Thursday 23 October 2014

Siri 4 - Menyusuri Salasilah Keluarga Lebai Hussin bin Hj. Taib - Keluarga RAMLI BIN LEBAI HUSSIN

Siri  4



Siri keempat pengkisahan sejarah keluarga diteruskan dengan memperkatakan pula mengenai salasilah keturunan RAMLI BIN LEBAI HUSSIN....

RAMLI BIN LEBAI HUSSIN (1915  - 1975)

1.1        Dikalangan adik beradik dan saudara-mara, beliau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lang LI, atau Tok Lang LI, merupakan anak ketiga kepada pasangan LEBAI HUSSIN dan CHE NAH. Nama sebenarnya ialah RAMLI BIN LEBAI HUSSIN, merupakan seorang yang agak aktif sejak zaman mudanya lagi. Beliau dilahirkan di Yan, Kedah sekitar tahun 1915, kemudian berhijrah mengikuti ayah dan ibunya ke Serdang, Kedah dan kemudian ke Kampong Bikan dimana beliau dibesarkan. Beliau meniti zaman remajanya dengan membantu ayah dan ibunya membuat pelbagai kerja-kerja kampong seperti bersawah padi, menoreh getah, berkebun, termasuk juga menangkap ikan seperti menahan lukah, memancing dan menahan candet disungai. Beliau dikatakan antara anak LEBAI HUSSIN yang paling aktif ketika zaman remaja berbanding kedua-dua abangnya, dan banyak mempunyai kawan dan kenalan dikalangan rakan-rakan sebayanya dikampongnya waktu itu.

1.2        RAMLI mempunyai susuk tubuh yang agak tegap, gempal, tinggi dan berkulit cerah; serta berambut agak kerinting. Beliau berperwatakan agak tegas tetapi peramah dan cepat mesra dengan sesiapa saja. Beliau banyak mewarisi sifat-sfat ayahandanya yang lembut bila bercakap; dan agak berhati-hati bila menyatakan sesuatu. 'Trade-mark' beliau yang saya masih ingat ialah beliau gemar bercakap atau bercerita sambil menghisap paip bengkok.

PERKAHWINAN PERTAMA

1.3        Di Kampong Bikan beliau pertamakali bertemu jodoh dengan seorang gadis jiran sekampong bernama SABARIAH dan dikurniakan 2 orang anak lelaki. Yang sulong bernama AHMAD dan yang keduanya bernama MOHD. RADZI. Malangnya perkahwinan ini tidak kekal lama dan hanya bertahan sekitar 4 tahun. Pasangan ini akhirnya bercerai. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan seorang wanita bernama SAADIAH, berasal dari Kpg. Belah Dua, Bukit Mertajam, Seberang Perai yang juga baru berpisah dengan bekas suaminya yang pertama dan mempunyai seorang anak lelaki.

KERJAYA AWAL DAN PERKHIDMATAN SEBAGAI 'SPECIAL CONSTABLE' (SC)'

1.4         Pasangan ini pada awalnya bekerja sebagai penoreh getah di Ladang Bagan Sena. Bagaimana pun
JAMALUDDIN @ NORDIN BIN RAMLI (Gambar lama sewaktu zaman muda)
JAMALUDIN @ NORDIN
pada tahun 1948/1949 sebaik sahaja tercetusnya keadaan dharurat dinegara ini, beliau berjaya memohon pekerjaan sebagai Special Constable (SC) di Ladang Pelam, Baling, Kedah bersama beberapa orang abangnya yang lain. Bermula dari situ, pasangan RAMLI dan SAADIAH berpindah ke Ladang Pelam dan tinggal di kuarters di ladang tersebut. Beliau banyak mengharungi suka-duka ketika dalam perkhidmatan, termasuk kehilangan adik kandungnya sendiri dalam suatu serang-hendap komunis yang berlaku dipinggir Kampong Bikan (Episod ini akan diceritakan dalam posting-posting yang akan datang). Apabila keadaan dharurat semakin reda, ramai anggota SC diberhentikan. Bagaimanapun RAMLI masih disambung tugas ditempat yang sama. Beliau kemudian ditukarkan kebeberapa ladang lain yang berhampiran, termasuk Ladang Badenoch, Padang Meiha, dan Ladang Bukit Sedim. Beliau hanya menamatkan perkhidmatan sebagai SC sekitar tahun 1960.

BERPINDAH KE KAMPONG BELAH DUA

1.5        Selepas tamat perkhidmatan sebagai SC, beliau kembali ke Kampong Bikan bersama anak isterinya. Tetapi tidak lama selepas itu beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke Kpg. Belah Dua, Seberang Prai , iaitu kampong halaman isterinya bagi mengerjakan sawah padi disana. Keluarga ini kemudiannya terus menetap di Kpg. Belah Dua dan mengerja tanah sawah dengan mengikuti sekim penanaman padi 2 kali setahun anjuran kerajaan yang sudah pun bermula waktu itu. Beliau mendirikan sebuah rumah kayu yang sederhana besar tetapi agak rengkas dipinggir sawah, dan disinilah keluarga itu tinggal sehingga ke awal tahun-tahun 70an sebelum rumah itu diperbesarkan.

1.6       Saya masih ingat sekitar tahun-tahun 60an dan awal 70an, kalau ada diantara kaum keluarga dari
HALIM RAMLI gambar terkini.
ABD. HALIM
Kampong Bikan yang ingin kemana-mana dengan menaikki keretapi di Bukit Mertajam, maka rumah beliaulah yang akan menjadi tempat persinggahan. Selalunya kami akan sampai kerumah beliau sebelah petang, kemudian siap dijamu nasi dahulu sebelum berangkat ke stesyen keretapi Bukit Mertajam untuk meneruskan perjalanan.

