramai, termasuk kaum keluarga dan saudara-mara berkumpul dan menunggu. CHE NAH seperti orang yang hilang akal meraung dan meronta-ronta dengan memanjat belakang terak polis bagi melihat mayat anaknya yang terbujur kaku. Seorang anak lelakinya pula iaitu ISMAIL siap berlari pulang mengasah parang dan ingin masuk kehutan pada petang itu juga bagi mencari saki-baki pengganas yang menembak adiknya itu. Mereka bagaimana pun berjaya ditenteramkan oleh orang kampong yang berada disitu. Kedua-dua jenazah kemudiannya dibawa ke hospital Kulim untuk 'post-mortem' dan hampir larut malam baru ianya dikembalikan untuk dikafankan, disembahyang dan dikebumikan ditanah perkuburan Masjid Kampong Bikan.

KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIANNYA

11.          Walaupun diselubungi duka yang teramat selepas kematian HASHIM, keluarga LEBAI HUSSIN dan CHE NAH meneruskan kehidupan seperti biasa selepas kematiannya. Wang pampasan dan saguhati yang diterima setiap bulan dari pihak Kerajaan menjadi sedikit penawar kepada duka yang dihadapi. Bayaran ini terus diterima oleh LEBAI HUSSIN sepanjang hayatnya, dan disambung pula oleh isterinya CHE NAH sepanjang hayatnya, selepas LEBAI HUSSIN meninggal dunia.

12.          Walaupun kematiannya HASHIM bukan sebagai seorang perwira atau anggota keselamatan yang berjuang menentang kekejaman komunis, namun dipihak kerajaan British beliau tetap dianggap sebagai wira dan mangsa kekejaman komunis. Jika hari ini anda ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD), Kulim, anda akan dapat melihat namanya terukir bersama-sama senarai anggota keselamatan lain yang gugur didaerah Kulim sewaktu menentang komunis sekitar zaman dharurat (maklumat ehsan dari adinda saya BAHARON HASHIM).

Sambungan di Siri 9 (Siri Akhir) - SALASILAH KELUARGA PUTEH BINTI LEBAI HUSSIN

Siri 7 - Menyusuri Salasilah Keluarga Lebai Hussin bin Hj. Taib - Keluarga ABDULLAH BIN LEBAI HUSSIN

Siri 7

 ABDULLAH BIN LEBAI HUSSIN  (1928  -  2013)
..
Anak keenam LEBAI HUSSIN BIN HJ. TAIB dan CHE NAH BINTI  HJ. DERAEH bernama ABDULLAH BIN LEBAI HUSSIN, atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Teh LAH atau Tok Teh LAH dikalangan anak-anak saudara/cucu-cucu saudara, serta saudara-mara. Beliau amat dikenali atas sifat kemesraan dan keperihatinan yang sering ditunjukkan, terutama terhadap anak-anak saudara, apatah lagi beliau merupakan satu-satunya anak LEBAI HUSSIN yang berpendapatan tetap dan bekerja dengan Kerajaan sejak zaman mudanya. Jadi, kepada beliaulah saudara-mara akan bergantung harap jika memerlukan bantuan, terutama bantuan kewangan jika menghadapi sesuatu masalah.  Beliau lahir pada tahun 1928 di Yan, Kedah, dan merupakan anak LEBAI HUSSIN yang paling akhir sekali dilahirkan disana. Malah sewaktu keluarga ini berpindah ke Serdang, Kedah dan kemudian ke Kampong Bikan, beliau dikatakan masih bayi lagi (baru merangkak) dan ketika sampai di Kampong Bikan, beliau baru sahaja berusia sekitar 3 tahun.

KEHIDUPAN AWAL & PERWATAKAN

1.         ABDULLAH adalah juga diantara anak-anak LEBAI HUSSIN yang banyak mewarisi sifat-sifat ayahnya dari segi raut wajah, tingkah laku dan cara pertuturan. Beliau memilikki tubuh yang tegap, tinggi dan berkulit cerah, serta berambut sedikit kerinting terutama dizaman mudanya. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Labu Besar, (waktu itu belum sekolah kebangsaan lagi) sehingga Darjah 4. Selepas habis sekolah, beliau membantu ayah dan ibunya membuat kerja-kerja kampong seperti bercucuk-tanam dan bersawah padi. Beliau juga pernah membuat pelbagai kerja kampong demi membantu ayah dan ibunya mencari rezeki.  Saya masih terkenang hingga hari ini cerita beliau kepada saya tentang keperitan dan kesulitan hidup yang beliau alami sewaktu zaman remajanya, iaitu sekitar tahun-tahun 30an dan sehingga zaman kependudukan Jepun. Beliau pernah bersama abang-abangnya mengambil upah memotong tebu, dan mencabut ubi kayu bagi diisi kedalam kereta lembu untuk dibawa ke pekan Labu Besar.

