Thursday 7 April 2011

PILIHANRAYA DUN SARAWAK

Pilihanraya DUN Sarawak yang ke-10 sudah memasukki phasa berkempen setelah selesai penamaan calun pada 6 April yang lalu. Seramai 213 calun dikatakan bertanding bagi merebut 71 kerusi DUN yang dipertandingkan. BN yang menguasai 63 kerusi sewaktu DUN dibubarkan dahulu akan bekerja keras memastikan jumlah kerusi tersebut dikekalkan, jika tidak pun menambah jumlah yang lebih besar, Cabaran sengit perebutan kali ini sudah tentu datangnya dari parti-parti pembangkang, khususnya dari Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS. Selain itu kewujudan SNAP juga yang telah gagal mengikat kerjasama dengan Pakatan Rakyat, tidak harus dipandang ringan.

Penganalisis politik meramalkan kedudukan piliharaya kali ini adalah yang tergetir yang pernah dihadapi oleh BN Sarawak. Apa tidaknya dari reaksi awal telah diperhatikan terdapat sedikit sebanyak kebangkitan dan hasrat baru rakyat Sarawak dalam membuat perubahan kali ini. Ini berbeza dengan pilihanraya-pilihanraya DUN yang terdahulu dimana kali ini tiada langsung kerusi yang dimenangi oleh BN dengan percuma "tanpa bertanding". Kedua, terdapatnya ramai calun-calun bebas yang turut menawarkan diri bertanding, membuatkan disetengah-tengah kerusi sehinggakan terjadi pertandingan 5 penjuru. Ini menunjukkan riaksi kebangkitan rakyat Sarawak yang sudah inginkan perubahan, lebih-lebih lagi menlihat arus landskap politik Sarawak yang telah begitu lama dikuasai BN.

Walaupun BN dilihat begitu gagah dan sentiasa memandang sinis percubaan pembangkang meraih undi rakyat, namun disebalik keupayaan keewangan, jentera dan media yang kuat membantu dalam berkempen, BN juga harus ingat tentang faktor keupayaan dan juga 'mindset' rakyat, terutama jenerasi muda yang kini lebih terdedah kepada maklumat-maklumat  terkini dan sentiasa dahagakan perubahan.

Nampaknya BN tidak lagi boleh mengharapkan kemenangan selesa, lebih-lebih lagi dengan mendapat undi dua-pertiga di DUN. Beberap isu pokok yang disuarakan oleh rakyat Sarawak keseluruhannya harus diberi perhatian, Antara isu penting ialah isu tanah adat, isu kaum Penan, isu kitab Injil dan isu berkaitan pengambilalihan tanah oleh kerajaan negeri suatu ketika dulu.INi belum lagi diambilkira isu pembolotan kekayaan oleh beberapa pemimpin tertentu, rasuah, kronisma dan lain-lain lagi.

Sementara itu penganalisis politik juga meramalkan walaupun pada akhirnya kemenangan masih boleh dijangkakan berpihak kepada BN, namun jumlah kerusi yang dimenangi oleh pembangkang dijangka bertambah. Sepertimana komen salah seorang blogger yang dipetik menyatakan "keupayaan Pakatan Rakyat atau pembangkang menambah kerusi di DUN dari jumlah 8 kerusi yang ada sewaktu DUN dibubarkan sudah bermakna kekalahan kepada BN". Ini juga boleh diambilkira sebagai kayu-ukur untuk menilai halatuju politik Sarawak dimasa hadapan.

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment