Thursday 5 May 2011

APABLA ANAK MUDA BERBAHASA.............

Melihat gelagat anak-anak muda hari ini berbahasa, sama ada lisan atau tulisan, kita kadangkala jadi terkedu. Nak tergelak pun ada; geli-hati pun ada. Kadangkala rasa pelik pun ada. Bahasa komunikasi mereka sudah jadi tak menentu. Walaupun bercakap bahasa Melayu, tetapi cara bertutur dan penggunaan perkataan-perkataan yang disebutkan ternyata sudah lari jauh menyimpang dari tata bahasa Melayu sebenarnya. Apa tidaknya, contohnya penekanan perkara-perkara yang terbaik atau ekstrim telah ditokok dengan 'giler'. Contohnya, kalau sesuatu yang sedap sangat sudah jadi "sedap giler"; panas yang teramat sudah jadi "panas giler",  Maka lahirlah ungkapan-ungkapan "sedih giler", "best giler", "cun giler", "buruk giler", "pedih giler"  dan macam-macam lagi.

Bila bercakap pula mengenai sesuatu yang gagah, hebat atau kuat, mereka akan menggunakan perkataan "power" bagi menunjukkan kehebatan sesuatu pekara. Misalnya "ubat yang power", "minuman power", "cun power", "masakan power", "ayat yang power" dan macam-macam "power' lagi. Dalam pecakapan harian, mereka kerap menggunakan beberapa perkataan (tak pasti sama ada ciptaan baru atau perkataan-perkataan lama) yang diubah maknanya dari yang biasa digunakan. Contohnya, "kantoi", "gerak", "lepak", "bajet", "cilok", "usher", dan banyak lagi perkataan-perkataan yang mungkin dirasa pelik, tetapi digunakan secara meluas.

Tidak diketahui bagaimana perubahan ini bermula. Bagaimana pun saya yakin, ianya berkait rapat dengan alam kehidupan dan persekitaran yang melingkari kehidupan anak-anak muda sekarang. Mungkin zaman sudah berubah. Kata orang, bahasa juga akan berubah-ubah mengikut zamannya. Ianya tidak statik dan akan melalui proses evolusi sepertimana yang kita hadapi dengan hidup ini juga. Mungkin zaman sekarang zaman IT, dimana bahasa juga turut berubah mengikut arus IT dan dunia siber yang bergerak pantas.Cara komunikasi juga bergerak pantas, sepantas mesej sms yang kita hantar. Begitulah natijahnya

Apa yang amat kita bimbangkan ialah sama ada keujudan trend berbahasa seperti ini akan mengugat jatidiri sifat Bahasa Melayu itu sendiri. Apa akan jadi pada norma dan susila berahasa Melayu yang betul yang telah kita anuti selama ini?  Adakah ini merupakan trend berbahasa bagi masa hadapan jenerasi kita, khususnya untuk beberapa dekad yang akan datang? Sudah tentu kita memerlukan orang bijak pandai dan ahli bahasa untuk menilai arah dan halatuju cara berbahasa anak-muda masakini.


Jika cara berbahasa Melayu sudah jelas perubahannya, bagaimana pula dengan penggunaan bahasa Inggeris? Tinjauan yang saya buat sendiri menunjukkan cara berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga pada keseluruhannya, tidak mencapai tahap yang dikehendaki; rata-rata masih lemah walaupun anak-muda yang bertaraf graduan sekali pun. Sudahlah struktur ayat tidak betul, penggunaan perkataan (vocubulary) yang tidak  tepat, grammer pula lari lintang pukang. Past tense dan present tensenya, singular dan plural, verb, adverb dan adjectives serta preposition berterabur dan jadi tidak menentu, Bila tersangkut, mereka akan "melompat" kembali ke bahasa Melayu untuk mencapai  maksud yang hendak diterangkan. Kadangkala, sewaktu bercakap Melayu pun mereka gemar menyelit perkataan "so" sebagai penyambung ayat supaya untuk nampak "keinggerisannya".

Sewaktu bertugas sebagai pengamal Sumber Manusia dengan beberapa syarikat swasta sedikit masa dulu, saya berkesempatan meneliti cara berbahasa anak-anak muda terutama ketika mengendalikan temuduga pengisian jawatan, termasuk jawatan-jawatan eksekutif. Rata-rata para graduan yang saya temui, tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, kecuali segelintir kecil dari IPT-IPT tertentu sahaja. Komunikasi bahasa Inggeris mereka lemah dan kurang bertenaga langsung.  Dalam hati selalu bertanya bagaimana mereka ini hendak menghadapi tuntutan dan keperluan hidup dalam dunia komersial hari ini, terutama jika bekerja disektor swasta. Jika gaya berbahasa Melayu pun tidak ikut gaya berbahasa sebenar, dan ketika berbahasa Inggeris juga tidak mencapai tahap yang dikehendaki, saya khuatir apa akan jadi tentang trend berbahasa anak muda masakini. Takut jadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...."

Saya masih teringat beberapa contoh cara anak muda berbahasa Inggeris yang dapat saya kutip. Contohnya, bila diminta menerangkan hal keluarga sendiri dalam bahasa Inggeris, mereka gemar memulakan ayat seperti berikut : "In my family, there are 4 people. I, my father, my mother and my sister". Tidak kurang juga yang gemar memulakan ayat dengan "This is the because............." bila diminta menerangkan sesuatu sebab yang terjadi. Seorang anak muda pula ketika ditanya apa langkah keselamatan yang diambil, selamba menjawab: "Don't worry, I have cutted the wire already..........."


Bagaimanapun, saya masih tidak lupa percakapan seorang anak muda yang saya 'terdengar' diperhentian bas ketika menyapa rakannya dalam loghat Kelantan: " Guanamu....Where have you been?. I wetek wetek for you so long, you din ke !!!! (bayangkan bercakap bahasa Inggeris dalam loghat Kelantan!!).

Saya terus terkedu............

1 comment:

  1. Bagaimana Saya Mendapat Pinjaman Saya Dari Syarikat Pinjaman Tulen dan Boleh Dipercayai

    Nama saya Puan RODNEY BRITTANY NICOLE. Saya tinggal di United State Of America yang bekerja di sini saya dari Filipina dan saya seorang wanita yang bahagia hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan Syarikat saya dan keadaan Keluarga saya, saya akan merujuk sesiapa sahaja yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi saya kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak $ 300,000, 00 dan ditangkap oleh peminjam yang palsu dan seorang kawan memperkenalkan saya kepada MR IBRAHIM MUSA, dan dia meminjamkan pinjaman tanpa sebarang tekanan, anda boleh menghubunginya di (powerfinance7@gmail.com)

    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN
    **********************
    Nama penuh anda:
    Negara / Negeri:
    Jumlah Pinjaman:
    Tempoh
    Telefon:
    Pendapatan bulanan:
    Pendudukan:

    Menunggu tindak balas pantas anda.
    Semoga Allah memberkati anda.
    IBRAHIM MUSA
    kuasa Perkhidmatan Kewangan Pvt.
    Hubungi Dia Di: powerfinance7@gmail.com
    WhatsApp Nombor +919717357946

    ReplyDelete