UMNO sedang 'mengelupor' (kata orang-orang utara), atau sedang 'berhempas pulas' mencari ruang dan nafas untuk menghadapi asakan dan serangan bertubi-tubi dari Pakatan Rakyat (PR), dan rakyat keseluruhannya terutama jenerasi muda. Masakan tidak, saban hari kita melihat ramai anak muda termasuk pelajar-pelajar IPT meluahkan perasaan dan pendapat melalui maya 'cyber' seperti dilaman-laman 'facebook' dsbnya, tentang kekecewaan mereka terhadap parti yang memerintah. Pekikan dan laungan 'ABU' (Asal Bukan UMNO} telah banyak kedengaran disana sini. Dan dalam setiap perhimpunan yang diadakan oleh pihak pembangkang, ratusan malah ribuan anak muda keluar beramai-ramai menyertainya, berbanding program-program pemerintah sendiri. Contoh terbaik yang dapat kita lihat ialah himpunan Bersih 2.0 tahun lalu dan himpunan Hijau (Anti Lynas) yang diadakan baru-baru ini.
Apakah petunjuk ini tidak menyakinkan kita bawa gelombang anak muda kini sudah berubah hala tujunya dan tidak lagi menyokong UMNO dan parti pemerintah? Walaupun DS Najib dan barisan kepimpinannya sering menyatakan yang UMNO sudah pulih dan sokongan orang Melayu terhadap UMNO sudah kembali seperti dulu, sebenarnya kenyataan seperti ini hanyalah sekadar 'penyedap rasa' semata. Hakikat dan realiti didepan mata memberi gambaran yang amat berbeza. Kalau DS Najib begitu yakin yang UMNO sudah pulih dan orang Melayu sudah kembali berbondong-bondong kepangkuan UMNO, mengapa masih tercari-cari tarikh PRU13? Bukankah elok diadakan sekarang sebelum mereka berbondong bondong pula 'lari' meninggalkan UMNO!!
Jika diteliti, sebenarnya dukongan dan sokongan tegar terhadap UMNO yang masih bersisa hanyalah dari gulongan tua, orang-orang kampong, makcik pakcik FELDA, serta kakitangan kerajaan dan penjawat awam yang 'terkunci' kebebasan mereka, serta gulongan yang masih bergantung 'talian hayat' untuk meneruskan kesinambungan hidup dengan bergantung kepada UMNO atau kerajaan. Mereka inilah yang masih setia memberikan UMNO nafas untuk terus hidup. Sedangkan gulongan muda, para profesional dan cerdikpandai dan intelek Melayu nampaknya sudah lama 'beralih arah' menjauhi UMNO.
Mengapakan hal ini berlaku? Sebenarnya rata-rata orang Melayu melihat bahawa UMNO sudah parah dan 'nazak'. Ianya umpama penyakit kudis bernanah yang telah merebak menjadi busong, yang tidak boleh diubati lagi serta perlu 'dibuang' saja. Penyakit-penyakit seperti rasuah, kronisma, penyelewengan, salahguna kuasa dan macam-macam lagi sudah jauh merebak dan sukar diubati. Lihatlah sahaja apa yang berlaku disekeliling kita. Kes-kes penyelewengan dan scandal yang bermacam-macam dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis berlaku tanpa ada jalan penyelesaian.. Terkini adalah kes NFC (pinjaman 250 juta), FTZ (kerugian 12 billion), MAS (kerugian 8.8 billion), Proton (kerugian 88 juta) dan penyelesaian Danaharta keatas kes tuntutan Tajaudin Ramli (MAS) yang tidak diumumkan jumlahnya. Malah kerugian kerajaan dizaman Dr. Mahathir menjadi PM saja sudah dianggarkan sebanyak RM100 billion!!!. Itu belum termasuk kerugian dizaman Pak Lah dan Najib. Semuanya ini duit siapa kalau bukan duit rakyat.
Tapi, orang Melayu masih ramai menyokong UMNO. Apakah mereka ini tidak tahu apa yang berlaku, atau sengaja tidak mahu tahu. Mereka masih berterusan menyokong UMNO kononnya atas dasar menjaga maruah dan hak-hak orang Melayu! Hak apa lagi yang tinggal jika hutang sudah 'berbukit' dan semua kemegahan Melayu (seperti bahasa Melayu, kedudukan bumiputera, ekonomi dan hak raja raja dan Perlembagaan Negara) telah lama dirobek dan 'dilacurkan'..