MEMASUKKI PERKHIDMATAN POLIS

2.          Bagaimana pun nasib mengubah kehidupannya apabila diterima memasukki perkhidmatan polis sebagai seorang anggota polis berpangkat konstabel (atau Mata-Mata seperti yang dikenali pada masa itu), ketika berusia 21 tahun. Beliau dikatakan mencuba nasib dalam suatu pemilihan di Balai Polis, Kulim bersama seorang lagi abangnya iaitu ISMAIL BIN LEBAI HUSSIN.  ISMAIL bagaimana pun gagal dalam pemilihan tersebut. Beliau mula menjalani latihan sebagai anggota Polis di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Jalan Semarak) sekitar awal 1949. Semenjak tarikh tersebut bermulalah kerjaya dan kehidupan nya sebagai anggota polis. Selepas tamat latihan kepolisian di Kuala Lumpur, beliau dihantar bertugas buat pertama kalinya ke Muar, Johor. Selain bertugas di Balai Polis Muar, beliau juga pernah dihantar bertugas dibeberapa balai polis dalam daerah Muar seperti Pagoh, Lenga dan Bukit Kepong. Malah sewaktu insiden serangan pengganas komunis keatas Balai Polis Bukit Kepong yang berlaku pada bulan Februari 1950, beliau dikatakan pada awalnya dijadualkan bertugas dibalai tersebut, tetapi pada saat-saat akhir seorang rakannya meminta untuk menggantikan tempatnya di Bukit Kepong. Dan ketika serangan itu berlaku, rakan beliau itu turut terkorban dalam serangan dan trajedi berdarah itu.

PERKAHWINAN

3.          ABDULLAH berkahwin ketika masih bertugas di Johor, iaitu sekitar tahun 1952. Pasangannya ialah seorang gadis pilihan keluarga yang berasal dari Sungai Limau, Lunas, Kedah bernama CHE YAH. Dan dengan CHE YAH perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat, dan dikurniakan dengan 9 orang anak.

KEHIDUPAN SEBAGAI ANGGOTA POLIS

Gambar sebahagian anak-anak ABDULLAH BIN LEBAI HUSSIN (gambar lama). 2 orang darinya telah meninggal dunia. Dari kiri: ROSNI; berdiri dibelakang MOHD YUSOF ABDULLAH (arwah); dan paling kanan ROSLAN BIN ABDULLAH (arwah), dan duduk diatas kerusi saya tak pasti.......(siapa-siapa tolong bagi pencerahan?)
Anak-anak ABDULLAH semasa kecil
4.           Hampir 6 tahun ABDULLAH bertugas di Daerah Muar, dan akhirnya pada awal tahun 1956, berkat doa ayahandanya LEBAI HUSSIN yang tidak mahu anaknya itu bertugas terlalu lama jauh dirantau orang, beliau ditukarkan kembali ke kampong halamannya di Kulim Kedah. Selain di Balai Polis Kulim, beliau juga pernah dihantar bertugas di beberapa balai polis lain dalam daerah Kulim, antaranya di Junjong dan Sungai Kob. Pada tahun 1962 ABDULLAH ditukarkan pula ke Singapura (Comonweath Drive, Singapura), dan selepas berada disana lebihkurang 3 tahun, dan selepas Singapura terpisah dari Malaysia pada tahun 1965, beliau ditukarkan balik ke semenanjung dan bertugas di Ipoh Perak. Tahun 1969 menyaksikan beliau ditukarkan kembali ke Kulim, Kedah, sekali lagi beliau ditugaskan dibeberapa buah Balai Polis di daerah Kulim, antaranya Padang Serai, Serdang dan Labu Besar. dan disini beliau mengakhiri perkhidmatannya pada tahun 1983 setelah mencapai umur persaraan 55 tahun.

Gambar terakhir penulis bersama ABDULLAH BIN LEBAI HUSSIN sewaktu penulis menziarahinya dirumahnya di Kpg. Bikan, Kulim, Kedah beberapa hari selepas Hari Raya Puasa tahun 2012.
Gambar terakhir ABDULLAH bersama penulis
5.           Selepas bersara dari pasukan Polis, beliau menetap di Kampong Bikan, diatas sebidang tanah yang terletak bersebelahan rumah arwah bapanya dahulu yang dibeli sewaktu masih dalam perkhidmatan lagi. Beliau yang pernah mengerjakan fardhu Haji ke Mekkah bersama isterinya banyak menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai persara Kerajaan dikampong halamannya, Kampong Bikan. Selepas tahun 2000 kesihatannya telah mula terganggu, dan beliau kembali kerahmatullah pada usia 85 tahun pada bulan Disember 2013.   Isterinya CHE YAH, walau bagaimana pun masih ada dan masih menetap ditempat yang sama dalam usia yang sudah lanjut.

ANAK-ANAK ABDULLAH BIN LEBAI HUSSIN


6.           Menerusi perkahwinannya dengan CHE YAH, beliau dikeurniakan dengan 9 orang anak, iaitu 5 lelaki dan 4 perempuan. Malangnya, dari jumlah 9 orang anak yang lahir, hanya 4 orang sahaja yang masih kekal sehingga hari ini. Manakala yang lainnya telah pergi dahulu menemui Illahi, sama ada meninggal sewaktu dilahirkan, atau meninggal sewaktu zaman kanak-kanak & remaja. Malah ABDULLAH BIN LEBAI HUSSIN adalah satu-satunya anak LEBAI HUSSIN yang mempunyai anak yang paling ramai meninggal dunia sewaktu kecil -  iaitu seramai 5 orang.

7.         Senarai anak-anaknya beliau adalah seperti berikut :

Keluarga besar ABD. MANAF ABDULLAH dan isteri ASBAH YUSOF.
Keluarga ABD. MANAF
7.1       ABDUL MANAF BIN ABDULLAH, merupakan anak sulong beliau, lahir pada tahun 1953, pernah bersekolah di pelbagai tempat (sewaktu mengikuti bapanya berpindah) dan paling terakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, sehingga Tingkatan 5. Pernah bertugas sebagai Juruteknik dengan Jabatan Kerjaraya dan terlibat dalam projek pembinaan Lebuhraya Timur-Barat Antara Gerik dan Jeli, Kelantan, dan ditempatkan di Gerik, Perak. Selepas tamat pembinaan beliau ditempatkan pula di Pulau Pinang. Berkahwin dengan ASBAH YUSOF yang bersal dari Johor dan keluarga ini kini menetap di Kulim, Kedah setelah ABD MANAF bersara dari perkhidmatan kira-kira 3 tahun yang lalu. Anak-anak mereka seramai 5 orang, terdiri dari 2 lelaki dan 3 perempuan : HAFIMAS; HAFIZAN; NORHAFINA; NORHAFI ALIA; dan NORHAFI SYAHMI.

7.2         Anak kedua & ketiga pasangan ABDULLAH dan CHE YAH merupakan pasangan yang dilahirkan kembar iaitu ABDUL LATIF dan ABDUL RASHID lahir sekitar tahun 1954. Bagaimana pun usia kedua-duanya tidak lama dan meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

7.3         Anak keempat UMI KALTHUM BINTI ABDULLAH, lahir pada tahun 1955, dan pernah merantau dan bersekolah dimerata tempat mengikut ayahnya; dan kini menetap di Kulim, Kedah. Beliau yang bertugas sebagai Jururawat di Kementerian Kesihatan berkahwin dengan seorang pemuda dari Kpg. Padang Ubi  KAMARUDDIN @ ISMAIL dan dikurniakan dengan 7 orang anak, 5 lelaki dan 2 perempuan :  KHAIRUL NIZAM; NURUL HASNIZA; NURUL HASNITA; KHAIRUL ANUAR; KHAIRUL AMRI; KHAIRUL IZHAM dan KHAIRUL IKHWAN.

7.4          Anak kelima bernama NUR HASHIMAH BINTI ABDULLAH, meninggal sewaktu masih kanak-kanak.

7.5          Anak keenam MOHD YUSOF BIN ABDULLAH (yang lebih mesra dengan panggilan "Atan"), lahir dan dibesarkan di Kulim. Beliau telah pun memasukki alam persekolahan di Kulim, bagaimana pun usianya tidak panjang dan beliau meninggal pada usia sekitar 10 tahun.

7.6         Anak ketujuh ROSNI BINTI ABDULLAH, kini menetap di Gelugor, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan seorang pemuda dari Kampong Bikan bernama OMAR yang kini bertugas di Jabatan Laut Semenanjung, bertempat di Pulau Pinang. Pasangan ini dikurniakan 4 orang anak; 2 lelaki dan 2 perempuan : SYAFWAN; SAZWAN; SAZLINA dan SAZRINA..

7.7         Anak kelapan ROSLAN BIN ABDULLAH juga meninggal sewaktu masih kanak-kanak.

7.8         Anak bongsu & kesembilan bernama NURJALILLAH BINTI ABDULLAH kini menetap di Bukit Mahkota, Bangi, Selangor. Beliau yang berpendidikan dari Uitm Shah Alam berkahwin dengan ZAIDI yang berasal dari Perlis.. Kini suri-rumah sepenuh masa dan dikurniakan dengan 4 orang anak; kesemuanya lelaki : ANIQ FARHAN; ANIQ ZAKWAN; ANIQ AKMAL dan ANIQ NURHAZIN.

Friday 24 October 2014

Siri 6 - Menyusuri Salasilah Keluarga Lebai Hussin bin Hj. Taib - Keluarga HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN

Siri 6
SALASILAH KELUARGA HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN

Di siri keenam ini saya akan memperkatakan sedikit sebanyak mengenai salasilah keturunan HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN. Jika dalam Bahagian 5 dulu saya begitu tercabar menulis perihal sesaorang yang tidak pernah saya temui dan lihat dalam hidup saya, tetapi minggu ini saya akan menulis mengenai sesaorang yang amat hampir dengan kehidupan saya. Tahu tentang latarbelakang kehidupannya; sifat dan keperibadiannya; serta segala keluh-kesah dan tawa-ria dalam kehidupannya yang pernah saya kongsi bersama. Apa tidaknya!. Beliau adalah ibu saya sendiri, iaitu Allahyarhamah HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN.....

HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN  (1922  -  2005)

Allahyarhamah HALIJAH BITI LEBAI HUSSIN   -    Alfatehah !
Gambar HALIJAH
1.        HALIJAH adalah anak kelima pasangan LEBAI HUSSIN BIN HJ. TAIB dan CHE NAH BINTI HJ. DERAEH, dan juga merupakan anak perempuan kedua pasangan ini selepas RAMLAH. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Makndak atau Tokndak LIJAH dalam keluarga, dilahirkan di Yan, Kedah, sekitar tahun 1922. Dalam usia yang masih kecil (ketika berusia sekitar 7 tahun) telah turut merantau bersama keluarganya sehingga ke Kampong Bikan, dimana beliau telah dibesarkan. Sepertimana anak-anak gadis lain, sejak zaman remajanya lagi beliau sibuk membantu ibu dan ayahnya mengurus rumah-tangga, membantu ibunya didapur dan bermain bersama kawan-kawan sebaya. Beliau juga turut terlibat membantu ayah-ibu mengerjakan sawah dan bercucuk tanam dan pernah mengalami gelora hidup pahit getir sebagai anak kampong yang hidup tanpa kemewahan memandang ayah dan ibu hanya menjalankan kerja-kerja biasa dikampong. Beliau tidak berpeluang bersekolah secara formal, dan pelajaran asasi yang diterima hanyalah dari tunjukajar dan bimbangan kedua-dua orang tuanya saja dikampong.

2.        Tetapi antara ilmu yang paling beliau menonjol ialah memilikki bakat ayah dan ibunya mengajar Alquran. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi beliau turut serta membantu ayah dan ibu yang berugas mengajar Alquran kepada anak-anak jiran sekampong. Dan bakat ini telah beliau warisi sehingga ke zaman tuanya. Tidak hairanlah sehingga selepas berumah tangga pun, beliau masih giat mengajar Alquran kepada anak-anak jiran sehinggalah usia tua apabila daya dan kudratnya untuk mengajar sudah tiada lagi. Saya masih ingat lagi sewaktu zaman mudanya, beliau boleh menegur bacaan yang salah walaupun tengah memasak didapur atau sedang membuat kerja lain. Begitu tajam sekali pendengaran dan tumpuannya apabila mendengar pembacaan Alquran.

PERKAHWINAN PERTAMA

3.         HALIJAH bertemu jodoh ketika berusia 18 tahun dengan seorang pemuda berasal dari Kampong Jangkang, Kulim, Kedah bernama MOHD. NOH. Selepas berkahwin beliau mengikut suaminya berpindah ke Alor Star dan menetap disana. Dengan MOHD NOH beliau dianugerahi seorang anak perempuan bernama SITI MARIAM (atau dikalangan keluarga lebih dikenali sebagai CHE KAH). Malangnya perkahwinan pertamanya tidak bertahan lama. Rumah tangga mereka diserang ribut badai selepas bertahan hanya lebihkurang 3 tahun.  Suaminya dikatakan terlibat dalam suatu kesalahan jenayah dan ditahan oleh pihak Polis.  Hancur-luluh perasaan si isteri ketika menghadapi saat genting itu.  Akhirnya, pasangan ini bercerai, dan HALIJAH pulang kepangkuan ayah dan ibunya di Kpg. Bikan dalam suasana yang hiba dan sayu bersama anak perempuan yang ketika itu baru berusia sekitar 5 tahun.

4.         Hampir 1 tahun selepas pulang kekampong, nasib keluarga beliau kini dirundung malang sekali lagi. Kakaknya RAMLAH pula kembali kerahmatullah ketika melahirkan anak yang ketiga, diikuti beberapa hari kemudian oleh anak yang baru dilahirkan. Bertimpa-timpa nasib malang yang datang. Kesedihan hati HALIJAH bagaimanapun sedikit terubat kerana RAMLAH ada meninggalkan seorang anak perempuan, i.e ROKIAH @ ROKIYAH yang ketika itu berusia hampir sebaya dengan usia anaknya SITI MARIAM. Kedua-dua anak kecil ini amat mesra sekali bermain bersama, makan bersama malah tidur pun bersama. Keletah kedua-dua anak menjadi pengubat jiwa laranya.

PERKAHWINAN KALI KEDUA

Gambar sewaktu zaman muda  -  HALIJAH bersama suami HASHIM ABDULLAH.  Anak-anak mereka mengikut nombor : 1. ROKIAH @ ROKIYAH, 2.  SITI MARIAM @ CHE KAH,  3.  IBRAHIM,  4  MOHD SALLEH,   5.  TAMARUN    6.  ZAITON,   7.  BAHARON    8.   AYOB
Gambar HALIJAH bersama suami dan anak-anaknya
5.          Atas saranan kedua ibu-bapanya, dan dipersetujui oleh abang iparnya HASHIM yang baru kematian isteri, HALIJAH akhirnya akur dengan ketentuan Illahi dan kehendak kedua orang tuanya yang mahukan beliau berkahwin dengan bekas abang-iparnya itu, demi menyelamatkan 2 keluarga yang sedang kucar-kacir waktu itu. Dengan rela hati HALIJAH menerima bekas abang-iparnya HASHIM sebagai suami, atau dalam ertikata yang lain beliau sanggup "bersalin tikar" menggantikan kakaknya yang telah kembali kerahmatullah meninggalkan suami dan seorang anak yang amat memerlukan kasih-sayang dari seorang isteri dan seorang ibu. Suatu majlis rengkas diadakan dirumah LEBAI HUSSIN begi menyatukan pasangan ini, dan ini berlaku pada penghujung tahun 1947.