1.7        RAMLI meninggal dunia dalam tahun 1975. Bagaimanapun saya, dan seluruh keluarga berasa sedikit kecewa kerana tiada suatu pun gambar Allahyarham yang dapat kami milikki. Raut wajah Allahyarham hanya tersemat dimemori kami. Kekecewaan itu dapat kami ubati sedikit hanya dengan menyiarkan gambar anak-anak dan cucu-cucu Allahyarham sahaja di posting ini. Diharap jika ada sesiapa yang masih menyimpan secebis, atau sekeping gambar Allahyarham agar dapat memuat-naik kelaman ini untuk dapat dikongsi bersama.

ANAK-ANAK RAMLI BIN LEBAI HUSSIN

1.8       Hasil perkongsian hidup dengan SABARIAH dari Kampong Bikan, beliau dikurniakan 2 orang anak, kedua-duanya lelaki. Manakala bagi perkahwinan kali keduanya dengan SAADIAH, beliau dikurniakan dengan 6 orang anak: 2 lelaki dan 4 perempuan.

1.8.1     Anak yang sulong pertama ketika bersama SABARIAH bernama AHMAD BIN RAMLI, lahir dan dibesarkan di Kampong Bikan. Bagaimanapun AHMAD meninggal sewaktu masih berusia belasan tahun akibat diserang penyakit usus.

1.8.2     Anak yang kedua MOHD. RADZI BIN RAMLI, membesar bersama ibunya di Kampong Bikan, dan berkahwin dengan seorang wanita dari kampong yang sama bernama HALIMAH. Bagaimana pun saya tidak dapat memperolehi maklumat lanjut mengenai nama anak-anak kepada pasangan ini. HALIMAH telah meninggal dunia dalam tahun 2013, manakala MOHD RADZI masih lagi menetap di Kampong Bikan sehingga kini.

1.8.3     Anak ketiga bagi RAMLI dan mrupakan anak sulong dengan pasangannya SAADIAH bernama ZAUYIAH BINTI RAMLI, lahir di Kampong Bikan.  Beliau berkahwin dengan seorang pemuda setempat di Kpg. Belah Dua bernama OSMAN dan kini menetap sana. Pasangan ini dikurniakan dengan 4 orang anak: SAFARIN; IZWAH; HIJRIAH dan IZNIAH.

1.8.4     Anak keempat bernama SALMIAH BINTI RAMLI, lahir sekitar tahun 1953, dalam keadaan yang udzor dan kurang sihat. Beliau meninggal dunia ketika zaman remaja.

1.8.5     Anak kelima bernama JAMALUDDIN @ NORDIN BIN RAMLI, lahir sekitar tahun 1957, bersekolah di Permatang Pauh, dan pernah bertugas sebagai kakitangan di Universiti Sains Malaysia, di Pulau Pinang dan di Kubang Kerian, Kelantan. Beliau berkahwin dengan HASNAH dan dikurniakan 10 orang anak, 6 lelaki dan 4 perempuan: ALI IRFAN; ALI NABIL; SIDEK; IBRAHIM; FATIN; ABIDAH; UMAR; NAJWA; KAMALIA dan HAMZAH.

1.8.6     Anak keenam bernama ABD. HALIM BIN RAMLI, kini berusia sekitar 50 tahun dan masih menetap di Kampong Belah Dua. Beliau berkahwin dengan RAHMAH dan dikurniakan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan: HAFIZI; HABIB; HASBULAH dan ANA

1.8.7    Anak ketujuh dan kelapan adalah pasangan kembar FATIMAH BINTI RAMLI dan FAZILAH
Anak kembar FATIMAH & FADZILAH sewaktu kecil
FATIMAH & FADZILAH sewaktu kecil
BINTI RAMLI. Kedua-duanya merupakan pasangan kembar seiras yang sukar kami kenali sejak zaman mereka kecil lagi disebabkan kesamaan wajah. FATIMAH berkahwin dengan seorang lelaki dari daerah yang sama bernama ATRABI @ JAMAL dan dikurniakan 5 orang anak: 2 lelaki dan 3 perempuan: AMIR; NUR AMIRAH; NUR FITRIAH; NUR ATAR dan AZIM. Manakala FADZILAH berkahwin dengan suami bernama MAZLAN dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki: MOHD. FAHMI. Kedua-dua pasangan ini menetap di Kpg. Belah Dua sehingga kini.

RANGKAIAN SILATURRAHIM DENGAN KETURUNAN RAMLI DILAMAN SOSIAL FB

1.9 Tidak ramai anak-cucu Allahyarham yang dapat sya kesan dilaman sosial FB. Yang bergiat aktif hanya anak Allahyarham bernama Halim Ramli; dan beberapa orang cucunya: Hafizi Halim Takaful (anak kepada ABD. HALIM); Nur Amirah Atrabi (anak kepada FATIMAH); Nur Izniah (anak kepada ZAUYAH) dan Ali Irfan Jamaludin (anak kepada JAMALUDIN @ NORDIN). Moga anda dapat 'add' mereka ini kedalam 'list friends' untuk melebarkan jaringan kekeluargaan kita.

Bahagian 5  -  SALASILAH KELUARGA RAMLAH BINTI LEBAI HUSSIN

No comments:

Post a Comment