Tidakkah kita sendiri melihat dengan jelas bahawa UMNO itu sendiri kini sudah banyak yang 'rosak'. Ianya bukan lagi gagasan UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1946 dulu. UMNO itu telah berkubur dalam tahun 1987. Dikuburkan dan ditalkinkan oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Yang ada sekarang adalah 'UMNO ciptaan baru' diera Dr. Mahathir yang samasekali mempunyai citarasa dan semangat juang yang berlainan dengan UMNO dizaman Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak dan Tun Hussin Onn dulu.
Walaupun begitu, orang Melayu, khususnya diluar bandar, dikampong-kampong kebanyakannya masih setia bersama UMNO ini. Bagi mereka ini UMNOlah segalanya yang memberi nafas dan rezeki untuk terus hidup. Bagi mereka ini, jika diberi seringgit dua, atau diberi sehelai kain batik atau pelikat ketika hendak mengundi, maka UMNOlah yang akan mereka undi. Mereka langsung ditutup mata dan telinga terhadap kejijikan yang banyak berlaku oleh UMNO terhadap rakyat. Tidak menghairankan kita kerana sumber maklumat mereka amat terbatas. Hanya media arus perdana yang dikawal kerajaan sahaja yang menjadi wadah penyampai berita kepada mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka 'menutup' samasekali minda mereka dari alternatif berita lain, selain apa yang dipaparkan oleh Utusan, Berita Harian, RTM, TV3 dan media-media lain yang sewaktu dengannya. Begitu juga dengan kakitangan dan penjawat awam.. Kebanyakan mereka disampok syaitan bisu dan tidak berani berbuat apa-apa teguran atas alasan menjaga kedudukan, pangkat dan periuk nasi, walaupun tahu banyak kemungkaran yang UMNO lakukan dihadapan mata mereka. Mereka hanya akan berani bersuara selepas bersara atau tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan..
Dan kini apabila didapati sokongan orang Melayu sudah jauh merudum, kepercayaan sudah banyak terhakis, barulah UMNO mula bangkit dengan janji-janji manis dan 'gula-gula' politik pilihanraya terutama menjelang PRU13 yang akan datang. Malah taktik bermain kotor dengan menyerang pakatan pembangkang (PR) dengan menggunakan 'samseng' dan mengugut rakyat agar tidak keluar memberi sokongan kepada PR nampaknya sudah mula berlaku. Atas alasan mengekalkan 'survival' dalam politik, mereka saunggup menggunakan pelbagai helah dan taktik kotor, hatta sampai menggunakan video lucah dan fitnah memfitnah sesama Islam.
Orang Melayu harus bijak dan berfikiran matang. Jangan lagi biarkan diri 'diperbodohkan' dengan janji-janji manis dan umpan 'gula-gula pilihanraya'. Kita sudah memberi mereka 54 tahun untuk mentadbir dan memerintah negara. Tapi nampaknya mereka hanya mengambil kesempatan keatas kita. Yang kaya raya hanyalah kaum keluarga, sahabat handai dan kroni mereka sahaja sedangkan rakyat marhaen macam kita semua 'dok macam tu la jugak...'. Mereka tidak berupaya memberi kita lebih dari apa yang selalu mereka laung-laungkan, iaitu mereka telah berjasa dengan ' membina jalanraya, membina jambatan, mendirikan hospital dan memberikan kita bekalan air dan letrik........' Itulah lagu yang selalu mereka dendangkan dari dulu sampai sekarang. Setelah 54 tahun merdeka, kita sepatutnya mendapat lebih dari itu.
Seperti kata seorang kawan kepada saya, sampai bila orang Melayu nak di'perbodohkan'.......... .Cukup lah tu !!!.
PKR dan Pas tidak dapat mengganti UMNO. UMNO tetap terbaik.Jika kita teliti corak pengundian di Sarawak dan beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung, terbukti jelas pengundi Melayu/Bumiputra dan India telah beralih kembali kepada UMNO/BN. DAP pasti muncul sebagai parti paling dominan dalam pakatan rakyat. Kaum India juga sudah menyedari perkara ini menyebabkan mereka kembali kepada UMNO/BN.UMNO adalah parti yg mempunyai landasan perjuangan sangat kukuh.Selagi begitu, Melayu tidak akan sanggup meninggalkannya. Berbanding PKR yang tidak ada agenda Islam dan Melayu, banyak bergantung kepada kekuatan Anwar semata-mata. Pada 2008,UMNO/BN telah kehilangan separuh undi Cina dan hampir semua undi India dan hanya kehilangan 3.3% undi Melayu. PRU13 justeru akan menjadi mimpi ngeri buat PKR dan Pas khususnya para pemimpin kedua-duanya.
ReplyDelete