6.         Selepas berkahwin, HALIJAH bersama suaminya HASHIM memulakan hidup baru. Si suami telah meninggalkan kerja lamanya memugar tanah dan berhuma dihutan, dan memohon untuk bekerja sebagai penoreh getah di Ladang Bagan Sena. Pasangan ini kemudiannya berpindah untuk tinggal di 'quarters' yang disediakan oleh pihak ladang. Bagimanapun, pada tahun 1950 dengan pengisytiharan dharurat oleh Kerajaan British bagi menentang ancaman komunis yang memuncak pada waktu itu, si suami berjaya dipilih untuk memasukki perkhidmatan sebagai Special Constable (SC) di Ladang Pelam, Baling, Kedah bersama beberapa orang lagi anak LEBAI HUSSIN. Sekali lagi pasangan ini berpindah. Kali ini menetap di "quarters" Ladang Pelam, dimana HALIJAH meneruskan kerjanya sebagai penoreh getah diladang tersebut, manakala suaminya bertugas sebagai polis-khas ditempat yang sama.

7.          Tahun 1954 dengan berkurangnya ancaman pengganas komunis, ramai anggota SC diberhentikan.
Pasangan ini antara yang terlibat dalam pemberhentian kerja beramai-ramai ini. Bebekalkan sedikit saguhati yang diperolehi, mereka kemudiannya pulang kekampong dan mendirikan sebuah pondok di atas sebidang tanah terletak di Kampong Padang Ubi, Labu Besar. Dari sebuah pondok kecil berdindingkan buloh, berlantaikan batang pinang dan beratap rumbia, pasangan ini berusaha mendirikan sebuah rumah yang lebih selesa demi untuk kehidupan masa depan dan anak-anak yang kian bertambah.
8.        Tahun 1955 cita-cita tersebut berhasil berkat doa dan kerjasama LEBAI HUSSIN sendiri yang membantu mendirikan sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka. Sejak itu bermulalah era pasangan ini menetap di Kampong Padang Ubi sehinggalah keakhir hayat mereka. Pelbagai pekerjaan dilakukan oleh HALIJAH bersama suaminya untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak, antaranya bercucuk-tanam, bersawah padi, menoreh getah, membuka kedai runcit, berjual-jualan secara kecilan, dan menguruskan kantin sekolah.  Banyak pahit maung, perit getir serta liku-liku suka-duka dilalui oleh pasangan ini dalam membesarkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak. Akhirnya cita-cita mereka tercapai untuk melihat anak-anak keluar seorang demi seorang dari kepompong kemiskinan hidup dan menjalani kehidupan sendiri yang lebih selesa dan bermakna.

9.         Pasangan HALIJAH dan HASHIM ini berjaya menyahut seruan ketanah suci pada tahun 1982.  Sekembalinya dari menunaikan haji,  suaminya HASHIM sudah tidak beapa sihat dan kembali kerahmatullah pada tahun 1987, manakala HALIJAH menyusul kemudian pada tahun 2005.

ANAK-ANAK HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN

HALIJAH bergambar bersama anak-anaknya (Tahun 1971)
Pengenalan: dari kiri Zaiton; Ayob, duduk dikerusi : Halijah dan berdiri disebelahnya Baharon. Berdiri dibelakang Ibrahim dan paling kanan Tamarun.  Tiada dalam gambar: Mohd Salleh.
HALIJAH bersama sebahagian anak-anaknya (1971)
10.         Menerusi perkahwinannya yang pertama, HALIJAH memperolehi seorang anak perempuan bernama SITI MARIAM BINTI MOHD NOH.   SITI MARIAM (a.k.a CHE KAH) berkahwin dengan seorang pemuda yang ada pertalian keluarga di sebelah bapa-tirinya HASHIM bernama MOHD SAAD BIN ABDUL RAHMAN, berasal dari Kampong Jangkang, Kulim, Kedah. Beliau menetap di Kampong Jangkang sepanjang hayatnya. Anak-anaknya seramai 7 orang, terdiri dari 3 lelaki dan 4 perempuan : SOFIAH; SHUIB; SHAARI; SAODAH; ZAKARIA; HAFIZAH dan HASNAH

11.        Manakala menerusi perkahwinan keduanya pula, HALIJAH memperolehi 6 orang anak, 5 lelaki dan seorang perempuan : IBRAHIM; MOHD SALLEH; TAMARUN; ZAITON; BAHARON dan MOHD AYOB.

11.1      Anak pertama IBRAHIM BIN HASHIM lahir pada tahun 1949, bersekolah menengah hingga Tingkatan 5 di Kulim; kemudian memasukki perkhidmatan Polis dan menjawat hingga kejawatan Penguasa Polis, dan kini telah pun bersara dan menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Beliau berkahwin dengan FUZIAH BINTI ABDULLAH yang berasal dari Johor Bharu, Johor dan telah di kurniakan 4 orang anak; 2 lelaki dan 2 perempuan : AZARIL ASWAD; AZARUL AZAD; AIZAN AZARINA dan AIZAN AZURA.

