Sunday 10 April 2011

SKANDAL VIDEO SEX DAN CERITA PEMAIN PEDANG DARI CHINA...............

Semenjak kecil lagi, saya diajar oleh ibubapa dan guru-guru saya supaya kalau buat sesuatu kerja, mesti buat betul-betul. Pesan mereka "Kalau belajar, belajar betul-betul, biar sampai pandai. Dan kalau main, kena main betul-betul, biar sampai menang".  Begitulah pegangan dan pinsip hidup yang diterapkan oleh mereka kedalam diri saya. Sehinggakan sampai keusia dewasa kini, saya masih percaya bahawa sesuatu pekerjaan yang kita lakukan hendaklah dibuat dengan niat dan iltizam yang kukuh dan ini merupakan kunci untuk kita mencapai kejayaan dalam apa jua kerja yang dibuat.

Kita sudah tentu tidak mahu dikatakan suka buat kerja secara sambil lewa, acuh tak acuh atau ala kadar. Dalam zaman teknoloji hari ini, kita perlu tambah satu lagi elemen penting dalam kerja kita : iaitu buat kerja secara bijaksana. Do it intelligently, kata orang putih. Elemen bijaksana ini juga penting kerana kalau kita buat sesuatu kerja itu secara membabi buta sahaja, walaupun kita buat dengan tekun dan rajin, tanpa planning dan tanpa menggunakan kebijaksanaan minda, kita juga yang akan tewas. Hasil kerja kita tidak akan mencapai sasaran yang dihajatkan. Dalam istilah anak muda zaman sekarang, kita akan kantoi.

Berhubung isu kantoi inilah yang ingin saya kaitkan sedikit dengan isu video sex yang heboh diperkatakan sekarang, dimana pelakunya dikatakan berwajah mirip Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Malah ada pihak-pihak tertentu yang secara terang-terangan mengatakan pelaku didalam video sex itu ialah  DSAI. Video ini telah ditayangkan secara eksklusif kepada ahli-ahli politik tertentu, dan kini ianya ditangan polis untuk siasatan lanjut


Saya sendiri mengaku belum melihat video ini, kecuali apa yang ditayangkan beberapa saat di Buletin Utama TV3 tempuh hari. Persoalan utama yang bermain difikiran saya ialah bagaimana mereka yang menjadi dalang dalam pembikinan video ini, menghasilkan suatu bentuk video yang begitu lemah dan tidak kreatif langsung. Saya tidak berhajat untuk menyentuh isu samaada betul DSAI atau tidak dalam video tersebut. Itu biarlah pihak polis yang mencari jawapan. Apa yang ingin disentuh ialah cara pembikinan video dilakukan. Saya rasa dengan teknoloji peralatan video dan suntingan yang canggih hari ini, mana-mana anak muda yang kreatif akan berupaya menghasilkan video yang lebih bermutu dari apa yang kita lihat. Sudahlah gambar dalam hitam putih, menggunakan kamera yang statik, teknik penggambaran pula kabur. Saya rasa filem-filem dizaman P. Ramlee dulu (walau dalam hitam-putih dan tidak mempunyai peralatan secanggih sekarang) lebih kreatif dan bermutu dari video ini. Kenapa dibuat hitam putih? Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Kedua, pelakun utama yang dikatakan sebagai DSAI (kalau bukan DSAI yang sebenar) harus dicari pelakun yang lain yang lebih menyerupai DSAI. Bukan yang "berperut boroi dan bertetek gendut" (memetik diskripsi oleh seorang blogger). Ini dirasa amat tidak kena, apa lagi kalau bertujuan menyuruh orang percaya.,

Bagi saya pembuatan video ini dibuat secara tangkap-muat, kurang daya imaginasi dan tidak bijaksana. Sepatutnya kalau nak buat video sepeti ini, teutama kalau kita mahu orang percaya kepada kandungan video itu, ianya harus dibuat cara yang lebih bijaksana.


