Thursday 26 January 2012

BOLEH BERBELANJA BOROS, TAPI PAKAILAH DUIT SENDIRI..............

 
Kita dikejutkan baru-baru ini oleh laporan akhbar Sydney Morning Herald, dari Australia yang melaporkan bahawa Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri telah berbelanja sekitar USD200,000 (RM325,000) ketika membeli belah di sebuah butik terkenal di Sydney, Australia. ketika bercuti kenegara tersebut awal Januari lalu. Tidak setakat itu sahaja, beliau bersama suaminya DS Najib dilaporkan bermalam di 'penhouse' sebuah hotel terkemuka dibandar tersebut dimana kadar sewanya ialah RM65,000 untuk satu malam. Tidak cukup dengan itu, beliau juga diberitakan menyewa 'parkir velvet' untuk parking limousinenya. Fuuh........... hebatnya!!!

Ini bukanlah kali pertama kita dihidangkan berita sebegini rupa. Berita mengenai tabi'at Rosmah yang gemar berbelanja besar walau dimana pun beliau pergi sudah menjadi perkara biasa dan amat kerap didengar. Mungkin kita belum lagi lupa tentang berita beliau dikata menempah cincin berlian istimewa berharga USD24 juta sewaktu melawat New York beberapa bulan dulu. Apabila dibongkarkan oleh akhbar-akhbar pro-pembangkang dinegara ini, beliau pada mulanya memaklumkan bahawa cincin berlian itu ialah bagi tujuan pameran, tetapi kemudiannya mengaku menempahnya dengan menggunakan wang simpanan sendiri. Beliau juga dilaporkan menempah dan menginap disebuah hotel terkemuka di Dubai sewaktu membuat lawatan resmi kenegara tersebut tahun lalu dimana sewa bagi satu malam adalah RM100,000. Beliau juga didakwa memesan dan membeli bag-tangan jenama 'Birkin' yang dijual secara eksklusif dan di gunakan hanya oleh wanita-wanita terkaya didunia termasuk para artis barat.

Yang anehnya semua berita ini disangkal oleh Rosmah ketika diajukan soalan oleh wartawan. Sama seperti berita 'membeli belah sakan' di Sydney baru-baru ini, beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan semua itu fitnah. Malah mengenai berita beliau menempah cincin berlian bernilai USD24 juta ketika di New York tahun lalu, beliau memberi alasan 'lucu' bahawa ianya dibeli dengan menggunakan wang sendiri melalui tabungan sejak kecil.

Berita-berita sebegini sememangnya tidak akan keluar melalui akhbar-akhbar di Malaysia. Kita dihidangkan berita ini melalui akhbar dan sumber-sumber luar negara. Kalau dikatakan fitnah, untuk tujuan apa akhbar-akhbar luar negara ini menfitnah beliau. Kalau akhbar pembangkang memuatkan berita-berita seperti ini mungkin kita percaya 'niat' dan 'motif yang ada untuk memfitnah beliau. Kalau betul akhbar-akhbar luar negara itu memfitnah beliau, kenapa tidak saman saja. Kan itu lebih baik dari hanya menafikan dan kemudian berdiam diri !!!.

Kalau betul itu fitnah yang didakwanya, mungkin kita boleh faham. Tapi, kini terdapat pula pihak akhbar di Sydney mempertahankan laporan mereka. Mereka mengesahkan memang benar Rosmah berbelanja besar sewaktu bercuti disana. Pihak pengarang siap menamakan sumber maklumat lagi dan menyatakan laporan itu benar. Siapa yang betul dan siapa yang berbohong sebenarnya?

Kita sebenarnya tidak kisah kalau Rosmah berbelanja besar itu dengan menggunakan wang sendiri. Tapi kalau tengok dari segi jumlah wang yang terlibat, rasa-rasanya mana mungkin menggunaka wang sendiri? Dimana beliau dapat wang sebegitu banyak berbelanja sakan? Tidak pernah terfikirkah kita? Apakah pendapatan beliau bersama suami begitu tinggi sehingga melayakkan beliau berbelanja sedemikian rupa? Rakyat cuma tertanya-tanya apakah ada 'something fishy going-on.....'? Duit yang dibelanjakan tu tidakkah duit rakyat yang diambil dari perbendaharaan negara? Bukankah suaminya Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, yang menjaga khazanah negara ini.?

Kita cuma ingin mengingatkan beliau, kalau berbelanja biarlah berpada-pada. Janganlah 'berlebih-lebih' sangat kerana kalau boros macam tu persepsi orang ramai sudah tentu mengunakan dana dari sumber tertentu. Ingatlah sama pada rakyat jelata yang ramai di Malaysia yang masih hidup tersepit terutama dengan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Masih ramai rakyat dinegara ini yang hidup merempat, dan berkeadaan dzaif dan miskin. Cuba lihat sikit rakyat terutama di kawasan pendalaman Kelantan, Terengganu dan Sabah, misalnya......... Tidakkah rasa bersalah kalau kita berbelanja sakan, sedangkan ramai rakyat dinegara sendiri masih hidup terhimpit !!!

Kalau nak berbelanja boros sekali pun, gunalah sumber wang sendiri kerana rakyat sedang memerhatikan gelagat anda. Jangan sampai disebabkan tabi'at ini, kerajaan dan kedudukan suami anda tersungkur jatuh macam yang berlaku di Filipina, Tunisia, dan Mesir..........




No comments:

Post a Comment