11.2       Anak kedua MOHD SALLEH BIN HASHIM, lahir pada tahun 1952, bersekolah menengah di Kulim hingga Tingkatan 5, dan kemudian menyambung pelajaran secara bersendirian di Uitm (ITM waktu itu) dalam bidang Pengajian Pengangkutan. Bertugas di Pelabuhan Klang dan kinI sudah bersara dari perkhidmatan, dan jawatan terakhir sebagai Pengurus Sumber Manusia, di Pelabuhan Klang. Beliau yang kini menetap di Rawang, Selangor telah berkahwin dengan FARIDAH BINTI HJ. MD. NOR yang berasal dari Kilang Lama, Kulim dan dikurniakan dengan 6 orang anak; 4 lelaki dan 2 perempuan : MOHD AFFENDI; MOHD FARUL; MOHD IZWAN; MOHD SHAHRIL; NURAZREEN dan NURSYAFIKAH.

Gambar SITI MARIAM @ CHE KAH
SITI MARIAM @ Che" Kah
11.3        Anak ketiga TAMARUN BIN HASHIM, lahir pada tahun 1955, bersekolah hingga Tingkatan 5 di Kulim, kini masih bertugas sebagai Merinyu Kapal Kanan dengan Jabatan Laut Semenanjung di Pelabuhan Kelang. Berkahwin dengan ROHANI BINTI ISMAIL yang berasal dari Bukit Mertajam, Seberang Perai, dan telah dikurniakan dengan 5 orang anak, 2 lelaki dan 3 perempuan : ALIA; YATI; HAKIM; BARIQ dan ATIKAH.

11.4         Anak keempat ZAITON BINTI HASHIM, lahir pada tahun 1959, bersekolah hingga Tingkatan 5 di Kulim, kini suri-rumah sepenuh masa dan menetap di Alor Setar, Kedah. Berkahwin dengan SAADIN BIN ABDULLAH (yang juga mempunyai pertalian keluarga - sepupu), dan kini dikurniakan 4 orang anak; 3 lelaki dan seorang perempuan : SYAFIRUL; AIDIL; IZZATI dan AFNAN.

11.5         Anak kelima BAHARON BIN HASHIM, lahir pada tahun 1961, bersekolah hingga Tingkatan 5 di Kulim sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (kini UPSI), Tg. Malim. Kini masih bertugas sebagai seorang guru di Sek. Men. Labu Besar, Kulim, Kedah. Berkahwin dengan LATIFAH BINTI ZAKARIA (yang juga seorang guru) berasal dari Kemaman, Terengganu, dan kini menetap di Kampong Padang Ubi, Labu, Besar, Kulim, Kedah. Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak terdiri dari 5 lelaki dan seorang perempuan : ANAS; ZUBAIR; AMMAR; MUSLIM; ILI HANANI dan AMIN YASIR

11.6         Anak bongsu dan keenam bernama MOHD AYOB BIN HASHIM, lahir pada tahun 1965 dan telah kembali kerahmatullah pada tahun 1991 dalam usia 25 tahun dan masih bujang.

Bersambung di Siri 7  -  SALASILAH KELUARGA ABDULLAH BIN LEBAI HUSSIN
Carta salasilah keluarga HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN
Carta keluarga

Thursday 23 October 2014

Siri 5 - Menyusuri Salasilah Keluarga Lebai Hussin bin Hj. Taib - Keluarga RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN

Siri  5

SALASILAH KELUARGA RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN

Siri kelima pengkisahan keluarga ini akan memperkatakan mengenai RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN, iaitu anak perempuan sulong (dan juga anak ke-4) dari pasangan LEBAI HUSSIN BIN HJ. TAIB dan CHE NAH BINTI HJ. DERAEH. Dikalangan saudara-mara dan anak-cucu-cicit, beliau jarang dikenali. Mungkin juga hanya sebagai 'arwah Maknjang RAMLAH', atau 'Toknjang RAMLAH'. Beliau amat sedikit sekali diketahui mengenai latar-belakang dan susur-galur perjalanan hidupnya. Ini ialah kerana usianya yang terlalu singkat dan beliau meninggal dunia pada usia yang masih muda.....

RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN (1920  -  1947)

1.     Sebagai penulis dan pengkisah sejarah keluarga, saya sebenarnya merasa inilah bahagian yang paling mencabar dalam penulisan saya. Bukannya apa, kerana saya perlu menulis tentang sesaorang yang tidak pernah langsung saya lihat atau bertemu muka.  Cerita mengenainya hanya tercatat dalam memori saya sahaja berdasarkan cerita-cerita dari arwah ibu saya, dan beberapa orang saudara-mara yang lain. Apa tidaknya, beliau meninggal lama sebelum saya dilahirkan kedunia .....

