Tuesday 29 March 2011

Terminal Bas Baru Klang Sentral

Baru sekali dua aku menjejakkan kaki ke terminal bas baru Klang Sentral di Jalan Meru, Klang. Itu pun kerana aku perlu menghantar dan menjemput cucu saudara perempuan yang kini bertugas sebagai guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Batu Belah. Kalau tidak sebarang sebab, mungkin aku rasa aku tak akan menjejak kaki kesini.

Dari jalan utama Klang-Meru, nampak bangunannya tersergam indah. Bentuknya unik macam terminal bas dilain-lain tempat juga. Tetapi apabila kita melangkah masuk kedalam bangunannya, ternyata ianya lebih indah khabar dari rupa. Bagunannya baru dibina, tetapi kemudahan yang disediakan, rasa aku, tak seberapa sangat. Entah berapa juta kos pembinaannya, tapi ianya nampak jelas tidak sepadan dan tidak terurus. Tempat parkir bas dibuat terlalu sempit. Ianya hampir lengang kerana tidak banyak bas yang keluar masuk. Mungkin waktu aku melawat kesana salah 'timing' kot, dan tidak kena waktu puncak. Kawasan tempat penumpang menunggu agak teratur tetapi kemudahan asas nampaknya masih jauh dari memuaskan.. Perkhidmatan gerai-gerai membeli-belah, dan restoran juga aku rasa kurang memuaskan. Salah satu gerai makan bumiputra yang aku masuk dan mencuba menunya menghidangkan aku roti telur dengan kuah yang basi.......hampeh betul!. Nasib baik tokeynya cepat-cepat memohon maaf dan memberikan aku sedikit 'discount'. Rata-rata peniaga bumiputra yang ku lihat rasanya macam 'hidup segan mati tak mau' saja. Lot-lot kedai dan arked sudahlah kecil, mungkin bagi menjimatkan ruang, kedudukan juga kurang strategik. Tidak ada yang dapat menarik pembeli atau pelawat dari luar.

Sebelum ini telah pernah ku dengar beberapa kontroversi timbul berkaitan termnal baru ini sewaktu mula dibuka dulu. Rata-rata orang ramai, peniaga dan pemilik-milik gerai banyak yang merungut. Tetapi tiada apa tindakan yang dimbil oleh pihak berkuasa waktu itu. Kerajaan BN sewaktu itu (sebelum diambilalih Pakatan Rakyat) dilihat agak tergesa-gesa memindahkan aktiviti ke terminal baru, dan aku kira tindakan ini sebagai suatu tindakan 'bull-doze' sahaja bagi menjayakan projek ini tanpa banyak mengambilkira rungutan orang ramai..

Tersentak juga aku apabila terjumpa beberapa orang peniaga disitu yang rata-rata adalah persara-persara pelabuhan yang suatu ketika dulu pernah bersamaku berkhidmat dengan pelabuihan klang. Riuh mulut mereka menegur dan bertanya khar dengan ramah.......

Terhibur juga hati dengan sapaan mereka......

No comments:

Post a Comment