Saya teringat suatu cerita lama yang pernah diceritakan oleh  pensyarah saya sewaktu memberi ceramah mengenai motivasi dan keyakinan diri. Ceritanya begini :

Pada zaman dahulu, terdapat seorang maharaja dinegeri China yang menghadapi masalah untuk mencari pengganti kerana beliau tidak mempunyai putera atau puteri. Setelah bermesyuarat dengan para menterinya, mereka bersepakat untuk memilih pengganti maharaja dengan memilih siapakah diantara pemain pedang mereka yang terhandal sekali. Maka dicananglah keseluruh negeri memberitahu rakyat jelata tentang pertandingan yang akan diadakan. Maka berpusu-pusulah pahlawan dan pemain pedang dari seluruh pelusuk negeri tampil menunjukkan kehebatan masing-masing. Akhirnya, selepas dibuat 'shortlisting', hanya 3 orang sahaja pemain pedang yang berjaya dipilih keperingkat akhir. Maka pada hari yang ditetapkan, berhimpunlah seluruh rakyat jelata bersama maharaja dan menteri-menterinya untuk menyaksikan pertandingan tersebut yang bertujuan memilih pemain pedang terhandal untuk dinobatkan sebagai pengganti maharaja.


Pertandingan pun dimulakan dengan memanggil pemain pedang yang pertama. Beliau muncul dan masuk ketengah gelanggang dengan penuh yakin, siap dengan pedangnya tersisip dipinggang. Beliau lantas meminta supaya dilepaskan seekor burung keudara. Maka seekor burung pun dilepaskan dan terbanglah burung itu melayang laju keudara. Dengan sepantas kilat pemain pedang itu menghunus pedangnya lalu menglibas dan mencantas keudara. Terselepuk jatuh unggas itu ketanah dengan kepalanya becerai dari badan. Orang ramai bertepuk tangan. "Handal betul pemain pedang ini." bisik mereka.

Kemudian giliran pemain pedang kedua pula. Beliau meminta seekor lalat. Maka dilepaskanlah  seekor lalat ke udara. Sepantas kilat pula pedang dihunus, dan berdesip kilauan mata pedangnya mencantas keudara dan dalam sekelip mata sahaja lalat tersebut gugur ketanah dengan badan yang berkecai. Orang ramai yang menyaksikan bertambah terpegun.


Tibalah giliran pemain pedang ketiga. Beliau mara kedepan dan meminta dilepaskan seekor nyamuk. Maka dilepaskanlah seekor nyamuk yang terus terbang keudara. Sepantas kilat pemain pedang itu menghunus dan mengelibas pedangnya keudara. Namun, nyamuk itu tetap berterbangan, berlegar-legar sebentar dan kemudian terbang keluar dari situ.


Penonton terus bersorak dan menge'boo' beliau. Tetapi, pemain pedang itu melangkah dengan yakin kearah pentas dimana maharaja sedang bersemayam.


"Kamu katakan kamu seorang pemain pedang terbilang. Kenapa beta lihat nyamuk itu masih berterbangan, dan tidak jatuh kebumi?" sergah simaharaja.


Pemain pedang itu lantas menjawab : "Betul tuanku, nyamuk itu masih terbang. Tetapi tahukah tuanku bahawa mulai saat ini nyamuk itu tidak normal lagi. Patik telah memotong 'anu'nya, dan mulai saat ini nyamuk itu tidak boleh bersenggama lagi dengan nyamuk betina........"


Orang ramai ketawa dan maharaja juga tersenyum. Akhirnya, pemain pedang ketiga itu dinobat sebagai yang terhandal, dan beliau dilantik sebagai pengganti maharaja.

Moral of the story ialah : Dalam keadaan apa pun, samaada terkantoi sekali pun kita masih boleh bertindak secara bijaksana. Dalam cerita ini, walau pun pemain pedang ketiga telah terkantoi kerana gagal membunuh dan mencincang nyamuk, namun kebijaksanaannya bertindak ternyata dapat melepaskan dirinya sehingga beliau berjaya diisytihar sebagai pemenang dan dinobatkan sebagai pengganti maharaja. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh pengarah dan dalang disebalik pembikinan video porno ini agar tidak terkantoi..

Pesanan saya, kalau nak buat video sekali pun, buat betul-betul sampai orang percaya, dan projek tidak terkantoi........ Sekian.....

No comments:

Post a Comment