ZAMAN REMAJA DAN PERKAHWINANNYA

Pasangan romantis ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM dan SHARI BIN ABDULLAH bergambar sewaktu zaman muda, selepas majlis perkahwinan 1957
Pasangan ROKIAH dan SHARI (1957)
2.       RAMLAH dikatakan lahir sekitar tahun 1920 di Yan, Kedah dan seperti abang-abangnya yang lain turut merantau bersama ayah dan ibunya ke Serdang, Kedah dan kemudian ke Kampong Bikan. Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupannya sewaktu zaman kanak-kanak dan sehingga meningkat remaja. Apa yang pasti beliau hidup sebagai seorang gadis biasa dikampong, dan sebagai gadis pingitan anak kepada guru mengajar Alquran dikampong.  Beliau dikatakan memilikki raut wajah yang agak menarik; serta berkulit kuning langsat serta dengan tutur kata yang lembut. Jelas sekali beliau mewarisi banyak kelebihan dan rupa paras dari ibunya sendiri CHE NAH sewaktu zaman mudanya.  Setiap hari beliau akan membantu ayah dan ibu menguruskan rakan-rakan serta anak-anak jiran sekampong yang datang belajar mengaji dirumahnya. Pada masa lapang pula, seperti anak-anak gadis lain seusianya beliau akan sibuk bermain dengan rakan-rakan sebaya; selain membantu ibunya memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah. Menjadi amalan mesyarakat ketika itu dimana anak-anak perempuan tidak begitu digalakkan belajar disekolah.   Jadi hiduplah beliau tanpa menerima apa-apa pendidikan formal disekolah. Dan pelajaran atau pendidkan yang diterima hanyalah melalui asuhan dan tunjuk-ajar dari kedua-dua orang tuanya sahaja. Ketika melewati usia 21 tahun, beliau bertemu jodoh dengan seorang pemuda asing yang bukan berasal dari Kampong Bikan, bernama HASHIM BIN ABDULLAH. Secara kebetulan HASHIM yang berasal dari Kpg. Mengkuang, Bukit Mertajam, Seberang Perai, datang merantau ke Kampong Bikan untuk mencari penghidupan dan menumpang dirumah bapa saudaranya di Kampong Bikan Hulu. Di kampong ini HASHIM membuat pelbagai pekerjaan kampong seperti bertani dan memugar hutan untuk bercucuk tanam. Pasangan ini berkahwin sekitar tahun 1942.

ROKIAH @ ROKIYAH (paling kiri) sewaktu majlis perkahwinan salah seorang anaknya. Duduk ditengah ialah anak sulongnya CHE NORLIA @ MISAH, dan paling kanan adik-iparnya FARIDAH MD. NOR
Allahyarhamah ROKIAH (paling kiri) bersama anak dan adik-ipar
    3.        Selepas berkahwin, RAMLAH turut membantu pekerjaan suaminya; kadangkala tinggal berminggu-minggu lamanya dihutan dengan berusaha memugar tanah untuk ditanam padi huma, tebu dan lain-lain tanaman kontan. Pada tahun 1943, anak sulong yang bertama dari pasangan ini lahir, iaitu seorang anak perempuan diberi nama ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM.  Demi kelangsungan hidup, pasangan ini masih perlu terus keluar masuk hutan mengerjakan tanah huma dan bertani. Anak yang baru lahir tidak dibawa bersama, tetapi terpaksa ditinggalkan dikampong bersama neneknya CHE NAH.

MENINGGAL DUNIA SEWAKTU MELAHIRKAN

4.        Tahun 1945, seorang lagi bayi lelaki dilahirkan. Diberi nama ELIAS, tetapi usia bayi tersebut tidak panjang, hanya lebihkurang seminggu sahaja sebelum ianya meninggal dunia. Hancur luluh dirasakan oleh pasangan ini namun hidup perlu diteruskan.   Pada tahun 1947, seorang lagi bayi dilahirkan, kali ini seorang perempuan dan diberi nama JAMALIAH.  Tapi, bagaimanapun takdir menentukan segala.  Si isteri yang mengalami komplikasi sewaktu melahirkan tidak dapat diselamatkan dan pergi menemui Penciptanya.  Anak yang baru dilahirkan juga tidak dapat bertahan lama dan pergi juga mengikuti siibu selepas 3 hari dilahirkan. Jatuh tercelepuk si ayah tidak dapat berkata apa mengenangkan nasib yang menimpa.  Hanya pada Allah dia berserah.  RAMLAH meninggal dunia dalam usia yang masih muda - baru sekitar 27 tahun.  Dia bagaimanapun, meninggalkan seorang waris, seorang anak perempuan, ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM yang akan menyambung legasi kehidupan dan zuriatnya.  ROKIAH @ ROKIYAH pada waktu kejadian berlaku baru berusia sekitar 5 tahun........

5.       Dalam kesedihan mengenang nasib yang menimpa, si ayah HASHIM BIN ABDULLAH, pasrah dengan ketentuan Allah.   Beliau menyerahkan anaknya ROKIAH @ ROKIYAH dibawah jagaan kedua-dua ibu dan bapa mertuanya.  Demi sesuap nasi, kehidupan perlu diteruskan dan beliau kembali menjalankan kerja-kerja lamanya berhuma dan bercucuk tanam jauh dihutan, walaupun tanpa isteri yang telah pergi mendahuluinya. Mega mendung yang menyelimuti hidup si ayah dua-beranak akhirnya berarak pergi dan cahaya matahari kembali bersinar dalam kehidupan apabila HASHIM diusulkan mengambil adik-iparnya yang kebetulan juga pada masa yang sama sedang diuji dengan kegagalan rumah-tangga pada perkahwinannya yang pertama.  Demi kelangsungan hidup dan demi anak yang kian membesar, si ayah menerima adik-iparnya sebagai isteri menggantikan RAMLAH yang sudah pergi.  Kata disebut dan gayung pun bersambut.  Kedua mempelai akhirnya disatukan sekitar penghujung tahun 1947. Kisah "salin-tikar" ini akan saya teruskan dalam Bahagian ke 6 nanti. Insya Allah......

ANAK PEREMPUAN RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN

6.      Satu-satunya anak perempuan RAMLAH, iaitu ROKIYAH @ ROKIAH BINTI HASHIM dibesarkan dibawah jagaan dan asuhan neneknya CHE NAH BINTI HJ. DERAEH, walaupun selepas ayahandanya HASHIM berkahwin lain.  ROKIYAH @ ROKIAH dikatakan mewarisi rupa paras dan kecantikan ibunya sendiri. Beliau dibesarkan, disekolahkan di Sekoah Kebangsaan Labu Besar, dan kemudiannya bertemu jodoh dengan seorang pemuda dari Kampong Bikan bernama SHARI BIN ABDULLAH dalam usia yang masih muda, iaitu sekitar 16 tahun.  Pasangan ini bermustautin di Kpg. Bikan sepanjang hayat mereka dimana SHARI bekerja menyara keluarga dengan membawa teksi.  Berkat perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan 7 orang anak: 5 lelaki dan 2 perempuan.

CUCU/CUCU/CICIT RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN

Anak sulong ROKIAH @ ROKIYAH,  CHE NORLIA (a.k.a MISAH), gambar terbaru.....
Anak sulong NORLIA (a.k.a MISAH)
7.        Anak sulong ROKIYAH bernama NORLIA BINTI SHARI, juga dikenali dengan panggilan mesra "MISAH" sejak kecil, lahir dan dibesarkan diKampong Bikan.  Berkahwin dengan ABU HASSAN dari Kpg. Belah Dua, Seberang Perai dan dikurniakan 5 orang anak.  Beliau kini yang telah kematian suami menetap di Kpg. Belah Dua.  Anak-anaknya ialah: NORAINI, MOHD. KHAIRIL IZANI (@ MAMAT)), SITI MASTURA; MOHD RAMADAN dan SITI SAKINAH.

8.       Anak kedua SOFIAN BIN SHARI, kini tinggal di Kpg. Bikan dan masih belum berumah tangga.

9.       Anak ketiga MUSTAFA BIN SHARI, berkahwin dengan seorang gadis bernama RUHIZAM berasal dari Kelantan dan kini menetap di Kelantan. Dianugerahi seramai 4 orang anak, terdiri dari 2 lelaki dan 2 perempuan: MOHD FIRDAUS; AMIZA FADZLINA; IRFAN dan FATIN.

Anak perempuan ROKIAH @ ROKIYAH, bernama HINDUN bersama suami KAMARULZAMAN
HINDUN bersama suami
10.     Anak keempat bernama HINDUN BINTI SHARI, berkahwin dengan seorang pemuda berasal dari Kpg. Pandan, Kuala Lumpur bernama KAMARULZAMAN.   Pasangan ini kini menetap di Taman KosaLIAs NOR, Ampang, Selangor dan dikurniakan 4 orang anak terdiri dari 3 lelaki dan seorang perempuan: BADRUL HISHAM; AMEERUL RASHID; SYAHIRAH dan ZULHELMI.

11.    Anak kelima ABU BAKAR BIN SHARI berkahwin dengan ROHAYA yang berasal dari Labu Besar, Kulim, kini menetap di Kpg. Bikan dan dianugerahi dengan 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan : AISYAH; AZIZI; ANISE dan AIZAL.

12.     Anak keenam FAUZI BIN SHARI berkahwin dengan MARIANI yang berasal dari Acheh, Sumatera Utara dan kini menetap di Lunas, Kulim. Kedah.  Pasangan ini dianugerahi 3 orang anak; seorang lelaki dan 2 perempuan: NURUL HIDAYAH; MOHD HIDAYAT dan SYUHAIDA.

13.      Anak ketujuh MOHD AZIMUDDIN BIN SHARI berkahwin dengan MASHITAH yang berasal dari Pendang, Kedah dan sehingga kini dianugerahi dengan seorang anak perempuan NUR QHALIESYA JASMIN. Pasangan ini menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang.

14.      ROKIAH @ ROKIYAH BINTI HASHIM meninggal dunia dalam bulan Ogos, 2006. Beliau meninggalkan legasi berupa seorang suami dan ramai anak-cucu-cicit yang kebanyakannya masih tinggal disekitar Kulim dan Kpg. Bikan, khususnya. Walaupun suaminya SHARI BIN ABDULLAH telah mendapat pengganti dan berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Kulim bernama NORSIAH BINTI ARIFFIN, namun perhubungan mesra dengan anak-cucu arwah tetap terjalin dengan baik sekali.
Carta salasilah keluarga RAMLAH / HASHIM
Carta keluarga RAMLAH


Sambungan di Siri  6  -   SALASILAH KELUARGA HALIJAH BINTI LEBAI HUSSIN